19.11.2014 Views

laporan tahunan 2009 - Jabatan Pengajian Tinggi - Kementerian ...

laporan tahunan 2009 - Jabatan Pengajian Tinggi - Kementerian ...

laporan tahunan 2009 - Jabatan Pengajian Tinggi - Kementerian ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LAPORAN TAHUNAN

Jabatan Pengajian Tinggi

2009

Pelancaran Malaysia Research Assessment Instrument (MyRA)

Malaysia Research Assessment Instrument (MyRA) merupakan satu instrumen bagi menilai

pencapaian IPT tempatan (awam ataupun swasta) dalam aspek penyelidikan, pembangunan dan

pengkomersilan (R&D&C). MyRA pada asalnya adalah merupakan penilaian IPTA untuk diiktiraf

sebagai Universiti Penyelidikan. Namun demikian, selaras dengan hasrat supaya IPT tempatan

memberi penekanan terhadap aktiviti R&D&C, maka instrumen berkenaan telah diperluaskan

penggunaannya kepada IPT lain.

MyRA telah dimuatnaik di dalam laman web KPT mulai Ogos 2009 dan semua IPT perlu mengisi

dan membuat penilaian kendiri (self-assessment) terhadap pencapaian R&D&C di institusi

masing-masing pada setiap tahun. Majlis pelancaran MyRA telah disempurnakan oleh Y.A.B.

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 8

Oktober 2009 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) sewaktu Ekspo Penyelidikan dan

Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa 2009 (PECIPTA 2009).

Majlis Pelancaran MyRA oleh Y.A.B.

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin

Mohd. Yassin, Timbalan Perdana

Menteri Malaysia semasa PECIPTA

2009.

Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Untuk Tahun 2009

Pada tahun 2009, sebanyak 2,512 permohonan projek penyelidikan di bawah Skim Geran

Penyelidikan Fundamental (FRGS) telah diterima daripada 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam

(IPTA) dan 3 daripada Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) milik Syarikat Berkaitan Kerajaan

(GLC) iaitu Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti

Multimedia (MMU).

Berdasarkan baki peruntukan FRGS di bawah RMK-9 pada tahun 2009, sejumlah 611 projek

telah diluluskan melibatkan peruntukan sebanyak RM26.5 juta. Daripada keseluruhan siling

peruntukan dana sebanyak RM285 juta dibawah RMK-9, baki sebanyak RM57 juta akan

disediakan bagi memenuhi permohonan projek-projek baru FRGS bagi tahun 2010 yang dibuka

pada 1 November 2009 dan ditutup pada 31 Disember 2009.

89

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!