Rukunegara

Rukunegara Rukunegara

19.11.2014 Views

RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN 2006-2010 BAB 1 KOTAK 1-1 GAMBARAN RINGKAS RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN, 2001-2005 Pada awal Rancangan, ekonomi dunia mengalami pertumbuhan yang lembap berikutan kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat dan kejatuhan permintaan keluaran elektronik dunia, ditambah pula dengan serangan 11 September 2001. Prestasi ekonomi keseluruhan terus lembap sehingga separuh kedua 2003, disebabkan oleh pencerobohan ke atas Iraq dan merebaknya Sindrom Pernafasan Akut Yang Teruk di rantau ini. Pertumbuhan ekonomi dunia selepas itu tetap teguh walaupun harga minyak mentah meningkat sejak separuh kedua 2004. Ekonomi Malaysia terus mengekalkan pertumbuhannya dalam tempoh Rancangan berikutan pengukuhan asas ekonomi makro dan peningkatan daya tahan hasil daripada pengalaman semasa menghadapi krisis kewangan Asia. Kejayaan yang dicapai meliputi: • pertumbuhan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) pada harga sebenar sebanyak 4.5 peratus setahun, melebihi sasaran Kajian Separuh Penggal RMKe-8; • peningkatan KNK per kapita pada harga semasa sebanyak 5.7 peratus setahun kepada RM17,687 pada tahun 2005; • pertumbuhan secara meluas, dengan hampir semua sektor menyamai atau mengatasi sasaran Kajian Separuh Penggal RMKe-8; • pertumbuhan eksport yang kukuh menghasilkan pertambahan lebihan dagangan sebanyak 61.4 peratus dan meningkat lebihan imbangan pembayaran dan rizab antarabangsa sebanyak dua kali; • inflasi rendah pada kadar purata 1.8 peratus setahun dalam tempoh RMKe-8; • kadar pengangguran rendah, iaitu 3.5 peratus pada akhir tahun 2005; • peningkatan kepada aktiviti nilai ditambah yang lebih tinggi dalam sektor ekonomi utama; dan • penambahbaikan persekitaran perniagaan termasuk peningkatan penawaran pekerja mahir, keupayaan infrastruktur fizikal lebih tinggi dan insentif pelaburan lebih baik. Pertumbuhan ekonomi yang stabil membolehkan pencapaian beberapa matlamat sosioekonomi: • kadar kemiskinan keseluruhan berkurang daripada 8.5 peratus pada tahun 1999 kepada 5.7 peratus pada tahun 2004; • kadar kemiskinan tegar berkurang daripada 1.9 peratus kepada 1.2 peratus; • pendapatan isi rumah purata meningkat pada kadar purata 5.6 peratus setahun melebihi pertumbuhan KDNK pada harga sebenar; • jurang pendapatan antara kumpulan etnik mengecil; • semua Matlamat Pembangunan Milenium dicapai lebih awal daripada tahun 2015 yang disasarkan kecuali dalam pengurangan HIV/AIDS; • kemajuan ketara dicapai dalam penyediaan kemudahan perumahan, perkhidmatan kesihatan dan kemudahan asas; • walau bagaimanapun, jurang pendapatan antara luar bandar dengan bandar semakin meregang. MUKA SURAT 25

Meningkatkan Nilai Ditambah Sektor Pembuatan, Perkhidmatan dan Pertanian Pembuatan 1.09 Penggunaan teknologi tinggi dan pengeluaran produk yang mempunyai nilai ditambah lebih tinggi akan diberi penekanan. Langkah akan diambil bagi membawa industri elektrik dan elektronik (E&E) ke arah aktiviti nilai ditambah dan berteknologi tinggi. Pembangunan subsektor pembuatan yang mempunyai nilai ditambah lebih tinggi seperti industri petrokimia, maritim, aeroangkasa, jentera berat dan pertahanan akan digalakkan. Di samping itu, industri tradisional seperti kraftangan, batik dan songket akan terus dipermoden dan dipertingkatkan setaraf dengan piawai antarabangsa. Kerajaan akan mempermudahkan pembangunan kelompok perindustrian seperti kelompok E&E di Pulau Pinang dan Taman Teknologi Tinggi Kulim di Kedah dan kelompok petrokimia di negeri Terengganu dan Pahang di Koridor Pantai Timur serta taman perindustrian dan EKS di semua negeri. MUKA SURAT 26 Perkhidmatan 1.10 Usaha akan diambil untuk membangunkan dan mempromosi semua subsektor perkhidmatan. Pembangunan pelancongan akan ditumpukan kepada peningkatan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan alam semula jadi dan ekopelancongan; kebudayaan, hiburan dan kesenian; persidangan, insentif, konvensyen dan pameran (MICE); acara sukan antarabangsa; dan aktiviti membeli-belah serta rekreasi. Bagi subsektor pendidikan, langkah akan dipergiat untuk mempromosi Malaysia sebagai pusat kecemerlangan serantau bagi pendidikan peringkat tertiari. Dalam perkhidmatan kesihatan, usaha akan diambil bagi mempromosi Malaysia sebagai pusat pelancongan kesihatan serantau. Bagi perkhidmatan kewangan, tumpuan akan diberikan kepada usaha untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pusat perbankan dan kewangan Islam antarabangsa. Di samping itu, subsektor perkhidmatan baru seperti menyenggara, membaiki dan membaik pulih (MRO) pesawat; perkhidmatan perkongsian dan penyumberan luar; pengangkutan dan logistik; serta perkhidmatan perniagaan dan profesional akan dipergiatkan. Bagi memperluaskan sektor perkhidmatan yang kini hanya tertumpu di kawasan Lembah Klang, Wilayah Ekonomi Johor Selatan akan dibangunkan sebagai hab perkhidmatan serantau yang dinamik dengan memanfaatkan lokasi dan kelebihan semula jadi wilayah tersebut. Pertanian 1.11 Dalam tempoh Rancangan, sektor pertanian akan diberi nafas baru supaya tampil sebagai tunggak ketiga pertumbuhan ekonomi. Program Pertanian Baru akan dilaksana termasuk mengorientasi semula sektor tersebut ke arah pengeluaran

RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN 2006-2010

BAB 1

KOTAK 1-1

GAMBARAN RINGKAS RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN,

2001-2005

Pada awal Rancangan, ekonomi dunia mengalami pertumbuhan yang lembap berikutan

kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat dan kejatuhan permintaan keluaran elektronik dunia,

ditambah pula dengan serangan 11 September 2001. Prestasi ekonomi keseluruhan terus

lembap sehingga separuh kedua 2003, disebabkan oleh pencerobohan ke atas Iraq dan

merebaknya Sindrom Pernafasan Akut Yang Teruk di rantau ini. Pertumbuhan ekonomi dunia

selepas itu tetap teguh walaupun harga minyak mentah meningkat sejak separuh kedua

2004.

Ekonomi Malaysia terus mengekalkan pertumbuhannya dalam tempoh Rancangan berikutan

pengukuhan asas ekonomi makro dan peningkatan daya tahan hasil daripada pengalaman

semasa menghadapi krisis kewangan Asia. Kejayaan yang dicapai meliputi:

• pertumbuhan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) pada harga sebenar sebanyak

4.5 peratus setahun, melebihi sasaran Kajian Separuh Penggal RMKe-8;

• peningkatan KNK per kapita pada harga semasa sebanyak 5.7 peratus setahun

kepada RM17,687 pada tahun 2005;

• pertumbuhan secara meluas, dengan hampir semua sektor menyamai atau

mengatasi sasaran Kajian Separuh Penggal RMKe-8;

• pertumbuhan eksport yang kukuh menghasilkan pertambahan lebihan dagangan

sebanyak 61.4 peratus dan meningkat lebihan imbangan pembayaran dan rizab

antarabangsa sebanyak dua kali;

• inflasi rendah pada kadar purata 1.8 peratus setahun dalam tempoh RMKe-8;

• kadar pengangguran rendah, iaitu 3.5 peratus pada akhir tahun 2005;

• peningkatan kepada aktiviti nilai ditambah yang lebih tinggi dalam sektor ekonomi

utama; dan

• penambahbaikan persekitaran perniagaan termasuk peningkatan penawaran

pekerja mahir, keupayaan infrastruktur fizikal lebih tinggi dan insentif pelaburan

lebih baik.

Pertumbuhan ekonomi yang stabil membolehkan pencapaian beberapa matlamat

sosioekonomi:

• kadar kemiskinan keseluruhan berkurang daripada 8.5 peratus pada tahun 1999

kepada 5.7 peratus pada tahun 2004;

• kadar kemiskinan tegar berkurang daripada 1.9 peratus kepada 1.2 peratus;

• pendapatan isi rumah purata meningkat pada kadar purata 5.6 peratus setahun

melebihi pertumbuhan KDNK pada harga sebenar;

• jurang pendapatan antara kumpulan etnik mengecil;

• semua Matlamat Pembangunan Milenium dicapai lebih awal daripada tahun 2015

yang disasarkan kecuali dalam pengurangan HIV/AIDS;

• kemajuan ketara dicapai dalam penyediaan kemudahan perumahan, perkhidmatan

kesihatan dan kemudahan asas;

• walau bagaimanapun, jurang pendapatan antara luar bandar dengan bandar

semakin meregang.

MUKA

SURAT

25

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!