Rukunegara

Rukunegara Rukunegara

19.11.2014 Views

RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN 2006-2010 BAB 2 2.47 Pengenalan inisiatif pembiayaan swasta bagi membiayai beberapa projek pembangunan Kerajaan dijangka terus meningkatkan lagi pelaburan swasta. Walaupun pelaburan dalam negeri dijangka memainkan peranan lebih besar, FDI akan terus penting terutamanya bagi tujuan pemindahan teknologi di samping laluan masuk ke pasaran global. Usaha akan dipergiatkan untuk menarik FDI terutamanya dalam industri yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi dan berintensifkan teknologi. 2.48 Pelaburan awam diunjur berkembang pada kadar purata 5.0 peratus setahun. Bahagian pelaburan awam kepada KDNK dijangka berkurang kepada 14.2 peratus pada tahun 2010. Bagi meningkatkan kualiti berbelanja, perbelanjaan pembangunan akan ditumpu kepada projek yang akan menjana kesan pengganda yang maksimum serta kesan limpahan geografi yang meluas. Projek ini termasuk pembangunan sumber manusia serta penyediaan infrastruktur sosial dan fizikal, khususnya di kawasan luar bandar bagi meningkatkan akses dan mengurangkan lagi kemiskinan. Di samping itu, Kerajaan juga akan menggalakkan program yang dapat membantu mengembangkan keupayaan produktif ekonomi dan pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan menerusi pendalaman teknologi dan peningkatan pelaburan dalam aktiviti R&D serta inovasi. 2.49 Penggunaan swasta dijangka berkembang pada kadar purata 6.9 peratus setahun iaitu lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan yang dicapai dalam tempoh RMKe-8. Pengembangan ini adalah berikutan peningkatan pendapatan bolehguna dan keyakinan pengguna yang terus meningkat yang disokong oleh pertumbuhan guna tenaga yang mampan dan harga komoditi yang menggalakkan. Selaras dengan unjuran ini, penggunaan swasta per kapita dijangka meningkat pada kadar purata 7.8 peratus setahun daripada RM8,071 pada tahun 2005 kepada RM11,753 pada tahun 2010. Bahagian penggunaan swasta kepada KDNK dijangka meningkat kepada 52.1 peratus pada tahun 2010. MUKA SURAT 71 2.50 Penggunaan awam diunjur berkembang pada kadar purata 5.3 peratus setahun iaitu lebih rendah daripada 10.2 peratus setahun yang dicatat dalam RMKe-8. Ini menunjukkan kecekapan perbelanjaan awam yang menekankan kepada nilai wang. Imbangan Sumber 2.51 Kedudukan imbangan sumber dalam tempoh Rancangan merupakan petanda yang baik bagi pertumbuhan ekonomi yang mampan. Tabungan negara kasar dijangka mencapai paras purata 36.2 peratus kepada KNK dan pelaburan pada 21.3 peratus, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2-4. Pertumbuhan tabungan keseluruhan dijangka diperolehi daripada tabungan swasta berikutan penjanaan pendapatan dan kekayaan yang lebih tinggi. Kadar tabungan yang tinggi akan membolehkan Malaysia membiayai pelaburan dalam negeri tanpa pergantungan yang tinggi kepada pinjaman luar negara. Instrumen pelaburan baru akan diperkenalkan untuk menggalakkan tabungan bagi keperluan pelaburan.

Perkembangan Harga MUKA SURAT 72 2.52 Pertumbuhan yang seiring dengan kestabilan harga adalah penting dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat. Dalam tempoh Rancangan, usaha akan terus diambil bagi mengekalkan kadar inflasi yang rendah dan harga yang stabil. Bagi mengurangkan tekanan harga, Kerajaan akan melaksanakan beberapa langkah bagi memastikan bekalan barangan dan perkhidmatan yang mencukupi untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Kerajaan negeri akan digalakkan untuk membantu pengembangan pengeluaran buah-buahan, sayur-sayuran dan ternakan serta aktiviti akuakultur. Di samping itu, GLC serta pertubuhan pertanian dan koperasi akan digalakkan untuk terlibat dalam pengeluaran makanan berskala besar. Lebih banyak pasar tani akan dibuka di seluruh negara bagi menyediakan tempat alternatif untuk mendapatkan barangan pada harga yang berpatutan. Program Buku Hijau akan dipergiatkan semula bagi mempromosikan penglibatan masyarakat dalam penanaman tanaman makanan. Isi rumah digalakkan menanam sayur-sayuran untuk keperluan harian mengikut kesesuaian. Langkah anti inflasi lain termasuk memantau pergerakan harga, mengelak peningkatan harga yang melampau dan mencegah amalan jualan yang tidak sihat. Langkah mengurangkan kos menjalankan perniagaan termasuk memastikan peningkatan upah adalah selaras dengan pertumbuhan produktiviti juga dijangka mengurangkan tekanan ke atas harga. Di samping itu, Kerajaan akan memastikan pertumbuhan penawaran wang adalah selaras dengan kestabilan harga. Pengguna akan digalakkan mengamalkan perbelanjaan berhemat bagi mengelak pembaziran. Akaun Sektor Awam 2.53 Dalam tempoh RMKe-9, akaun sektor awam yang disatukan dijangka mencatat lebihan keseluruhan RM79.1 bilion atau 2.5 peratus kepada KDNK, seperti ditunjukkan dalam Jadual 2-6. Saiz lebihan ini dijangka meningkat daripada RM7.0 bilion atau 1.4 peratus kepada KDNK pada tahun 2005 kepada RM10.6 bilion atau 1.5 peratus kepada KDNK pada tahun 2010. Perbelanjaan pembangunan sektor awam dijangka meningkat daripada RM70.9 bilion pada tahun 2005 kepada RM89.7 bilion pada tahun 2010. 2.54 Defisit keseluruhan Kerajaan Persekutuan dijangka sebanyak RM107.6 bilion atau 3.4 peratus kepada KDNK dalam tempoh RMKe-9 iaitu lebih rendah berbanding 4.8 peratus dalam tempoh RMKe-8. Defisit ini dijangka berkurangan secara beransur-ansur daripada 3.8 peratus kepada KDNK pada tahun 2005 kepada 3.4 peratus pada tahun 2010. Pinjaman dalam negeri akan digunakan bagi membiayai defisit. Dalam menguruskan defisit fiskal, tumpuan akan diberikan untuk mempertingkatkan asas hasil serta memperbaiki kecekapan dan keberkesanan perbelanjaan Kerajaan.

RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN 2006-2010

BAB 2

2.47 Pengenalan inisiatif pembiayaan swasta bagi membiayai beberapa projek

pembangunan Kerajaan dijangka terus meningkatkan lagi pelaburan swasta.

Walaupun pelaburan dalam negeri dijangka memainkan peranan lebih besar,

FDI akan terus penting terutamanya bagi tujuan pemindahan teknologi di samping

laluan masuk ke pasaran global. Usaha akan dipergiatkan untuk menarik FDI

terutamanya dalam industri yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi dan

berintensifkan teknologi.

2.48 Pelaburan awam diunjur berkembang pada kadar purata 5.0 peratus

setahun. Bahagian pelaburan awam kepada KDNK dijangka berkurang kepada

14.2 peratus pada tahun 2010. Bagi meningkatkan kualiti berbelanja, perbelanjaan

pembangunan akan ditumpu kepada projek yang akan menjana kesan pengganda

yang maksimum serta kesan limpahan geografi yang meluas. Projek ini termasuk

pembangunan sumber manusia serta penyediaan infrastruktur sosial dan fizikal,

khususnya di kawasan luar bandar bagi meningkatkan akses dan mengurangkan

lagi kemiskinan. Di samping itu, Kerajaan juga akan menggalakkan program

yang dapat membantu mengembangkan keupayaan produktif ekonomi dan

pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan menerusi pendalaman teknologi

dan peningkatan pelaburan dalam aktiviti R&D serta inovasi.

2.49 Penggunaan swasta dijangka berkembang pada kadar purata 6.9 peratus

setahun iaitu lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan yang dicapai dalam

tempoh RMKe-8. Pengembangan ini adalah berikutan peningkatan pendapatan

bolehguna dan keyakinan pengguna yang terus meningkat yang disokong oleh

pertumbuhan guna tenaga yang mampan dan harga komoditi yang menggalakkan.

Selaras dengan unjuran ini, penggunaan swasta per kapita dijangka meningkat

pada kadar purata 7.8 peratus setahun daripada RM8,071 pada tahun 2005

kepada RM11,753 pada tahun 2010. Bahagian penggunaan swasta kepada

KDNK dijangka meningkat kepada 52.1 peratus pada tahun 2010.

MUKA

SURAT

71

2.50 Penggunaan awam diunjur berkembang pada kadar purata 5.3 peratus

setahun iaitu lebih rendah daripada 10.2 peratus setahun yang dicatat dalam

RMKe-8. Ini menunjukkan kecekapan perbelanjaan awam yang menekankan

kepada nilai wang.

Imbangan Sumber

2.51 Kedudukan imbangan sumber dalam tempoh Rancangan merupakan

petanda yang baik bagi pertumbuhan ekonomi yang mampan. Tabungan negara

kasar dijangka mencapai paras purata 36.2 peratus kepada KNK dan pelaburan

pada 21.3 peratus, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2-4. Pertumbuhan

tabungan keseluruhan dijangka diperolehi daripada tabungan swasta berikutan

penjanaan pendapatan dan kekayaan yang lebih tinggi. Kadar tabungan yang

tinggi akan membolehkan Malaysia membiayai pelaburan dalam negeri tanpa

pergantungan yang tinggi kepada pinjaman luar negara. Instrumen pelaburan

baru akan diperkenalkan untuk menggalakkan tabungan bagi keperluan pelaburan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!