09.11.2014 Views

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

BENTUK KAWALAN DALAMAN KAMI samb

• Sistem Maklumat

Pusat usaha Kawalan Dalaman kami adalah Sistem Maklumat yang menyediakan kemudahan untuk pengawasan dan

komunikasi pengukuran prestasi, petunjuk penting, dan persekitaran luaran. Tahap kecanggihan adalah berpelbagai

menurut segmen perniagaan, dan disemak serta dinaiktaraf secara berkala.

• Pendekatan Audit Berasaskan Risiko

Program ERM menyediakan dokumentasi dan asas yang mencukupi untuk melengkapi pendekatan audit berasaskan

risiko kami. Juruaudit dalaman kami yang bebas – selain daripada menjalankan audit terhadap kecukupan dan

kewibawaan kawalan dalaman – turut menyediakan jaminan audit berhubung pematuhan dan kecukupan

keseluruhan Rangka Kerja ERM.

KERJA YANG DISELESAIKAN DALAM TEMPOH DITINJAU

Semua bahagian, unit operasi dan fungsi telah mula melaksanakan pelbagai aktiviti kawalan dan rancangan tindakan

yang dicadangkan atau dirumuskan sejak tempoh laporan yang lepas. Peringkat-peringkat pelaksanaannya adalah

berpelbagai selaras dengan bentuk aktiviti dan rancangan kawalan – yang mana ada diantaranya meliputi usaha

berterusan yang berkesinambungan (iaitu program-program peningkatan kualiti, program pengurusan perhubungan

pelanggan, dan program peningkatan daya saing). Kami mengkaji kemajuan program-program ini secara berkala, dan

berpuashati dengan penekanan yang diberikan oleh pengurusan terhadap bidang-bidang risiko utama, dan tahap

pelaksanaan keseluruhannnya.

Dalam tempoh yang ditinjau, pihak pengurusan yang diwakili dalam pelbagai unit Jawatankuasa Pengurusan Risiko telah

terlibat dalam pelbagai jawatankuasa kerja fungsi yang berbeza untuk menangai risiko dan peluang yang timbul selaras

dengan Rangka Kerja ERM Kumpulan. Inisiatif-inisiatif baru dan rancangan mengurangkan risiko telah diwujud dan

dilaksanakan dengan segera – terutamanya terhadap yang memerlukan maklum balas segera (iaitu semasa wabak SAR

dan Peperangan Iraq pada suku tahun ketiga dalam tahun kewangan kami). Pengurusan juga telah melancarkan Intranet

Kumpulan dan membangunkan pemakaian web sendiri untuk memudahkan komunikasi amaran risiko dan koordinasi

inisiatif dan usaha mengurangkan risiko. Khususnya, profil risiko pelbagai unit Kumpulan sentiasa dikemaskini dan

diakses melalui Intranet kami. Ini telah membantu mewujudkan kesedaran dan keseragaman dalam usaha pengurusan

risiko keseluruhan.

Berdasarkan tinjauan tersebut, Lembaga Pengarah berpuashati dengan kemajuan berterusan untuk mengenalpasti,

menilai, mengurus dan memantau risiko-risiko utama, dan Lembaga Pengarah juga berpendapat bahawa sistem Kawalan

Dalaman Kumpulan adalah mencukupi dan berwibawa.

KESIMPULAN LEMBAGA PENGARAH

Lembaga Pengarah dengan sukacita mendedahkan bahawa keadaan Sistem Kawalan Dalaman Kumpulan adalah selaras

dengan Kod dan Panduan (berhubung Penyata Kawalan Dalaman) yang dikeluarkan oleh BSKL. Tiada kegagalan kawalan

yang ketara atau kelemahan yang boleh menyebabkan kerugian ketara dan memerlukan pendedahan di dalam laporan

tahunan Kumpulan bagi tahun kewangan yang ditinjau. Kesimpulan Lembaga Pengarah dicapai berdasarkan kepada

tinjauannya seperti yang dinyatakan di atas, dan juga perkara-perkara berikut:

• Laporan audit dan perbincangan berkala dengan Jawatankuasa Audit.

• Laporan pengurusan berkala berhubung keadaan hal ehwal syarikat yang turut meliputi keadaan kawalan dalaman

• Laporan tinjauan risiko dua kali setahun yang disediakan oleh setiap jawatankuasa pengurusan risiko.

89

IOI Corporation Berhad

Laporan Tahunan 2003

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!