Rukunegara

Rukunegara Rukunegara

19.11.2014 Views

perindustrian, menaik taraf infrastruktur perindustrian dan menggalak pembangunan kemahiran lanjutan. Program sokongan bagi memperkukuh EKS khususnya, termasuk latihan teknikal dan perantisan, pemasaran dan promosi serta penyediaan khidmat bimbingan seperti pembangunan perniagaan dan perundingan. V. PENUTUP MUKA SURAT 138 4.81 RMKe-8 telah menyediakan asas yang kukuh bagi sektor pembuatan untuk terus menyumbang kepada industri yang mempunyai nilai ditambah tinggi dan berasaskan pengetahuan serta menggalak pertumbuhan ekonomi. Bagi merangsang transformasi yang sedang berlaku dalam sektor pembuatan dengan lebih rancak serta mengekalkan daya saingnya, RMKe-9 akan menyediakan satu persekitaran yang bertenaga dan membantu FDI dan pelaburan tempatan untuk menggerakkan sektor pembuatan ke atas dan di sepanjang rantaian nilai. Cabaran seterusnya adalah untuk mengukuh dan membangunkan kelompok industri baru dan yang baru muncul serta menjana lebih banyak peluang pelaburan, pendapatan dan pekerjaan. Bagi memperluas dan mendalamkan sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pada masa akan datang, Kerajaan akan terus membantu sektor swasta dengan menyediakan pelbagai khidmat sokongan termasuk penyediaan pembiayaan dan insentif khusus. Usaha ini bertujuan meningkatkan kapasiti R&D, kompetensi teras teknikal dan pengurusan serta pembangunan IP untuk pengembangan produk bernilai tinggi dan jenama yang mempunyai potensi eksport. Teras penting dalam program perindustrian adalah pembangunan sektor EKS yang berdaya saing, inovatif dan kukuh dari segi teknologi. Turut penting adalah bagi firma tempatan untuk beroperasi dalam struktur global dan serantau untuk membangunkan integrasi ekonomi dan perkongsian strategik dengan perniagaan antarabangsa serta mengekalkan pertumbuhan dan daya saing sektor perindustrian.

RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN 2006-2010 BAB 5 MENGARUSPERDANAKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI 5 I. PENDAHULUAN 5.01 Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8), usaha gigih diambil untuk menyediakan landasan yang lebih kukuh bagi membolehkan negara beralih ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan. Menjurus kepada matlamat ini, tumpuan diberikan kepada usaha menggalakkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai pemacu strategik bagi menyokong dan menyumbang secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan kualiti hidup penduduk. Pelaburan yang besar telah dibuat untuk menyedia infrastruktur komunikasi bagi meningkatkan kebolehcapaian serta menambah baik institusi dan persekitaran kawal selia yang berkaitan. Penekanan yang lebih diberikan kepada usaha meningkatkan tahap penggunaan ICT dalam pelbagai sektor ekonomi, antara kawasan bandar dengan luar bandar serta di kalangan pelbagai lapisan masyarakat. MUKA SURAT 139 5.02 Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9), perkembangan persekitaran digital global dijangka memberikan kesan besar kepada usaha membangunkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan yang berdaya saing. Memandangkan ICT merupakan suatu penentu utama dalam proses pembangunan bagi meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai, usaha akan dipergiat untuk mengarusperdanakan akses kepada perkhidmatan dan kemudahan ICT secara meluas serta menggalakkan penerimaan dan penggunaan ICT yang lebih menyeluruh dalam semua aspek kehidupan seharian. Persekitaran ini membolehkan rakyat Malaysia mendapatkan akses dan menyertai peluang baru yang diwujudkan oleh ekonomi berasaskan pengetahuan secara adil dan saksama. Langkah akan diambil untuk meningkatkan kemahiran dan kompetensi ICT serta peluasan infostruktur bagi meningkatkan sambungan jalur lebar untuk aplikasi multimedia termaju, pembangunan kandungan tempatan, penggunaan meluas e-dagang dan meningkatkan keselamatan maklumat.

perindustrian, menaik taraf infrastruktur perindustrian dan menggalak

pembangunan kemahiran lanjutan. Program sokongan bagi memperkukuh EKS

khususnya, termasuk latihan teknikal dan perantisan, pemasaran dan promosi

serta penyediaan khidmat bimbingan seperti pembangunan perniagaan dan

perundingan.

V. PENUTUP

MUKA

SURAT

138

4.81 RMKe-8 telah menyediakan asas yang kukuh bagi sektor pembuatan

untuk terus menyumbang kepada industri yang mempunyai nilai ditambah tinggi

dan berasaskan pengetahuan serta menggalak pertumbuhan ekonomi. Bagi

merangsang transformasi yang sedang berlaku dalam sektor pembuatan dengan

lebih rancak serta mengekalkan daya saingnya, RMKe-9 akan menyediakan

satu persekitaran yang bertenaga dan membantu FDI dan pelaburan tempatan

untuk menggerakkan sektor pembuatan ke atas dan di sepanjang rantaian

nilai. Cabaran seterusnya adalah untuk mengukuh dan membangunkan kelompok

industri baru dan yang baru muncul serta menjana lebih banyak peluang pelaburan,

pendapatan dan pekerjaan. Bagi memperluas dan mendalamkan sektor pembuatan

dan perkhidmatan berkaitan pada masa akan datang, Kerajaan akan terus

membantu sektor swasta dengan menyediakan pelbagai khidmat sokongan

termasuk penyediaan pembiayaan dan insentif khusus. Usaha ini bertujuan

meningkatkan kapasiti R&D, kompetensi teras teknikal dan pengurusan serta

pembangunan IP untuk pengembangan produk bernilai tinggi dan jenama yang

mempunyai potensi eksport. Teras penting dalam program perindustrian adalah

pembangunan sektor EKS yang berdaya saing, inovatif dan kukuh dari segi

teknologi. Turut penting adalah bagi firma tempatan untuk beroperasi dalam

struktur global dan serantau untuk membangunkan integrasi ekonomi dan

perkongsian strategik dengan perniagaan antarabangsa serta mengekalkan

pertumbuhan dan daya saing sektor perindustrian.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!