Rukunegara

Rukunegara Rukunegara

19.11.2014 Views

akan dilaksanakan dalam tempoh Rancangan ini juga akan berpandukan kepada prinsip Islam Hadhari. Infrastruktur berkualiti dan kemudahan yang perlu akan terus dibina di seluruh negara bagi memberikan kemudahan dan keselesaan kepada rakyat. Namun, memperkukuhkan modal insan dan membawa perubahan budaya dan sikap pastinya merupakan satu cabaran utama dalam tempoh Rancangan ini. Faktor yang paling utama bagi menjadi sebuah negara maju ialah keupayaan dan keperibadian masyarakat negara tersebut. Malaysia tidak boleh lagi dilihat sebagai sebuah negara yang memiliki ‘infrastruktur kelas pertama’ tetapi ‘mentaliti kelas ketiga’. Kita perlu menerapkan pendekatan yang menyeluruh terhadap pembangunan modal insan, yang menekankan bukan sahaja ilmu pengetahuan dan kemahiran tetapi juga nilai etika, minda yang progresif dan kesedaran budaya yang tinggi. MUKA SURAT vi Rancangan Malaysia Kesembilan bermatlamat untuk mencapai pertumbuhan bersama dengan pengagihan yang lebih luas dan saksama. Kita telah menetapkan sasaran untuk menghapuskan kemiskinan tegar dan mengurangkan kadar kemiskinan keseluruhan kepada separuh, iaitu 2.8 peratus pada tahun 2010. Selain itu, Kerajaan juga terus komited untuk merapatkan jurang pendapatan, guna tenaga dan pemilikan aset di kalangan rakyat melalui langkah-langkah yang adil dan bersesuaian. Untuk merapatkan jurang antara bandar dengan luar bandar serta antara wilayah yang membangun dengan kurang membangun, Kerajaan akan meningkatkan peruntukan pembangunan untuk kawasan luar bandar dan wilayah kurang membangun. Bagi tujuan ini, Kerajaan akan memberikan penekanan kepada pembangunan wilayah di kawasan sempadan antara negeri termasuk membangunkan Koridor Utara yang merangkumi beberapa kawasan di negeri Perlis, Kedah, Perak Utara dan Pulau Pinang; Koridor Timur yang merangkumi beberapa kawasan di negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang; Koridor Selatan yang memfokuskan kepada Johor Selatan; serta negeri Sabah dan Sarawak. Kualiti hidup masyarakat akan terus diberikan sepenuh perhatian. Pada masa yang sama, kita harus menguruskan sumber asli negara dengan bijak dan berhemat, demi masa depan negara dan generasi seterusnya. Kita akan memberikan tumpuan khusus terhadap usaha penambahbaikan mekanisme pelaksanaan, penyelarasan, pemantauan dan penilaian, agar program yang dilaksanakan dapat mencapai matlamat yang disasarkan dengan berkesan. Kita akan terus meningkatkan usaha bagi menutup ruang untuk rasuah, amalan tidak sihat serta penyalahgunaan kuasa daripada berlaku, baik di sektor awam mahupun swasta. Inisiatif juga akan diperkenalkan untuk terus meningkatkan ketelusan serta mengurangkan pembaziran. Bagi memperbaik mutu penyampaian perkhidmatan awam, Kerajaan akan terus mengurangkan kerenah birokrasi dan menambah baik perkhidmatan agensi barisan hadapan.

RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN 2006-2010 KATA PENDAHULUAN Untuk kita mencapai semua objektif dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan Misi Nasional ini, semua pihak – sektor awam, sektor swasta, badan bukan kerajaan dan masyarakat umumnya – perlu turut sama mengambil bahagian dan memainkan peranan masing-masing. Rakyat Malaysia perlu terus bersatu dan menyokong usaha Kerajaan untuk membina sebuah negara yang makmur dan mewujudkan kualiti hidup yang lebih baik untuk semua. Menyedari akan pentingnya kerjasama dan usaha bersepadu semua pihak, kita telah memilih Bersama Ke Arah Cemerlang, Gemilang dan Terbilang sebagai tema Rancangan Malaysia Kesembilan. Rancangan Malaysia Kesembilan ini dirangka setelah mendapat pandangan dan input segenap lapisan masyarakat di seluruh pelusuk negara. Rancangan ini telah mengkaji dan mengambil kira semua pandangan dan cadangan yang dikemukakan dengan adil dan seimbang. Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan. Harapan saya, semangat kerjasama seumpama ini akan terus diperkukuh untuk tahun-tahun akan datang. Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bekerja bersama-sama saya dalam menjayakan Rancangan Malaysia Kesembilan dan Misi Nasional ini. MUKA SURAT vii DATO’ SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI Perdana Menteri Malaysia Putrajaya 31 Mac 2006

RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN 2006-2010

KATA PENDAHULUAN

Untuk kita mencapai semua objektif dalam Rancangan Malaysia Kesembilan

dan Misi Nasional ini, semua pihak – sektor awam, sektor swasta, badan bukan

kerajaan dan masyarakat umumnya – perlu turut sama mengambil bahagian

dan memainkan peranan masing-masing. Rakyat Malaysia perlu terus bersatu

dan menyokong usaha Kerajaan untuk membina sebuah negara yang makmur

dan mewujudkan kualiti hidup yang lebih baik untuk semua. Menyedari akan

pentingnya kerjasama dan usaha bersepadu semua pihak, kita telah memilih

Bersama Ke Arah Cemerlang, Gemilang dan Terbilang sebagai tema Rancangan

Malaysia Kesembilan.

Rancangan Malaysia Kesembilan ini dirangka setelah mendapat pandangan

dan input segenap lapisan masyarakat di seluruh pelusuk negara. Rancangan

ini telah mengkaji dan mengambil kira semua pandangan dan cadangan yang

dikemukakan dengan adil dan seimbang. Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya

ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak

yang telah memberikan kerjasama dan sokongan. Harapan saya, semangat

kerjasama seumpama ini akan terus diperkukuh untuk tahun-tahun akan datang.

Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bekerja bersama-sama saya dalam

menjayakan Rancangan Malaysia Kesembilan dan Misi Nasional ini.

MUKA

SURAT

vii

DATO’ SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI

Perdana Menteri Malaysia

Putrajaya

31 Mac 2006

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!