19.11.2014 Views

laporan tahunan 2009 - Jabatan Pengajian Tinggi - Kementerian ...

laporan tahunan 2009 - Jabatan Pengajian Tinggi - Kementerian ...

laporan tahunan 2009 - Jabatan Pengajian Tinggi - Kementerian ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

2009

LAPORAN TAHUNAN

Jabatan Pengajian Tinggi

Bengkel Kerjasama Jaringan Sekolah Kluster – IPTA

Bengkel yang diadakan pada 11 Jun 2009 di Hotel Pan Pacific KLIA bermatlamat untuk

memperincikan konsep sekolah kluster, membentang dan menghebahkan kejayaan kerjasama

jaringan serta mengenal pasti dan mencari penyelesaian terhadap permasalahan yang mungkin

timbul berhubung Program Jaringan Sekolah Kluster-IPTA.

Bengkel tersebut berjaya menggabungkan penyertaan daripada guru besar dan guru-guru

yang terlibat secara khusus dalam kerjasama jaringan sekolah – IPTA, Timbalan Naib Canselor

(Akademik & Antarabangsa), penyelaras program serta wakil dari IPTA, wakil-wakil Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Program Jaringan Sekolah Kluster-IPTA ini mula wujud sejak bulan Julai tahun 2008 setelah

pelancarannya semasa majlis Seminar Permuafakatan Kementerian Pengajian Tinggi bersama

Kementerian Pelajaran Malaysia tahun 2008. Antara kejayaan yang berjaya diketengahkan

adalah seperti:

i. Jaringan Sekolah Kebangsaan Zainab 2, Kelantan dan Universiti Sains Malaysia (USM)

– mempamerkan kejayaan program inovatif yang dilaksanakan oleh pasukan penyelidik

melalui kajian ‘Kurikulum Neuroplastik: Membangun Satu Kaedah Pembelajaran Inovatif

Berasaskan Minda’. Ini merupakan projek transdisiplin pertama di Malaysia yang mengkaji

interaksi di antara pembelajaran, memori dan kognisi bagi mempertingkatkan proses

pembelajaran di kalangan pelajar sekolah selari dengan kurikulum pembelajaran yang sedia

ada.

ii. Jaringan Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah, Melaka dengan Universiti Teknikal

Malaysia Melaka (UTeM) –para pelajar sekolah berjaya menghasilkan pendrive tersendiri

dan dilatih untuk mempunyai kemahiran pemasangan komputer; dan

iii. Jaringan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma dengan Universiti Utara Malaysia

(UUM) – kumpulan pancaragam SMK Sultanah Asma adalah di antara kumpulan pancaragam

yang tersohor di peringkat dunia. Kumpulan ini juga telah dinobatkan selaku Naib Johan

semasa KL International Competition World Marching Band 2009.

Secara keseluruhannya, bengkel ini terlaksana dalam tujuannya untuk memantau dan mengkaji

keberkesanan program anjuran kedua-dua Kementerian. Dengan pendedahan terhadap kejayaan

dan punca kegagalan beberapa jaringan, satu pendekatan yang lebih sistematik dapat diambil

bagi manfaat semua di masa hadapan.

38

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!