09.11.2014 Views

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

penyatakawalandalaman

PENGENALAN

Penyata ini disediakan menurut Keperluan Penyenaraian BSKL berhubung pematuhan Kumpulan terhadap peruntukan

Prinsip-prinsip dan Amalan Terbaik berkaitan kawalan dalaman seperti yang digariskan dalam Kod Tadbir Urus Korporat

Malaysia (‘Kod’).

Sebagai kesinambungan pendedahan pada tahun lepas, Lembaga Pengarah dengan sukacita membentangkan di bawah

tinjauan status keadaan kawalan dalaman Kumpulan.

PENGAKUAN TANGGUNGJAWAB

Lembaga Pengarah menegaskan bahawa ia bertanggungjawab secara muktamad terhadap sistem Kumpulan berhubung

kawalan dalaman yang meliputi jaminan kecukupan dan kewibawaan sistem tersebut pada setiap masa, dan

keselarasannya dengan objektif perniagaan. Walau bagaimapun, perlu ditegaskan bahawa, sistem ini dicipta untuk

mengurus dan bukan menghapuskan risiko kegagalan mencapai objektif perniagaan; dan yang demikian, ia hanya mampu

menyediakan jaminan berpatutan dan bukan muktamad terhadap salahnyata atau kerugian ketara.

BENTUK KAWALAN DALAMAN KAMI

Lembaga Pengarah mengesahkan bahawa terdapat proses berterusan untuk mengenalpasti, menilai, mengurus dan

memantau risiko-risiko utama yang mungkin menjejaskan pencapaian objektif perniagaan kami. Sistem kawalan dalaman

kami meliputi pengurusan risiko dan kawalan kewangan, organisasi, perniagaan, operasi, pentadbiran dan kawalan

pematuhan. Sistem bersepadu ini dicipta untuk mengurus dinamik persekitaran dalaman dan luaran bagi

mengoptimumkan keupayaan Kumpulan mencapai Wawasan dan objektifnya melalui kejayaan pelaksanaan strategi.

• Rangka Kerja Pengurusan Risiko Perniagaan (‘ERM’)

Mula diinstitusi dan diperkenalkan sejak tahun 2002, Rangka Kerja ERM menyediakan pendekatan yang saling

berkaitan, bersepadu dan berdisiplin untuk pelbagai perniagaan Kumpulan bagi menguruskan risiko perniagaan

secara sistematik dan mengoptimumkan peluang-peluang perniagaan yang berkaitan dengan objektif bersama dalam

pelbagai hierarki organisasi. Pelaksanaan Rangka Kerja tersebut melibatkan pengenalpastian dan penilaian risiko dan

peluang, serta aktiviti-aktiviti kawalan yang terhasil dan rancangan tindakan yang menangani perkara-perkara

tersebut. Ciri-ciri penting lain Rangka Kerja ERM kami termasuk:

- Langkah diagnostik risiko

- Panduan mengenai Prinsip-prinsip Operasi dan Dasar berhubung pengurusan risiko

- Mekanisma laporan, pemantauan dan semakan yang telah sedia ada

Sebagai Alat Kawalan

Mekanisma kawalan dalaman kami – sama ada berbentuk kewangan, pentadbiran, operasi, atau pematuhan

peraturan – diimbangi dengan teliti bagi mengoptimumkan manfaat dan keberkesanan. Rangka Kerja ERM

membantu mengukuhkan keputusan kami dalam melaksanakan kawalan amalan terbaik terhadap proses-proses

utama yang berkaitan dengan risiko.

IOI Corporation Berhad

Laporan Tahunan 2003

88

Sebagai Alat Strategik

Selain daripada mengurus kesan-kesan negatif ketidaktentuan, kami mencari dan menggunakan peluang yang

dibawa bersama dengan ketidaktentuan tersebut. Kami menerima pakai pengurusan risiko sebagai alat strategik

dalam merumuskan strategi, pelaburan dan pengagihan sumber, serta sebagai pemangkin terhadap inisiatif inovasi

proses dan amalan terbaik.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!