22.11.2014 Views

Pesona Kabinet Kayu - Reno Concept Sdn. Bhd.

Pesona Kabinet Kayu - Reno Concept Sdn. Bhd.

Pesona Kabinet Kayu - Reno Concept Sdn. Bhd.

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

DAPUR pilihan

banglo

Teks MARLIANA SHAMSUDDIN

Foto SAIFUL AZUAN FATHAH &

SHARIN NIZAM OTHMAN

dapur impiana | Inovasi Dapur Terkini

Pesona Kabinet Kayu

Kekal Malar Hijau

Bertunjangkan minat yang mendalam terhadap material kayu dan selesa dengan rona

semulajadi menjadi inti pati utama yang diterapkan pemilik di dalam tata hias kediaman

banglo dua tingkat. Biar pun susun atur perabot digarap dengan ringkas di ruang

yang bersaiz luas namun persembahan gaya yang menarik dapat memberi impak kepada

penataan ruang untuk tampil bergaya.

40

Cetusan cita rasa natural di kediaman

ini tidak terbatas pada pilihan perabot

malah diselarikan dengan kemasan

lembut yang bercirikan warna yang sama.

Keserasian warna-warna yang diterapkan

mewujudkan suasana damai untuk penghuninya.

Mencermati ruang dapur kediaman ini yang

kekal dengan penampilan natural membuktikan

pilihan kabinet kayu mampu melahirkan wajah

ruang dapur tampil elegan dan menarik. Sekali

gus berjaya memaparkan visual dapur yang

mempunyai ciri-ciri keistimewaannya yang tak

lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.

Dapur selesa dan mempesona

Bagai direalisasikan impian pemilik apabila dapur

konsep ala country berjaya dijelmakan oleh Reno

Concept mengikut cita rasa dan spesifikasi yang

ditetapkan. Naluri, cita rasa dan pengalaman

pemilik yang suatu ketika dahulu pernah menetap

di luar negara sedikit sebanyak mempengaruhi

pembentukan kabinet dapur yang sempurna.

“Pernah menetap di Finex, Arizona beberapa

tahun lamanya sedikit sebanyak mempengaruhi

penataan dan susun atur kediaman ini. Mungkin

kerana rasa selesa dengan keadaan tersebut,

membenarkan keputusan dibuat untuk kami

mengekalkan konsep dan suasananya. Jangan

terkejut juga jika saya katakan semua perabot,

peralatan elektrik dan sebagainya yang ada di

dalam rumah ini kami bawa daripada sana,” akui

Azhar.

dapur impiana | Inovasi Dapur Terkini

41

Kabinet binaan teguh daripada Kayu Kasai menyerlah gaya hebat.

Pelan Lantai

dapur impiana | Inovasi Dapur Terkini

Lakaran 3D

Dasar kesamaan yang ingin diterapkan menonjolkan

perletakkan kabinet di ruang dapur kering dengan

menggunakan penggayaan material kayu Kasai.

Kedudukan kabinet direncana di atas pelan lantai

dapur yang luas akhirnya menjelmakan kabinet dasar

bentuk U bersambung dengan satu unit kaunter

sarapan. Pilihan penyatuan kabinet kayu bersama table

top daripada material permukaan padu rona gelap

memercikkan penampilan gaya elegan yang hebat

secara keseluruhannya.

42

Di ruang dapur basah turut dibina satu

unit almari pintu kaca sebagai ruang untuk

menempatkan set pinggan mangkuk yang

dikumpulkan pemilik sepanjang berada di

perantauan. Hadirnya di sudut tersebut bukan

sekadar sebagai ruang penstoran malah

menjadi ruang pamer yang cukup berkesan

kepada penataan ruang.

Menyerikan kemasan dinding ruang dapur,

pemilik memilih untuk memperagakan

pilihan jubin rona kelabu dan coklat

disatukan membentuk rekaan dan ilham yang

mempesona.

Sistem penstoran yang optimum

Menjengah ke ruang dapur basah, nyata

pemilik akur dengan penjelmaan gaya yang

sama Kesinambungan mood dan rekaan yang

ditonjolkan memberi keserasian yang padu.

Juga hadir di ruang dapur kering ini adalah satu unit kabinet bentuk I melintang

di arah bertentangan berkongsi penggayaan untuk ruang dapur basah. Ruang dapur

yang tidak terbatas dan perletakkan ruang dapur yang strategik mengizinkan untuk

perkongsian kabinet di antara dua ruang ini dapat dilakukan. Sekali gus memberi

kebebasan kepada pemilik untuk memperagakan binaan teguh kabinet kayu melatari

setiap bahagian dinding dapur dengan penampilan yang cukup sempurna.

Pemasangan rak pinggan di dalam kabinet

memudahkan aspek penyimpanan

dapur impiana | Inovasi Dapur Terkini

43

dapur impiana | Inovasi Dapur Terkini

44

Pilihan pemilik menetapkan penggayaan kabinet dasar daripada binaan

kayu Kasai di ruang dapur basah perlu berkedudukan L dan digandingkan

bersama kabinet gantung berbentuk I. Ini bertujuan untuk memudahkan

urusan kerja di ruang dapur basah dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan

dan selesa.

Menurut isteri pemilik yang sememangnya gemar memasak merasakan

perletakkan ruang dapur perlu dirancang dengan sebaik mungkin sebelum

transformasi dilakukan.

Katanya, “Jika ingin dikira, masa seorang suri rumah banyak dihabiskan

di ruang dapur. Merencanakan dapur yang selesa tentu akan dapat

membahagiakan hati seorang suri. Suasana dan persekitaran dapur yang

dijelmakan akan memberi kesan terhadap mood individu. Oleh itu

sebaiknya sebelum melakukan transformasi ruang dapur, kita haruslah

mendapatkan banyak info, melakukan rujukan majalah dan berkongsi idea

bersama yang pakar untuk mendapatkan gambaran yang terbaik untuk

membentuk sebuah dapur yang selesa, jelas Normala berkongsi pendapat

dengan ikhlas.

Tidak ketinggalan satu unit singki menghadap tingkap ditempatkan di

ruang dapur ini. Perletakkan di sudut tersebut berjaya memberi keselesaan

maksimum kepada pemilik untuk menikmati kesegaran suasana luar tatkala

melakukan tugas-tugas mencuci di ruang tersebut.

Kemas tersusun rapi

dapur impiana | Inovasi Dapur Terkini

45

Perlu Tahu :

SIAPA YANG TINGGAL DI SINI?

Azhar Othman ( 42 tahun), Normala Hussien

(41 tahun), Nuramira (15 tahun), Nuraina

(14 tahun), Nuraida (12 tahun) dan Nuraisha

(7 tahun).

Manakala satu unit kabinet tunggal turut dijelmakan di bahagian dinding tepi ruang dapur. Ini sekali

gus menterjemahkan penggunaan ruang yang optimum untuk tujuan penstoran yang berkesan

dan praktikal.

JENIS KEDIAMAN?

Banglo dua tingkat

KONSEP DAPUR?

Country

dapur impiana | Inovasi Dapur Terkini

Melengkapi gaya penampilan dapur, pemilik turut menggunakan aplikasi sistem moden antaranya

menggunakan sistem soft closed drawer untuk bukaan laci kabinet agar lebih senyap. Bukan itu

sahaja pemilik turut menggunakan laci bersegmen untuk menempatkan perkakasan dapur agar

lebih tersusun dan teratur.

Penggayaan dapur yang diilhamkan ini sememangnya memberi inspirasi buat yang mementingkan

aspek penstoran di ruang dapur. Perletakkan kabinet secara optimum di setiap sudut sedikit pun

tidak kelihatan menyesakkan namun cukup selesa digayakan untuk ruang dapur yang luas sebegini.

KELUASAN DAPUR?

16 kaki X 25 kaki

KOS KABINET DAPUR DAN AKSESORI?

39 000

Material Kabinet?

Kayu Kasai

46

PRODUK Pilihan

Pemilik

Reno

Rekaan cerek yang

menarik dan unik.

Periuk keluli tahan karat sering

digunakan oleh pemilik untuk mereneh

sup yang menjadi antara makanan

kegemaran keluarga.

Rekaan corak dan warna mug yang

lembut amat digemari oleh pemilik.

Galeri Dapur & Rekaan Almari Pakaian

www.renoconcept.com.my

Penapis melamin dalam

tiga saiz berbeza.

* Sila bawa pelan lantai anda.

* Rekaan dan khidmat nasihat percuma. *Tertakluk kepada terma dan syarat

Bekas rempah boleh laras

boleh menempatkan 20

botol kesemuanya.

Reno Concept Sdn. Bhd. (729528-V)

Bilik Pameran: 23, Jalan 13/28, 40100 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan.

(Berdekatan Giant Stadium, belakang Pasaraya HERO

& sebaris dengan kedai 7-eleven)

SILA HUBUNGI UNTUK TEMUJANJI

Tel: 03-5513 1932 Tel/Faks: 03-5513 1935

Isnin - Jumaat 10 am - 7 pm / Sabtu 10 am - 3.30 pm

0% Bayaran Mudah untuk Kad MBF & AEON Kad Kredit

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!