19.11.2014 Views

laporan tahunan 2009 - Jabatan Pengajian Tinggi - Kementerian ...

laporan tahunan 2009 - Jabatan Pengajian Tinggi - Kementerian ...

laporan tahunan 2009 - Jabatan Pengajian Tinggi - Kementerian ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN TAHUNAN

Jabatan Pengajian Tinggi

2009

Pemberian Mock Cheque

Fundamental Research Grant

Scheme (FRGS) kepada IPT

Tempatan oleh Y.B. Dato’ Seri

Mohamed Khaled bin Nordin,

Menteri Pengajian Tinggi semasa

PECIPTA 2009.

Pusat Kecemerlangan (CoE)

Pusat Kecemerlangan (CoE) ditubuhkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bertujuan

untuk memacu dan mempertingkatkan aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di peringkat

nasional dan antarabangsa. Penubuhan CoE dalam pelbagai bidang fokus dapat menjadi jentera

bagi IPTA untuk memangkinkan pembangunan inovasi secara menyeluruh.

Teras Ketiga Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) telah mensasarkan untuk

mengenalpasti 20 CoE bertaraf antarabangsa menjelang tahun 2020. Sebagai langkah

permulaan, Kementerian telah mengenal pasti enam (6) CoE di IPTA untuk diiktiraf sebagai

Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE). Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada

30 Oktober 2009 telah pun meluluskan pengiktirafan keenam-enam HICoE tersebut setelah

didapati berjaya melepasi kriteria dan proses penilaian yang ditetapkan.Setiap HICoE turut diberi

peruntukan sebanyak RM3juta setahun untuk membantu melonjakkan pencapaian HICoE tersebut

ke peringkat antarabangsa dari segi kualiti penyelidikan, perolehan akreditasi prasarana fizikal

serta peluasan jaringan dan rangkaian dengan industri tempatan dan institusi antarabangsa.

YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul

Razak menyempurnakan Majlis Pelancaran

Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE).

Barisan 6 Pengarah HICoE yang diiktiraf di

Pameran HICoE masing-masing.

91

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!