19.11.2014 Views

laporan tahunan 2009 - Jabatan Pengajian Tinggi - Kementerian ...

laporan tahunan 2009 - Jabatan Pengajian Tinggi - Kementerian ...

laporan tahunan 2009 - Jabatan Pengajian Tinggi - Kementerian ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

2009

LAPORAN TAHUNAN

Jabatan Pengajian Tinggi

Selain itu, bagi meningkatkan pendedahan dan menyebarluaskan maklumat tentang program

pengajian yang ditawarkan oleh IPTA serta menyemai kesedaran dalam penggunaan Aplikasi

Dalam Talian untuk permohonan kemasukan ke IPTA, mulai tahun 2005, JPT telah menganjurkan

Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) dengan tagline “Jom Masuk U” di lokasi-lokasi yang

terpilih di seluruh negara dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pada

tahun 2009, seramai 112,000 pelawat telah mengunjungi KPTN 2009 yang telah diadakan

dari 17 Januari hingga 5 April 2009 di 8 zon yang berbeza lokasinya di seluruh negara.

Perluasan akses pengajian tinggi yang berkualiti tidak hanya ditumpukan di sektor IPTA sahaja

tetapi juga di sektor institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Sehingga Disember 2009, JPT

telah mendaftar sebanyak 517 buah IPTS yang merangkumi 45 IPTS bertaraf Universiti/

Kolej Univesiti/Kampus Cawangan Luar Negara dan 472 IPTS bukan bertaraf Universiti/

Kolej Univesiti/Kampus Cawangan Luar Negara. Lima permohonan baru untuk menubuhkan

IPTS telah diluluskan sepanjang tahun 2009. Establishment Audit (EA) telah dilaksanakan ke

atas 200 IPTS (120 secara full scope dan 80 secara desk-top) dalam memastikan kualiti

IPTS serta syarat pengoperasian dan standard pendidikan tinggi negara diamalkan. Melalui

penguatkuasaan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555], sebanyak 122

buah IPTS telah diperiksa untuk mengenal pasti status pengoperasian dan sebanyak 45 iaitu

37% daripadanya telah dikenakan tindakan undang-undang. Sepanjang tahun 2009, sebanyak

281 aduan telah diterima dan diselesaikan oleh JPT mengenai pengurusan pengajian tinggi di

IPTS.

Selain itu, kualiti dan prestasi institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dimantapkan lagi dengan

penggunaan Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA). Pada tahun 2009,

sebanyak 58 IPT dari seluruh negara telah menyertai program SETARA untuk rating dan sebanyak

6 Bengkel Instrumen SETARA 2009 telah dilaksanakan. Dari segi kualiti program akademik

yang dilaksanakan di IPT pula, sebanyak 89% program matang iaitu 1658 program daripada

1861 program matang IPTA dan IPTS telah mendapat akreditasi atau perakuan daripada

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

MKRA pertama turut menekankan peningkatan kualiti dan pencapaian pensyarah IPTA iaitu

mensasarkan 60% pensyarah IPTA perlu memilki Ph.D atau setaraf menjelang tahun 2015.

Komitmen JPT dalam merealisasikan sasaran ini terus diperkukuhkan di mana pada tahun

2009, sebanyak 44.8% atau 8,796 pensyarah IPTA daripada 19,619 pensyarah IPTA

mempunyai Ph.D atau setaraf dan sebanyak 30% pensyarah IPTA menjalani kursus pedagogi

10

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!