19.11.2014 Views

laporan tahunan 2009 - Jabatan Pengajian Tinggi - Kementerian ...

laporan tahunan 2009 - Jabatan Pengajian Tinggi - Kementerian ...

laporan tahunan 2009 - Jabatan Pengajian Tinggi - Kementerian ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

2009

LAPORAN TAHUNAN

Jabatan Pengajian Tinggi

AAN 2008 telah mempertandingkan enam kategori. Proses penilaian yang ketat telah

membolehkan enam penerima yang layak diperakukan untuk menerima anugerah bagi 5

kategori iaitu Anugerah Tokoh Akademik Negara, Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan

Produk, Anugerah Pengajaran, Anugerah Penerbitan Buku, dan Anugerah Seni dan Kreativiti

manakala kategori Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal tiada pemenang pada tahun ini. Ini

kerana, seseorang pemohon perlu melepasi titik ambang yang tinggi untuk membolehkannya

dipertimbangkan sebagai pemenang. Penerima-penerima AAN 2008 adalah terdiri daripada:

1. Anugerah Tokoh Akademik Negara

Prof. Dr. Mohamad bin Salleh

2. Anugerah Penerbitan Buku

Prof. Madya Dr. Jelani bin Harun

3. Anugerah Inovasi dan Pengkomersilan Produk

Prof. Dr. Sureswaran Ramadass

4. Anugerah Seni dan Kreativiti

Prof. Dr. Mohamad Hatta bin Azad Khan

5. Anugerah Pengajaran

i) Kelompok Sastera Gunaan dan Sains

Sosial Gunaan Prof. Madya Dr. Zainal

Ariffin Ahmad

ii) Kelompok Sains Gunaan

Prof. Dr. Abd. Karim bin Alias

Penerima Anugerah Tokoh Akademik Negara telah menerima hadiah berupa wang tunai

sebanyak RM80,000.00 berserta trofi dan sijil manakala pemenang-pemenang bagi kategori

lain menerima wang tunai sebanyak RM20,000.00 berserta trofi dan sijil.

Forum Malaysia dan Australia dalam Quality and Excellence di Pengajian Tinggi

Jabatan Pengajian Tinggi dengan kerjasama Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications

Agency, MQA) dan Australian Education International (AEI) telah dengan jayanya mengadakan

Forum Quality and Excellence in Higher Education pada 10 dan 11 Ogos 2009 (Isnin dan

Selasa) bertempat di Hotel Nikko Kuala Lumpur. Perasmian forum telah disempurnakan oleh

YB Menteri Pengajian Tinggi.

Forum tersebut merupakan dialog strategik bilateral antara Malaysia dan Australia berkenaan

kualiti dan kecemerlangan pengajian tinggi. Forum telah melibatkan pembentangan kertas serta

sesi diskusi panel oleh wakil pengurusan tertinggi Kementerian, Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Malaysia yang terpilih serta perwakilan daripada universiti-universiti tersohor Australia, Australian

Universities Quality Agency (AUQA) dan agensi-agensi berkaitan. Semasa forum tersebut, satu

Memorandum Persefahaman (Memorandum of Understanding, MoU) telah ditandatangani

antara Agensi Kelayakan Malaysia dan Australian Universities Quality Agency (AUQA).

Forum berjaya memberi impak berkesan kepada peserta berkenaan amalan terbaik Malaysia

dan Australia melibatkan pembelajaran dan pengajaran, jaminan kualiti dan pembudayaan

kecemerlangan penyelidikan.

34

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!