28.11.2014 Views

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

26

IOI PROPERTIES BERHAD LAPORAN TAHUNAN 2006

PROFIL PARA PENGARAH

TAN SRI DATO’ LEE SHIN CHENG

Pengerusi Eksekutif, warganegara Malaysia, berusia 67 tahun

Tan Sri Dato’ Lee Shin Cheng dilantik menganggotai Lembaga Pengarah pada 24 Disember 1975. Sebagai Pengerusi

Eksekutif, beliau mengawasi secara aktif operasi Kumpulan. Beliau adalah seorang usahawan yang berpengalaman luas dalam

industri perladangan dan pembangunan hartanah. Sebagai penghargaan terhadap sumbangan besar beliau kepada

perubahan keperluan dan aspirasi industri hartanah di Malaysia, Tan Sri telah dikurniakan anugerah penghormatan Tokoh

Hartanah FIABCI Malaysia bagi Tahun 2001. Pada bulan Februari 2002, Tan Sri telah dianugerahkan dengan Ijazah Doktor

Kehormat Pertanian oleh Universiti Putra Malaysia sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau kepada industri minyak

sawit. Tan Sri turut aktif memberi nasihat dan panduan kepada beberapa perkumpulan industri, persatuan dan badan sosial.

Beliau antara lain, berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia, Penasihat kepada Dewan Perniagaan

dan Industri Cina KL & Selangor, Ahli Majlis Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA), ahli Dewan Perniagaan Malaysia-

China, Presiden Kehormat Persatuan Eng Choon Malaysia dan Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia.

Tan Sri merupakan ahli Jawatankuasa Imbuhan Syarikat. Beliau juga adalah Pengerusi Eksekutif IOI Corporation Berhad.

Tan Sri adalah suami kepada Puan Sri Datin Hoong May Kuan, Pengarah Syarikat. Beliau juga adalah bapa kepada Dato’ Lee

Yeow Chor, Pengarah Eksekutif Syarikat.

Tan Sri dianggap mempunyai konflik kepentingan dengan Syarikat kerana kepentingan beliau dalam beberapa buah

syarikat milik persendirian yang turut terlibat dalam perniagaan pembangunan hartanah. Walau bagaimanapun, syarikatsyarikat

milik persendirian ini tidak bersaing secara langsung dengan perniagaan Syarikat disebabkan oleh lokasi

pembangunannya yang berlainan. Selain daripada beberapa urusniaga berulang berbentuk hasil dengan pihak berkaitan

yang diperlukan bagi operasi harian Syarikat dan syarikat-syarikat subsidiarinya di mana Tan Sri dianggap memiliki

kepentingan seperti yang dinyatakan di dalam bahagian Maklumat Lain Laporan Tahunan ini, tiada sebarang pengaturan

perniagaan lain dibuat dengan Syarikat di mana beliau mempunyai kepentingan peribadi.

Tan Sri telah menghadiri kelapan-lapan Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan pada tahun kewangan berakhir

30 Jun 2006.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!