19.11.2014 Views

laporan tahunan 2009 - Jabatan Pengajian Tinggi - Kementerian ...

laporan tahunan 2009 - Jabatan Pengajian Tinggi - Kementerian ...

laporan tahunan 2009 - Jabatan Pengajian Tinggi - Kementerian ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN TAHUNAN

Jabatan Pengajian Tinggi

2009

link companies (GLC), public listed companies, dan small and medium enterprises (SME)

yang dapat menjana ekonomi baru serta memerlukan tenaga kerja yang berkemahiran

tinggi. Graduan akan ditawarkan pekerjaan di syarikat-syarikat yang terpilih selepas tamat

program. Selain itu, Mobiliti Pelajar pula ialah satu program penghantaran pelajar ke luar IPT.

Terdapat dua jenis program mobiliti iaitu externship dan student exchange. Program ini

dapat meningkatkan kefahaman pelajar tentang pelbagai budaya (intercultural competencies)

dan mewujudkan jaringan hubungan antara pelajar dan warga daripada pelbagai negara.

Latihan Industri/Internship pula bertujuan memberi pendedahan amalan kerja dalam bidang

pengkhususan para pelajar. Program ini menjurus kepada mengaplikasikan pengetahunan dan

pembelajaran dalam bidang yang dipelajari.

MKRA 3: Pengantarabangsaan pengajian tinggi negara

Membina reputasi antarabangsa yang mampu meletakkan pengajian tinggi negara sebagai hab

pendidikan terulung merupakan MKRA ketiga bagi JPT. Melalui program pemasaran pengajian

tinggi negara yang aktif serta pengukuhan rangkaian promosi di luar negara melalui Pejabat

Promosi Pendidikan Malaysia (MEPC), sasaran KPT untuk mencapai 200,000 pelajar

antarabangsa menjelang tahun 2020 dapat direalisasikan. Sehingga Disember 2009,

seramai 80,750 pelajar antarabangsa telah mendaftar untuk enrolmen ke IPT negara di

mana daripada jumlah tersebut, seramai 22,455 pelajar telah mendaftar di IPTA dan

selebihnya iaitu 58,294 pelajar telah mendaftar di IPTS. Peningkatan sebanyak 15%

telah dicapai bagi tahun 2009 berbanding pada tahun 2008 yang hanya mempunyai

seramai 70,259 pelajar antarabangsa. Peningkatan yang memberangsangkan ini telah

dicapai melalui usaha JPT yang telah melaksanakan 16 pameran pengajian tinggi di dalam

negara dan 17 pameran promosi di luar negara. Selain itu, pengenalan program mobiliti

pelajar, Edu-Tourism – “A truly different learning experience” pada tahun 2009 yang

menawarkan kursus-kursus pendek di IPTA dan IPTS bertindak sebagai medium menyebarluaskan

keunikan dan keistimewaan Malaysia di persada antarabangsa. JPT telah menghasilkan

sebanyak 27 pakej program mobiliti pelajar sehingga Disember 2009.

Bagi menarik pelajar antarabangsa untuk mengikuti pendidikan tinggi di Malaysia, beberapa

tajaan biasiswa kerajaan seperti Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) dan Biasiswa

Antarabangsa Malaysia (MIS) serta tajaan agensi asing telah disediakan. Sehingga akhir

Disember 2009, seramai 13,276 pelajar antarabangsa telah mendapat tajaan kerajaan /

agensi luar negara untuk mengikuti pengajian di Malaysia iaitu 2% pasaran pengajian tinggi

dunia.

13

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!