Rukunegara

Rukunegara Rukunegara

19.11.2014 Views

9.36 Dalam tempoh Rancangan, program latihan yang lebih khusus terutamanya yang berkaitan dengan pengurusan perniagaan borong dan runcit yang moden akan dilaksana bagi membolehkan usahawan Bumiputera menghadapi cabaran dalam sektor perdagangan pengedaran akibat persaingan yang kian meningkat. Kursus sedia ada akan dipertingkat dan kursus baru diperkenalkan di beberapa institusi pendidikan dan agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN). Usaha akan dipergiatkan bagi membantu usahawan Bumiputera bergerak ke atas di rantaian nilai dan memasarkan produk runcit bernilai tinggi yang memerlukan daya inovasi, kreativiti dan bakat. Antara lain, industri seni dan kraf tangan perlu dipermoden dan dipertingkatkan supaya meliputi penyelidikan dan aktiviti mereka bentuk bagi mewujudkan permintaan baru dan memperluaskan pasaran di peringkat domestik dan luar negara. Peningkatan Kesedaran dan Perlindungan Pengguna MUKA SURAT 232 9.37 Bagi meningkatkan kesedaran dan perlindungan pengguna, program pendidikan pengguna akan diperkembangkan kepada segmen pengguna yang lebih luas termasuk pelajar sekolah melalui kempen dan bengkel. Pendidikan etika perniagaan juga akan dipertingkatkan di sekolah dan institusi pendidikan tinggi bagi menyemai etika dan sikap bertanggungjawab dalam menjalankan perniagaan. Program Perkongsian Pintar akan dimantapkan lagi bagi meningkatkan peranan badan bukan kerajaan dan kumpulan sukarelawan untuk mendidik orang awam mengenai isu berkaitan pengguna. Pemberian anugerah seperti Organisasi Pengguna Terbaik, Kelab Pengguna Terbaik dan Tokoh Pengguna akan diteruskan bagi mengiktiraf rakan kongsi dalam pendidikan dan perlindungan pengguna. Akta Perlindungan Pengguna 1999 akan dikaji semula untuk meningkatkan kebajikan pengguna. Skop Akta ini akan diperluaskan bagi merangkumi bidang baru seperti e-dagang, kesihatan dan penilaian risiko produk dan perkhidmatan termasuk organisma yang diubahsuai secara genetik. Undangundang yang dikaji semula akan memastikan pengguna mempunyai saluran yang mencukupi untuk membuat aduan dan membuat penyelesaian yang lebih cepat pada kos yang berpatutan. IV. INSTITUSI PELAKSANA DAN PERUNTUKAN 9.38 Pembangunan menyeluruh sektor perdagangan pengedaran akan diterajui oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan menjadi agensi utama bagi meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor ini serta bekerjasama dengan PNS untuk meningkatkan pembangunan industri francais. INSKEN akan menyediakan pelbagai kursus mengenai pembangunan dan pengurusan perniagaan borong dan runcit yang moden kepada usahawan, khususnya Bumiputera.

RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN 2006-2010 BAB 9 9.39 Peruntukan RMKe-9 bagi sektor perdagangan pengedaran adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 9-2. Peruntukan ini bertujuan menyokong usaha sektor swasta dalam penyediaan premis perniagaan, pembiayaan pembangunan perniagaan runcit yang baru dan sedia ada serta latihan dan khidmat perundingan. JADUAL 9-2 PERBELANJAAN DAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN UNTUK PERDAGANGAN PENGEDARAN, 2001-2010 (RM juta) Program RMKe-8 RMKe-9 Perbelanjaan Peruntukan Dana untuk Perdagangan Pengedaran 300.0 450.0 Premis Perniagaan 408.0 1,372.4 Pemodenan Perkhidmatan Perdagangan 44.1 27.0 Latihan dan Khidmat Perundingan 46.4 116.0 MUKA SURAT 233 Jumlah 798.5 1,965.4 Sumber : Unit Perancang Ekonomi V. PENUTUP 9.40 Dalam tempoh RMKe-8, usaha merangsang permintaan domestik dan peluasan kaedah pengedaran yang baru telah menyokong pertumbuhan sektor perdagangan pengedaran. Strategi dalam RMKe-9 adalah untuk membangunkan sektor perdagangan pengedaran yang pesat dengan memberi tumpuan kepada pemodenan yang progresif, pelaksanaan pendekatan yang inovatif serta peningkatan kecekapan dan produktiviti keseluruhan terutamanya dalam konteks persekitaran yang lebih kompetitif dan global. Di samping memperkukuhkan peraturan sedia ada, dasar perdagangan adil dan rangka kerja perundangan yang komprehensif akan digubal untuk menyediakan persekitaran yang lebih kondusif bagi persaingan dalam pasaran, menggalakkan kemasukan dan penyertaan enterpris kecil serta mendorong amalan perniagaan yang baik dan meningkatkan kebajikan pengguna.

9.36 Dalam tempoh Rancangan, program latihan yang lebih khusus terutamanya

yang berkaitan dengan pengurusan perniagaan borong dan runcit yang moden

akan dilaksana bagi membolehkan usahawan Bumiputera menghadapi cabaran

dalam sektor perdagangan pengedaran akibat persaingan yang kian meningkat.

Kursus sedia ada akan dipertingkat dan kursus baru diperkenalkan di beberapa

institusi pendidikan dan agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA)

dan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN). Usaha akan dipergiatkan bagi

membantu usahawan Bumiputera bergerak ke atas di rantaian nilai dan

memasarkan produk runcit bernilai tinggi yang memerlukan daya inovasi, kreativiti

dan bakat. Antara lain, industri seni dan kraf tangan perlu dipermoden dan

dipertingkatkan supaya meliputi penyelidikan dan aktiviti mereka bentuk bagi

mewujudkan permintaan baru dan memperluaskan pasaran di peringkat domestik

dan luar negara.

Peningkatan Kesedaran dan Perlindungan Pengguna

MUKA

SURAT

232

9.37 Bagi meningkatkan kesedaran dan perlindungan pengguna, program

pendidikan pengguna akan diperkembangkan kepada segmen pengguna yang

lebih luas termasuk pelajar sekolah melalui kempen dan bengkel. Pendidikan

etika perniagaan juga akan dipertingkatkan di sekolah dan institusi pendidikan

tinggi bagi menyemai etika dan sikap bertanggungjawab dalam menjalankan

perniagaan. Program Perkongsian Pintar akan dimantapkan lagi bagi meningkatkan

peranan badan bukan kerajaan dan kumpulan sukarelawan untuk mendidik

orang awam mengenai isu berkaitan pengguna. Pemberian anugerah seperti

Organisasi Pengguna Terbaik, Kelab Pengguna Terbaik dan Tokoh Pengguna

akan diteruskan bagi mengiktiraf rakan kongsi dalam pendidikan dan perlindungan

pengguna. Akta Perlindungan Pengguna 1999 akan dikaji semula untuk

meningkatkan kebajikan pengguna. Skop Akta ini akan diperluaskan bagi

merangkumi bidang baru seperti e-dagang, kesihatan dan penilaian risiko produk

dan perkhidmatan termasuk organisma yang diubahsuai secara genetik. Undangundang

yang dikaji semula akan memastikan pengguna mempunyai saluran

yang mencukupi untuk membuat aduan dan membuat penyelesaian yang lebih

cepat pada kos yang berpatutan.

IV.

INSTITUSI PELAKSANA DAN PERUNTUKAN

9.38 Pembangunan menyeluruh sektor perdagangan pengedaran akan diterajui

oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan menjadi agensi utama

bagi meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor ini serta bekerjasama

dengan PNS untuk meningkatkan pembangunan industri francais. INSKEN akan

menyediakan pelbagai kursus mengenai pembangunan dan pengurusan perniagaan

borong dan runcit yang moden kepada usahawan, khususnya Bumiputera.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!