20.11.2014 Views

Berita Penuh - Jabatan Pengajian Politeknik

Berita Penuh - Jabatan Pengajian Politeknik

Berita Penuh - Jabatan Pengajian Politeknik

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

ARKIB : 11/04/2010 (Utusan Malaysia)

Gotong-Royong Perdana cegah

denggi

JOHOR BAHRU 10 April - Lebih 800 penduduk Rumah

Pangsa Jalan Tasek 64, Seri Alam di Pasir Gudang dekat

sini hari ini menyertai Gotong Royong Perdana sempena

Hari Perbandaran Local Agenda Perdana Majlis

Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) Zon Timur.

Pengerusi jawatankuasa penganjur program, A. Rahim A.

Latif berkata, program bermula pukul 8.30 hingga 12.30

tengah hari itu berjaya mencapai matlamatnya apabila

mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk.

Para penduduk yang menyertai program Gotong Royong Perdana

menunjukkan tanda bagus di Bandar Seri Alam, Masai, Johor Bahru

semalam. - mingguan/RAJA JAAFAR ALI

"Walaupun ini adalah acara tahunan, kali ini sambutannya agak luar biasa kerana kesedaran mereka semakin tinggi

terhadap isu kesihatan khususnya pencegahan wabak demam denggi dan H1N1 yang menjadi kebimbangan

penduduk," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Tan Cher Puk.

Selain penduduk, program berkenaan turut disertai pelajar Politeknik Johor Bahru, Institut Kemahiran Mara (IKM),

Universiti Kuala Lumpur (UniKL) cawangan Johor Bahru, sekolah-sekolah berhampiran dan mendapat kerjasama

pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) setempat.

Program berkenaan diadakan sempena Hari MBJBT yang program kemuncaknya akan berlangsung di Pasaraya

Today's, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang esok dan dijadual dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri

Mohamed Khaled Nordin.

Sempena majlis perasmian berkenaan, syarikat pemaju terkenal, Seri Alam Properties Sdn. Bhd., menaja akhbar

Mingguan Malaysia bernilai RM2,500.

A. Rahim yang juga Ahli Majlis MBJBT Zon Bandar Seri Alam berkata, matlamat yang tercapai daripada program itu

adalah antaranya dapat membersihkan kawasan persekitaran secara menyeluruh bagi meningkatkan tahap

kesihatan dan mencegah denggi serta penyakit lain.

Kedua, katanya, program berkenaan berjaya mengeratkan hubungan dan perpaduan berbilang kaum di kawasan

yang mempunyai 23 blok dengan kira-kira 5,000 penduduk.

Beliau berkata, penganjuran tersebut juga memperkukuhkan integrasi sosial penduduk berbilang kaum yang selaras

dengan konsep 1Malaysia.

Katanya, gotong royong itu memang tepat pada masanya kerana kawasan tersebut mencatatkan sebanyak 21 kes

denggi pada tahun lalu manakala dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, sebanyak lima kes denggi telah

dilaporkan.

Menurut A. Rahim, para peserta dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu kumpulan 1, membersih rumah sampah

dan sekitarnya; kumpulan 2, membersih perparitan dan saliran; kumpulan 3, membersih dan mengindahkan landskap

manakala kumpulan 4, membersih bangunan dan kemudahan awam termasuk surau dan sebagainya.

Beliau seterusnya menyeru penduduk agar terus mengekalkan tahap kebersihan persekitaran dan memastikan

tempat tinggal dan halaman rumah mereka tidak menjadi sarang pembiakan nyamuk Aedes.

Seorang penduduk, Mahat Mohamad, 38, berkata, semangat kerjasama antara penduduk merupakan kunci kejayaan

program tersebut di samping kebijaksanaan kepimpinan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung

(JKKK) mengendali dan mendengar pandangan semua pihak.

Turut berkongsi pandangan, Samsul Bahari Abdul Hamid, 43, dan S. Rajendran, 47, yang berpendapat, program

seperti itu perlu diteruskan pada masa depan kerana mempunyai banyak manfaat kepada penduduk.

Surirumah, Sanisah Basri, 40, dan seorang pelajar, Wang Shin Yi, 16, pula berasa cukup seronok kerana dapat

menyumbang bakti untuk memastikan meningkatkan kebersihan dan kesihatan penduduk dalam gotong royong itu.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!