Rukunegara

Rukunegara Rukunegara

19.11.2014 Views

RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN 2006-2010 BAB 1 memberi tumpuan kepada modal insan sains dan teknologi. Pusat kecemerlangan dalam bidang teknologi baru muncul akan ditubuhkan dan kapasiti R&D universiti dan institusi penyelidikan akan dipertingkat. Di samping itu, sektor swasta termasuk GLC akan digalak untuk menyediakan lebih banyak biasiswa, geran dan dana endowmen bagi penyelidikan dalam bidang keutamaan dan strategik termasuk membangunkan produk berinovatif untuk pengkomersilan. Menggalakkan Usahawan Teknologi dan Perusahaan Berasaskan Teknologi 1.32 Program Inkubator Teknologi akan dipertingkat untuk membangunkan sebilangan usahawan teknologi tempatan dan syarikat berasaskan teknologi yang mampan. Program ini akan dirangkumkan dalam strategi yang lebih luas untuk mempertingkatkan penggunaan pengetahuan dan teknologi baru yang dihasilkan oleh universiti dan institusi penyelidikan. Memandangkan pembiayaan merupakan satu faktor utama ke arah kejayaan, langkah akan diambil bagi memperbaik mekanisme dan akses kepada pembiayaan. Bagi menggalakkan lagi inovasi, pemindahan teknologi dan pengkomersilan, rangka kerja harta intelek (IP) yang sedia ada akan diperkukuh untuk meningkatkan kemudahan sokongan IP serta memendekkan proses kelulusan IP. Program pembangunan usahawan teknologi juga akan digunakan sebagai sebahagian daripada usaha untuk memupuk Masyarakat Sains dan Teknologi Bumiputera. MUKA SURAT 33 Memperkasa Wanita dan Belia 1.33 Bagi terus memajukan wanita, lebih banyak peluang pendidikan dan latihan akan disediakan bagi meningkatkan peluang untuk mereka mendapat pekerjaan. Di samping itu, bagi menggalak penyertaan wanita dalam perniagaan, akses kepada pembiayaan akan dipertingkat. Langkah juga akan diambil untuk menambah penyediaan kemudahan penjagaan kanak-kanak dan menggalakkan waktu bekerja yang fleksibel bagi memudahkan penyertaan lebih ramai wanita dalam tenaga buruh. Kerajaan akan mengurangkan kadar kemiskinan terutama di kalangan isi rumah yang diketuai oleh wanita. Dari segi keadilan gender, semua undang-undang dan peraturan yang mempunyai potensi mendiskriminasi wanita akan dikaji semula. Di samping itu, Kerajaan dengan kerjasama sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) akan terus mengambil langkah yang bersesuaian dalam menangani keganasan terhadap wanita. 1.34 Program belia akan menumpu kepada kumpulan yang mudah terpengaruh termasuk belia yang tercicir daripada sistem pendidikan dan yang menganggur. Akses kepada pendidikan dan latihan kemahiran akan dipertingkat manakala program lain yang membina kepemimpinan, keyakinan diri serta memupuk nilai murni seperti program Rakan Muda dan Khidmat Negara akan diteruskan.

Menyemai Nilai Murni dalam Masyarakat Memupuk Prestasi Tinggi 1.35 Membangunkan budaya berprestasi tinggi memerlukan pengukuran dan penekanan prestasi dalam semua aspek. Sehubungan itu, lebih banyak unsur berasaskan prestasi akan diterap ke dalam pelbagai bidang seperti geran R&D, program pembangunan usahawan dan guna tenaga sektor awam. Pendekatan berasaskan prestasi juga dijadikan aspek utama memantau projek RMKe-9, termasuk pengukuran dan pengesanan KPI. Menerapkan Penampilan Progresif serta Nilai Moral dan Beretika MUKA SURAT 34 1.36 Penampilan yang progresif serta moral, etika dan nilai murni akan menjadi komponen utama dalam membangunkan modal insan. Program di bawah Pelan Integriti Nasional (PIN) akan dilaksana secara lebih meluas meliputi semua lapisan masyarakat. Selain itu, usaha untuk menggalakkan Islam Hadhari sebagai asas kepada penampilan pembangunan yang progresif akan dipergiatkan. Dalam sistem persekolahan, program j-QAF bagi pelajar Islam akan diperluas ke semua sekolah rendah. Pendidikan Moral akan diajar kepada semua pelajar. Mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan akan ditambah baik dan diperluas kepada semua murid Tahun 4 hingga Tahun 6 dan semua peringkat pendidikan menengah. Di peringkat komuniti, program yang memupuk semangat kesukarelaan akan ditingkatkan dan NGO serta institusi keagamaan juga digalakkan untuk memainkan peranan lebih penting bagi memupuk nilai positif. TERAS 3: MENANGANI MASALAH KETIDAKSAMAAN SOSIOEKONOMI YANG BERTERUSAN SECARA MEMBINA DAN PRODUKTIF 1.37 Tempoh RMKe-9 akan memperlihatkan penekanan semula dalam menangani ketidakseimbangan sosioekonomi. Jika dibiarkan, ketidaksamaan yang berterusan akan memberi impak negatif kepada pertumbuhan, menggugat perpaduan nasional dan menjejaskan kestabilan sosial. Walau bagaimanapun, pendekatan ke arah menangani ketidakseimbangan sosiekonomi akan menumpu kepada bina upaya dan meningkatkan daya saing, serta akan diperhalusi semula dengan mengambil kira pengalaman yang dipelajari dalam pelaksanaan yang lepas serta tekanan daripada persaingan global dan liberalisasi. 1.38 Pembasmian kemiskinan tegar dan pengurangan kemiskinan keseluruhan menjadi keutamaan dalam tempoh Rancangan. Pengurangan ketidaksamaan antara etnik dan intraetnik juga penting dan akan ditangani dengan mengurangkan jurang antara luar bandar dengan bandar dan jurang antara wilayah serta jurang dalam guna tenaga, pendapatan dan kekayaan. Kumpulan khusus seperti warga emas, golongan kurang upaya, ibu tunggal dan anak yatim akan terus diberi

Menyemai Nilai Murni dalam Masyarakat

Memupuk Prestasi Tinggi

1.35 Membangunkan budaya berprestasi tinggi memerlukan pengukuran dan

penekanan prestasi dalam semua aspek. Sehubungan itu, lebih banyak unsur

berasaskan prestasi akan diterap ke dalam pelbagai bidang seperti geran R&D,

program pembangunan usahawan dan guna tenaga sektor awam. Pendekatan

berasaskan prestasi juga dijadikan aspek utama memantau projek RMKe-9,

termasuk pengukuran dan pengesanan KPI.

Menerapkan Penampilan Progresif serta Nilai Moral dan Beretika

MUKA

SURAT

34

1.36 Penampilan yang progresif serta moral, etika dan nilai murni akan menjadi

komponen utama dalam membangunkan modal insan. Program di bawah Pelan

Integriti Nasional (PIN) akan dilaksana secara lebih meluas meliputi semua

lapisan masyarakat. Selain itu, usaha untuk menggalakkan Islam Hadhari sebagai

asas kepada penampilan pembangunan yang progresif akan dipergiatkan. Dalam

sistem persekolahan, program j-QAF bagi pelajar Islam akan diperluas ke semua

sekolah rendah. Pendidikan Moral akan diajar kepada semua pelajar. Mata

pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan akan ditambah baik dan diperluas kepada

semua murid Tahun 4 hingga Tahun 6 dan semua peringkat pendidikan menengah.

Di peringkat komuniti, program yang memupuk semangat kesukarelaan akan

ditingkatkan dan NGO serta institusi keagamaan juga digalakkan untuk memainkan

peranan lebih penting bagi memupuk nilai positif.

TERAS 3:

MENANGANI MASALAH KETIDAKSAMAAN SOSIOEKONOMI

YANG BERTERUSAN SECARA MEMBINA DAN PRODUKTIF

1.37 Tempoh RMKe-9 akan memperlihatkan penekanan semula dalam

menangani ketidakseimbangan sosioekonomi. Jika dibiarkan, ketidaksamaan

yang berterusan akan memberi impak negatif kepada pertumbuhan, menggugat

perpaduan nasional dan menjejaskan kestabilan sosial. Walau bagaimanapun,

pendekatan ke arah menangani ketidakseimbangan sosiekonomi akan menumpu

kepada bina upaya dan meningkatkan daya saing, serta akan diperhalusi semula

dengan mengambil kira pengalaman yang dipelajari dalam pelaksanaan yang

lepas serta tekanan daripada persaingan global dan liberalisasi.

1.38 Pembasmian kemiskinan tegar dan pengurangan kemiskinan keseluruhan

menjadi keutamaan dalam tempoh Rancangan. Pengurangan ketidaksamaan

antara etnik dan intraetnik juga penting dan akan ditangani dengan mengurangkan

jurang antara luar bandar dengan bandar dan jurang antara wilayah serta jurang

dalam guna tenaga, pendapatan dan kekayaan. Kumpulan khusus seperti warga

emas, golongan kurang upaya, ibu tunggal dan anak yatim akan terus diberi

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!