Rukunegara

Rukunegara Rukunegara

19.11.2014 Views

RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN 2006-2010 BAB 1 1.51 Selaras dengan matlamat Kerajaan untuk mempertingkat penyampaian perkhidmatan awam, pembaharuan dalam pihak berkuasa tempatan akan dilaksana untuk menyediakan perkhidmatan bandar yang cekap dan berkualiti. Langkah yang diambil termasuk melaksanakan sistem KPI untuk memantau dan memperbaik prestasi perkhidmatan. Penggunaan ICT juga akan dipertingkat untuk menambah baik kecekapan pengendalian. Dasar Pembandaran Nasional akan digubal untuk membantu perancangan dan pelaksanaan perkhidmatan perbandaran di dalam negara. Menambah Baik Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan 1.52 Kerajaan akan terus menyediakan kemudahan dan melaksanakan program untuk menambah baik status kesihatan penduduk, khususnya di peringkat penjagaan primer. Kemudahan sedia ada akan dinaik taraf manakala kemudahan baru akan dibina bagi menyediakan pakej perkhidmatan yang menyeluruh. Perkhidmatan pencegahan, penyaringan dan pengesanan awal akan dipertingkat untuk mengurangkan beban penyakit serta kos rawatan dan penjagaan pemulihan. Perkhidmatan penjagaan kesihatan primer, sekunder dan tertiari akan digabung melalui satu sistem rujukan yang cekap dan berkesan, bagi menyediakan sistem yang bersepadu untuk manfaat pesakit. Bagi tujuan ini, sistem maklumat seluruh negara akan diperkenal untuk membolehkan akses kepada maklumat kesihatan pesakit yang menepati masa dan terjamin. Kerajaan akan turut menggalakkan konsep kesejahteraan sepanjang hayat dan mengambil pendekatan proaktif untuk penjagaan kesihatan melalui inisiatif meningkatkan kesedaran seperti penubuhan Pusat Promosi Kesihatan Komuniti di semua klinik kesihatan. Pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit akan diberi penekanan melalui inisiatif seperti penubuhan Pusat Penyakit Berjangkit di Sungai Buloh, Selangor. Di samping itu, Kerajaan mensasarkan untuk membasmi penyakit malaria, demam kepialu dan batuk kering menjelang tahun 2010. 1.53 Pembangunan sumber manusia akan diberi keutamaan tinggi bagi menangani kekurangan meruncing anggota dalam pelbagai kategori perubatan dan kesihatan. Sehubungan ini, latihan bagi anggota perubatan dan kesihatan akan dipertingkatkan dan diperkembang. Inisiatif pembangunan profesional yang berterusan untuk memenuhi keperluan penjagaan di peringkat yang lebih tinggi dan dalam bidang kepakaran baru juga akan dipertingkatkan. Kerajaan akan menambah baik terma dan syarat perkhidmatan bagi terus menarik dan mengekalkan anggota kesihatan. MUKA SURAT 39 1.54 Bagi meningkatkan kualiti dan tahap profesionalisme, lebih banyak hospital akan digalakkan untuk memperoleh Sijil Akreditasi Hospital. Di samping itu, undang-undang mengenai kesihatan yang berkaitan akan disemak semula dan undang-undang baru digubal untuk mengawal selia sektor kesihatan dengan lebih baik. Langkah ini termasuklah penggubalan undang-undang untuk kawal

selia amalan perubatan tradisional dan komplementari secara selamat dan teratur. Menambah Baik Sistem Pengangkutan MUKA SURAT 40 1.55 Pembangunan sistem pengangkutan bandar akan menumpu kepada penyediaan sistem pengangkutan awam yang bersepadu dan cekap. Pengangkutan awam di Lembah Klang akan dinaik taraf dan diperluas, dan suruhanjaya pengangkutan awam di Lembah Klang yang khusus akan ditubuhkan untuk menyelia usaha penambahbaikan. Dua buah terminal pengangkutan bersepadu di Gombak dan Bandar Tasik Selatan akan dibina sebagai hab persinggahan ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Selain itu, dalam usaha mengurangkan kesesakan bandar di kawasan lain, projek utama seperti monorel, jalan lingkaran luar dan jambatan kedua di Pulau Pinang, dan Lingkaran Penyuraian Lalu Lintas Johor Timur akan dilaksanakan. Satu suruhanjaya kebangsaan akan ditubuh bagi mengawal selia pembangunan sistem pengangkutan awam di bandar secara teratur dan mampan. Program pembangunan jalan akan menumpu kepada menambah baik akses kepada kawasan kurang membangun terutamanya RGC dan kawasan yang berpotensi bagi pelancongan. 1.56 Infrastruktur rel akan dinaik taraf dan sistem komunikasinya akan dimodenkan bagi meningkatkan kecekapan pengendalian dan daya tarikan pengangkutan rel sebagai satu cara pengangkutan bagi penumpang dan barang. Bagi tujuan ini, langkah yang akan diambil termasuk membina landasan berkembar di laluan utama terpilih, membaik pulih landasan dan stesen serta membaiki dan membeli lokomotif dan gerabak. Landasan baru juga akan dibina bagi menghubungkan kawasan perindustrian baru seperti Tanjung Malim di Perak. Bagi sektor penerbangan, lapangan terbang termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur akan diperbesar dan dinaik taraf untuk menampung jangkaan pertambahan jumlah penumpang dan kargo. Peralatan kawalan trafik udara juga akan dinaik taraf bagi mengendalikan jangkaan peningkatan kekerapan penerbangan. Menambah Baik Bekalan Tenaga yang Mencukupi dan Mampan 1.57 Bagi menyokong pertumbuhan ekonomi, Kerajaan akan terus memastikan bekalan tenaga yang mencukupi, terjamin, andal, berkualiti dan berkesan dari segi kos. Bagi tujuan ini, penjanaan dan rangkaian penghantaran elektrik akan terus dibangunkan. Projek bekalan elektrik luar bandar akan dipergiat terutama di Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, penekanan akan diberi terhadap usaha untuk mempelbagai sumber tenaga dan meningkatkan kecekapan tenaga. Pergantungan yang tinggi kepada produk petroleum akan dikurangkan dengan menggalakkan penggunaan bahan api alternatif. Penggunaan biofuel akan digalakkan manakala usaha R&D dalam pengeluaran biodiesel akan diberi

selia amalan perubatan tradisional dan komplementari secara selamat dan

teratur.

Menambah Baik Sistem Pengangkutan

MUKA

SURAT

40

1.55 Pembangunan sistem pengangkutan bandar akan menumpu kepada

penyediaan sistem pengangkutan awam yang bersepadu dan cekap. Pengangkutan

awam di Lembah Klang akan dinaik taraf dan diperluas, dan suruhanjaya

pengangkutan awam di Lembah Klang yang khusus akan ditubuhkan untuk

menyelia usaha penambahbaikan. Dua buah terminal pengangkutan bersepadu

di Gombak dan Bandar Tasik Selatan akan dibina sebagai hab persinggahan

ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Selain itu, dalam usaha mengurangkan

kesesakan bandar di kawasan lain, projek utama seperti monorel, jalan lingkaran

luar dan jambatan kedua di Pulau Pinang, dan Lingkaran Penyuraian Lalu

Lintas Johor Timur akan dilaksanakan. Satu suruhanjaya kebangsaan akan

ditubuh bagi mengawal selia pembangunan sistem pengangkutan awam di

bandar secara teratur dan mampan. Program pembangunan jalan akan menumpu

kepada menambah baik akses kepada kawasan kurang membangun terutamanya

RGC dan kawasan yang berpotensi bagi pelancongan.

1.56 Infrastruktur rel akan dinaik taraf dan sistem komunikasinya akan

dimodenkan bagi meningkatkan kecekapan pengendalian dan daya tarikan

pengangkutan rel sebagai satu cara pengangkutan bagi penumpang dan barang.

Bagi tujuan ini, langkah yang akan diambil termasuk membina landasan berkembar

di laluan utama terpilih, membaik pulih landasan dan stesen serta membaiki dan

membeli lokomotif dan gerabak. Landasan baru juga akan dibina bagi

menghubungkan kawasan perindustrian baru seperti Tanjung Malim di Perak.

Bagi sektor penerbangan, lapangan terbang termasuk Lapangan Terbang

Antarabangsa Kuala Lumpur akan diperbesar dan dinaik taraf untuk menampung

jangkaan pertambahan jumlah penumpang dan kargo. Peralatan kawalan trafik

udara juga akan dinaik taraf bagi mengendalikan jangkaan peningkatan kekerapan

penerbangan.

Menambah Baik Bekalan Tenaga yang Mencukupi dan Mampan

1.57 Bagi menyokong pertumbuhan ekonomi, Kerajaan akan terus memastikan

bekalan tenaga yang mencukupi, terjamin, andal, berkualiti dan berkesan dari

segi kos. Bagi tujuan ini, penjanaan dan rangkaian penghantaran elektrik akan

terus dibangunkan. Projek bekalan elektrik luar bandar akan dipergiat terutama

di Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, penekanan akan diberi terhadap

usaha untuk mempelbagai sumber tenaga dan meningkatkan kecekapan tenaga.

Pergantungan yang tinggi kepada produk petroleum akan dikurangkan dengan

menggalakkan penggunaan bahan api alternatif. Penggunaan biofuel akan

digalakkan manakala usaha R&D dalam pengeluaran biodiesel akan diberi

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!