19.11.2014 Views

laporan tahunan 2009 - Jabatan Pengajian Tinggi - Kementerian ...

laporan tahunan 2009 - Jabatan Pengajian Tinggi - Kementerian ...

laporan tahunan 2009 - Jabatan Pengajian Tinggi - Kementerian ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

2009

LAPORAN TAHUNAN

Jabatan Pengajian Tinggi

MKRA 4: Peningkatan Kegiatan R&D untuk memperkayakan ilmu dan penjanaan ekonomi

negara

Aspek MKRA yang keempat iaitu perluasan kegiatan penyelidikan dan pembangunan di IPTA

dan IPTS bagi memperkayakan ilmu dan penjanaan ekonomi negara yang berkonsepkan inovasi

dan pembudayaan pengkomersilan. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMKe-9), sebanyak

RM285 juta telah diperuntukkan untuk Skim Geran Penyelidikan Fundamental (Fundamental

Research Grant Scheme, FRGS) untuk projek penyelidikan dan pengkomersilan. Pada tahun

2009, sebanyak 2,512 permohonan projek penyelidikan di bawah dana FRGS telah diterima

daripada 20 IPTA dan 3 IPTS di mana sejumlah 611 projek penyelidikan dan pembangunan

telah diluluskan oleh JPT yang melibatkan dana sebanyak RM26.5 juta. Berdasarkan baki

peruntukan yang sedia ada, sebanyak RM57 juta akan disimpan untuk memenuhi projek-projek

baru FRGS bagi tahun 2010. Seramai 4,731 penyelidik dihasilkan dan sebanyak 543 atau

4.3% daripada 12,523 hasil R&D dikomersilkan.

Selain daripada dana FRGS, JPT juga telah melaksanakan pemilihan Pusat Kecemerlangan

(CoE) IPT sebagai Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE). Pada tahun 2009, enam

buah CoE yang merangkumi 5 IPTA iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia

(USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti

Teknologi MARA (UiTM) telah diiktiraf sebagai HICoE yang akan bertindak sebagai pemangkin

dalam memperluaskan aktiviti penyelidikan dan pembangunan di peringkat nasional dan

antarabangsa.

Bagi menggalakkan pembudayaan penyelidikan dan pembangunan di IPTA dan IPTS, beberapa

pengiktirafan telah diwujudkan sebagai perangsang projek. Antaranya ialah empat buah universiti

iaitu UM, USM, UKM dan UPM telah diberi status RU, manakala USM pula turut diberi status

Universiti APEX. Selain itu, dua buah Sekolah Perniagaan di IPTA iaitu Graduate School of

Business, UKM (UKM – GSB) dan Graduate School of Management, UPM (UPM – GSM) telah

diiktiraf sebagai Top Business School (TBS). Bagi menilai pencapaian IPTA dan IPTS dalam

aspek penyelidikan dan pembangunan serta pengkomersilan, Malaysia Research Assessment

Instrument (MyRA) telah diperkenalkan pada Ogos 2009 yang dibangunkan berdasarkan kepada

instrumen RU. Lapan kriteria yang dinilai ialah kuantiti dan kualiti penyelidik, kuantiti dan kualiti

penyelidikan, kuantiti pasca-siswazah, kualiti pasca-siswazah, inovasi, khidmat profesional dan

hadiah, rangkaian dan pautan, dan kemudahan sokongan. MyRA boleh diakses melalui laman

web Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan penilaian kendiri (self-assessment) boleh dilakukan

oleh IPTA dan IPTS.

14

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!