19.11.2014 Views

laporan tahunan 2009 - Jabatan Pengajian Tinggi - Kementerian ...

laporan tahunan 2009 - Jabatan Pengajian Tinggi - Kementerian ...

laporan tahunan 2009 - Jabatan Pengajian Tinggi - Kementerian ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

2009

LAPORAN TAHUNAN

Jabatan Pengajian Tinggi

Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan

JPT telah melalui 2 fasa proses pengauditan dari badan persijilan, Sirim QAS International Sdn.

Bhd iaitu Audit Dokumen pada 10 Ogos 2009 dan Audit Pematuhan pada 14-16 September

2009. Hasil penemuan audit telah dilaporkan oleh pasukan audit dan semua teguran dan peluang

penambahbaikan yang dicadangkan telah diambil tindakan pembetulan dan pencegahan.

Para peserta sedang mengadakan perbincangan mengenai pengurusan

MS ISO 9001:2008.

Dato’ KP sedang membincangkan

tentang pengurusan semula MS ISO

9001:2008 bersama para peserta.

Majlis Amanat Tahun Baru Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi

Majlis amanat Ketua Pengarah Y. Bhg. Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi telah diadakan

pada 7 Februari 2009 di Auditorium Kompleks E, Kementerian Pengajian Tinggi. Dalam majlis

ini, beliau menyentuh tentang tujuh teras strategik PSPTN (Pelan Strategik Pengajian Tinggi

Negara).

Antara tujuh teras yang diberi penekanan ialah meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti,

menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran, memperteguh penyelidikan dan inovasi,

memperkasakan institusi pengajian tinggi, mempergiat pengantarabangsaan, membudayakan

pembelajaran sepanjang hayat dan juga memperkukuh sistem penyampaian KPT. Ketujuh-tujuh

teras ini haruslah diberi penekanan yang khusus dalam pelaksanaannya.

Selain itu, di dalam amanat ini juga, Ketua Pengarah telah menyentuh tentang nilai-nilai korporat

yang perlu diterap dan diamalkan oleh kakitangan Jabatan Pengajian Tinggi iaitu integriti, kerja

berpasukan, pembudayaan kualiti, prihatin dan juga tekun terhadap amanah. Dari segi integriti,

adalah penting supaya kakitangan komited terhadap integriti dan mengamalkan etika kerja yang

unggul secara professional dan menggalas tanggungjawab dalam semua bidang tugas.

Manakala segi pembudayaan kualiti, staf JPT haruslah menetapkan piawaian yang tinggi dan

sentiasa berusaha untuk mengatasinya, dan gigih berusaha ke arah peningkatan kualiti kecekapan

dan produktiviti serta mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada pencapaian yang cemerlang.

Dari segi prihatin pula, adalah penting untuk memastikan persekitaran kerja yang kondusif

serta mementingkan kelestarian warga kerja. Manakala dari segi tekun terhadap amanah,

adalah penting agar warga staf untuk melakukan tugas dengan teliti dan terbaik.

24

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!