Rukunegara

Rukunegara Rukunegara

19.11.2014 Views

menggalak serta memudahkan penyertaan yang lebih ramai dalam sukan pada peringkat akar umbi, 13 kompleks sukan pelbagai guna peringkat daerah akan dibina. Pelbagai kemudahan untuk sukan seperti badminton, sepak takraw dan futsal serta premis untuk mengadakan mesyuarat dan lain aktiviti berkaitan masyarakat akan disedia di kompleks tersebut. Satu jawatankuasa bagi pengurusan dan penyenggaraan yang teratur bagi setiap kompleks akan ditubuhkan di setiap kawasan berkenaan. Sukan Berprestasi Tinggi MUKA SURAT 506 24.21 Dalam tempoh Rancangan, usaha akan terus diambil untuk menyedia lebih ramai atlit muda untuk menyertai pertandingan pada peringkat antarabangsa melalui program latihan dan kejurulatihan yang sistematik. Sehubungan ini, Program Pembangunan Bakat akan menyediakan latihan kepada 14,570 atlit muda dalam 37 acara sukan. Bagi tujuan ini, pusat latihan dan jurulatih untuk Program Pembangunan Bakat akan ditambah bagi menghasilkan lebih ramai atlit berbakat menjadi juara dan berpotensi memenangi pingat terutamanya untuk Sukan Asia 2006, Sukan Olimpik 2008, Sukan Komanwel dan Sukan Asia pada tahun 2010 serta kejohanan antarabangsa yang lain. Akses yang lebih kepada program latihan di luar negara akan disediakan untuk memastikan atlit cemerlang dalam sukan berprestasi tinggi pada peringkat antarabangsa. 24.22 Pendekatan yang lebih bersistem untuk mengenalpasti dan menyediakan atlit di peringkat sekolah rendah dan menengah akan diguna pakai bagi mewujudkan asas yang lebih baik bagi membolehkan penyertaan dalam sukan berprestasi tinggi. Bagi tujuan ini, lebih ramai guru pendidikan jasmani akan ditempatkan di sekolah rendah manakala mata pelajaran olahraga dan gimnastik akan dijadikan sebahagian daripada kurikulum pendidikan. Di samping itu, program pembangunan sukan sekolah akan terus diperkukuh termasuk menaik taraf kemudahan sedia ada, membina dua sekolah sukan baru, penglibatan dan penyertaan yang lebih cemerlang di peringkat antarabangsa serta penyediaan lebih ramai jurulatih yang berkelayakan dan berkebolehan. Sekolah akan digalakkan untuk menganjur aktiviti selepas waktu sekolah bagi menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah baik kemahiran mereka dalam sukan yang dikenali dan melibatkan diri dalam aktiviti baru di bawah bimbingan jurulatih yang baik. Akses yang lebih baik kepada kemudahan dan kompleks sukan akan disediakan kepada pelajar termasuk kemudahan di bawah pengurusan pihak berkuasa tempatan dalam usaha menggalakkan pelajar aktif dalam sukan. 24.23 Usaha akan diambil untuk menambah bilangan jurulatih yang berkelayakan memandangkan jurulatih memainkan peranan penting dalam pembangunan sukan. Lebih banyak program latihan di peringkat sijil, diploma dan ijazah akan dijalankan. Satu program khas akan diperkenalkan untuk akreditasi jurulatih yang terlibat dalam menjalankan program pembangunan atlit manakala bekas atlit dan atlit sedia ada yang berpengalaman akan digalakkan untuk mengikuti latihan yang perlu untuk menjadi

RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN 2006-2010 BAB 24 jurulatih. Institusi pendidikan tinggi awam akan digalakkan untuk menawarkan lebih banyak tempat kepada pelajar untuk mendaftar pada peringkat ijazah dalam bidang sains sukan serta program bagi melatih jurulatih baru. 24.24 Program Persediaan Atlit akan diteruskan bagi menyediakan atlit Malaysia ke Sukan Komanwel dan Sukan Asia pada tahun 2006 dan 2010, Sukan SEA pada tahun 2007 serta Sukan Olimpik pada tahun 2008. Sebagai tuan rumah Sukan Paralimpik Timur Jauh dan Pasifik Selatan untuk Orang Kurang Upaya pada tahun 2006, Malaysia akan terus menyumbang ke arah pembangunan sukan di kalangan orang kurang upaya. Acara ini akan melibatkan penyertaan 48 negara dengan 5,000 atlit dan pegawai sukan serta 10,000 sukarelawan. Bagi tujuan ini, program latihan intensif dan khusus akan dianjurkan bagi memastikan kejayaan penyertaan atlit Malaysia. Di samping itu, peranan sebagai tuan rumah acara sukan yang lain seperti sukan Bot Berkuasa Tinggi, Le Tour de Langkawi, Formula One Grand Prix dan Piala Monsoon akan meningkatkan sumbangan kepada pembangunan industri pelancongan. IV. INSTITUSI PELAKSANA DAN PERUNTUKAN 24.25 Kementerian Belia dan Sukan akan terus menjadi agensi peneraju dalam menyediakan kemudahan sukan dan rekreasi di peringkat daerah dan negeri. Kerajaan negeri, sektor swasta serta persatuan sukan akan menyedia sokongan dalam memupuk budaya bersukan dan menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia. MUKA SURAT 507 24.26 Peruntukan pembangunan untuk tempoh RMKe-9 adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 24-1. Daripada jumlah peruntukan sebanyak RM620.8 juta, 48.3 peratus adalah untuk membina kompleks sukan pelbagai guna dan 51.7 peratus untuk menaik taraf, menambah dan menyenggara kemudahan sukan sedia ada di peringkat daerah dan negeri serta pelaksanaan program pembangunan atlit. JADUAL 24-1 PERBELANJAAN DAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN BAGI PROGRAM SUKAN, 2001-2010 (RM juta) Program RMKe-8 Perbelanjaan RMKe-9 Peruntukan Kompleks Sukan 188.0 299.9 Naik Taraf dan Penyenggaraan Kemudahan Sukan 113.2 280.9 Program Pembangunan Atlit 6.0 40.0 Jumlah 307.2 620.8 Sumber: Unit Perancang Ekonomi

menggalak serta memudahkan penyertaan yang lebih ramai dalam sukan pada

peringkat akar umbi, 13 kompleks sukan pelbagai guna peringkat daerah akan dibina.

Pelbagai kemudahan untuk sukan seperti badminton, sepak takraw dan futsal serta

premis untuk mengadakan mesyuarat dan lain aktiviti berkaitan masyarakat akan

disedia di kompleks tersebut. Satu jawatankuasa bagi pengurusan dan penyenggaraan

yang teratur bagi setiap kompleks akan ditubuhkan di setiap kawasan berkenaan.

Sukan Berprestasi Tinggi

MUKA

SURAT

506

24.21 Dalam tempoh Rancangan, usaha akan terus diambil untuk menyedia lebih

ramai atlit muda untuk menyertai pertandingan pada peringkat antarabangsa melalui

program latihan dan kejurulatihan yang sistematik. Sehubungan ini, Program

Pembangunan Bakat akan menyediakan latihan kepada 14,570 atlit muda dalam 37

acara sukan. Bagi tujuan ini, pusat latihan dan jurulatih untuk Program Pembangunan

Bakat akan ditambah bagi menghasilkan lebih ramai atlit berbakat menjadi juara dan

berpotensi memenangi pingat terutamanya untuk Sukan Asia 2006, Sukan Olimpik

2008, Sukan Komanwel dan Sukan Asia pada tahun 2010 serta kejohanan

antarabangsa yang lain. Akses yang lebih kepada program latihan di luar negara

akan disediakan untuk memastikan atlit cemerlang dalam sukan berprestasi tinggi

pada peringkat antarabangsa.

24.22 Pendekatan yang lebih bersistem untuk mengenalpasti dan menyediakan

atlit di peringkat sekolah rendah dan menengah akan diguna pakai bagi mewujudkan

asas yang lebih baik bagi membolehkan penyertaan dalam sukan berprestasi tinggi.

Bagi tujuan ini, lebih ramai guru pendidikan jasmani akan ditempatkan di sekolah

rendah manakala mata pelajaran olahraga dan gimnastik akan dijadikan sebahagian

daripada kurikulum pendidikan. Di samping itu, program pembangunan sukan sekolah

akan terus diperkukuh termasuk menaik taraf kemudahan sedia ada, membina dua

sekolah sukan baru, penglibatan dan penyertaan yang lebih cemerlang di peringkat

antarabangsa serta penyediaan lebih ramai jurulatih yang berkelayakan dan

berkebolehan. Sekolah akan digalakkan untuk menganjur aktiviti selepas waktu

sekolah bagi menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah baik kemahiran

mereka dalam sukan yang dikenali dan melibatkan diri dalam aktiviti baru di bawah

bimbingan jurulatih yang baik. Akses yang lebih baik kepada kemudahan dan kompleks

sukan akan disediakan kepada pelajar termasuk kemudahan di bawah pengurusan

pihak berkuasa tempatan dalam usaha menggalakkan pelajar aktif dalam sukan.

24.23 Usaha akan diambil untuk menambah bilangan jurulatih yang berkelayakan

memandangkan jurulatih memainkan peranan penting dalam pembangunan sukan.

Lebih banyak program latihan di peringkat sijil, diploma dan ijazah akan dijalankan.

Satu program khas akan diperkenalkan untuk akreditasi jurulatih yang terlibat dalam

menjalankan program pembangunan atlit manakala bekas atlit dan atlit sedia ada

yang berpengalaman akan digalakkan untuk mengikuti latihan yang perlu untuk menjadi

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!