19.11.2014 Views

laporan tahunan 2009 - Jabatan Pengajian Tinggi - Kementerian ...

laporan tahunan 2009 - Jabatan Pengajian Tinggi - Kementerian ...

laporan tahunan 2009 - Jabatan Pengajian Tinggi - Kementerian ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

2009

LAPORAN TAHUNAN

Jabatan Pengajian Tinggi

Menurut kajian rintis yang telah dibuat, 88% pelajar mendapat skor minima 6 daripada 7

elemen GSA manakala sepanjang tahun 2009, sebanyak 95% daripada pelajar yang tamat

latihan industri telah dilengkapi dengan sekurang-kurangnya 4 komponen GSA.

JPT juga memastikan fokus khas diberikan kepada program-program akademik yang merangkumi

komponen GSA di IPT berlandaskan Hasil Pembelajaran (Learning Outcomes, LO), Kemahiran

Insaniah (KI) dan Taksonomi. Sehingga Disember 2009, sebanyak 132 program daripada

940 program di IPT telah disemak dalam ke arah pengimplimentasian komponen GSA ini.

Manakala bagi projek yang telah dijalankan pula, sebanyak 274 program (iaitu 28%) daripada

978 permohonan menepati keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification

Framework, MQF). Selain itu, sebanyak 239 daripada 976 program akademik atau 24.6%

telah dilaksanakan secara ko-kurikulum berkredit.

JPT percaya bahawa isu kebolehpasaran graduan dan kebolehdapatan kerja graduan merupakan

isu nasional yang perlu ditangani secara komprehensif. Dalam hal ini, JPT telah membangunkan

kerangka program employabiliti (graduate employability, GE) yang melibatkan Degree++,

Finishing School, Apprenticeship Program, Bridging Gap Program, Mobiliti Pelajar, dan

Latihan Industri/Internship. Secara ringkasnya, Degree++ ialah satu program pentauliahan

profesional di mana pelajar yang sedang belajar boleh mengikuti program untuk mendapatkan

sijil yang diiktiraf oleh badan-badan bertauliah dan profesional dalam bidang-bidang yang berkaitan.

Program-program ini mempunyai modul yang spesifik dan memberi nilai tambah yang tinggi

kepada graduan. Finishing School pula bertujuan untuk memberi pendedahan dan merupakan

persiapan awal kepada bakal graduan sebelum mereka memasuki alam pekerjaan sebenar.

Antara kandungan program ini termasuklah personal grooming, English proficiency, soft

skills, resume writing, interview skills, dan sebagainya. Apprenticeship Program pula merupakan

program yang melibatkan graduan IPT yang bakal dan baru menamatkan pengajian. Ia memberi

penekanan kepada latihan yang menjurus kepada meningkatkan kemampuan graduan untuk

merebut peluang pekerjaan di high end industries. Peserta program ini akan diberi latihan

selama dua hingga enam bulan bergantung kepada jenis program yang disertai. Peserta

seterusnya akan diberi penempatan kerja selepas tamat latihan.

Bridging Gap Program yang merupakan sebahagian daripada kerangka GE bertujuan untuk

menyediakan latihan bagi melengkapkan pengetahuan dan kemahiran graduan mengikut

keperluan majikan. Modul latihan yang disediakan adalah dinamik dan fleksibel mengikut

keperluan majikan. Majikan yang terpilih adalah multi national companies (MNC), government

12

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!