NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group
NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group
NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group
You also want an ePaper? Increase the reach of your titles
YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.
28

IOI PROPERTIES BERHAD LAPORAN TAHUNAN 2006

PROFIL PARA PENGARAH samb

YM RAJA SAID ABIDIN B RAJA SHAHROME

Pengarah Bukan Eksekutif Bebas, Warganegara Malaysia, berusia 61 tahun

YM Raja Said Abidin b Raja Shahrome mula dilantik menganggotai Lembaga Pengarah pada 1 Disember 1999. YM Raja Said

memiliki Sarjana Muda Ekonomi dan Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Malaya dan merupakan penerima biasiswa Bank

Negara. Beliau mempunyai pengalaman berkerja dengan Bank Negara Malaysia di mana beliau terlibat dalam penyelidikan dan

dengan beberapa syarikat antarabangsa seperti Shell dan Citibank Malaysia di mana beliau memegang jawatan Pengurusan

dalam pemasaran dan kewangan. Beliau menceburi bidang perniagaan pada pertengahan tahun 1980’an dan telah melibatkan

diri dalam bidang perdagangan, pembinaan, perkilangan dan pendidikan. Dalam bidang pendidikan, beliau telah mengasaskan

kolej Sedaya International. Sebagai presiden pertama dari tahun 1988 hingga 1997, beliau telah memainkan peranan penting

dalam mengembangkan sebuah kolej kecil sehingga mendapat status Universiti.

YM Raja Said adalah Pengerusi bagi Jawatankuasa Audit, seorang ahli Jawatankuasa Imbuhan dan Jawatankuasa Pencalonan

bagi Syarikat. Beliau juga merupakan Pengerusi Ire-Tex Corporation Berhad. Beliau merupakan Pengarah Eksekutif beberapa

syarikat sendirian berhad.

Selain daripada beberapa urusniaga pihak berkaitan berulang yang berbentuk hasil yang perlu bagi operasi harian syarikat

subsidiari, yang mana YM Raja Said mempunyai kepentingan seperti yang didedahkan di Bahagian Maklumat Lain Laporan

Tahunan ini, tidak ada sebarang urusan lain dengan Syarikat di mana beliau mempunyai kepentingan.

Beliau telah menghadiri kelapan-lapan Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan sepanjang tahun kewangan berakhir

30 Jun 2006.

DATUK PROF ZAINUDDIN B MUHAMMAD

Pengarah Bukan Eksekutif Bebas, Warganegara Malaysia, berusia 61 tahun

Dato’ Prof Zainuddin b Muhammad dilantik menganggotai Lembaga Pengarah pada 24 Julai 2001. Beliau mendapat

pendidikan awal di Maktab Tentera DiRaja sebelum melanjutkan pelajaran di University of Melbourne Australia. Beliau memiliki

Ijazah Sarjana Perancangan Wilayah dan Komuniti dari Kansas State University dan Sijil Pengurusan Bandar dari Harvard

University, Amerika Syarikat dan Diploma Selepas Ijazah Pertama dalam Perancangan dan Pembinaan Perumahan daripada

Bouwcentrum International Education, Rotterdam, Belanda.

Dato’ Prof Zainuddin pernah memegang pelbagai jawatan di beberapa negeri di Malaysia sebelum dilantik sebagai Ketua

Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia dari 23 Mac 1993 hingga 7 Februari 2001. Sebagai menghargai

pencapaian dan sumbangan cemerlang beliau dalam bidang perancangan, Dato’ Prof Zainuddin telah dianugerahkan gelaran

Profesor Adjunct Perancangan Bandar oleh Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1996, telah digelar Tokoh Perancang Bandar

Tahun 1995 oleh Institut Perancang Bandar Malaysia dan telah dianugerahkan Fellow Paul Harris oleh Kelab Rotary Antarabangsa

pada tahun 1995 dan telah menerima Fellow Alumni pada tahun 1997 daripada Kansas State University, Amerika Syarikat dan

menerima Fellow Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Universiti Kebangsaan Malaysia serta Fellow Institut Perancang

Bandar Malaysia.

Dato’ Prof Zainuddin adalah seorang ahli Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Imbuhan dan Jawatankuasa Pencalonan Syarikat.

Beliau juga merupakan bekas Pengerusi Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan kini berkhidmat sebagai Pengarah UDA Holdings

Berhad, Pulai Springs Berhad, Pembinaan Jayabumi (Sarawak) Berhad, Pelangi Berhad dan PK Resources Berhad.

Beliau telah menghadiri kelapan-lapan Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan sepanjang tahun kewangan berakhir

30 Jun 2006.