09.11.2014 Views

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

tadbiruruskorporat samb

IOI Corporation Berhad

Laporan Tahunan 2003

86

Dialog Antara Syarikat dan Pelabur samb

Syarikat menggunakan aktiviti-aktiviti hubungan pelabur utama berikut untuk mengemaskini para pelabur, memberi

penjelasan tentang perniagaan dan matlamat kewangannya serta mendapatkan maklum balas daripada para pelabur,

• Mesyuarat dengan penganalisis kewangan dan pengurus dana institusi;

• Mengambil bahagian dalam pameran bergerak dan persidangan pelabur, baik tempatan mahupun antarabangsa; dan

• Mengambil bahagian dalam persidangan melalui telefon dengan para pelabur dan penganalisis penyelidikan.

Pada tahun kewangan yang ditinjau, Kumpulan telah mengambil bahagian dalam kira-kira 10 pameran bergerak dan

persidangan pelabur serta telah mengadakan kira-kira 80 mesyuarat dengan para penganalisis kewangan dan pelabur.

Mesyurat Agung Tahunan dan Komunikasi-komunikasi Lain dengan Pemegang Saham

Sejak dahulu, Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat (“MAT”) mempunyai tahap kehadiran yang memuaskan. Pengerusi sentiasa

memperuntukkan masa yang mencukupi bagi sesi soal jawab dalam MAT, bagi mendapatkan saranan dan ulasan para pemegang

saham untuk dipertimbangkan oleh pengurusan.

Pengumuman yang tepat pada masanya juga telah dibuat kepada orang ramai berhubung keputusan suku tahunan, cadangancadangan

korporat syarikat dan pengumuman lain yang diperlukan untuk memastikan penyebaran maklumat berkaitan Syarikat

yang berkesan dan supaya maklumat yang tepat disediakan kepada pelabur umum keseluruhannya.

Kumpulan turut mewujudkan beberapa laman web, antara yang utama ialah di www.ioigroup.com, untuk memudahkan para

pemegang saham dan orang ramai mendapat maklumat korporat, penyata kewangan, berita dan acara berkaitan Kumpulan

secara tepat pada masanya.

AKAUNTABILITI DAN AUDIT

Tanggungjawab Para Pengarah Untuk Menyediakan Penyata Kewangan Tahunan Yang Diaudit

Akta Syarikat, 1965 (“Akta”) memerlukan Pengarah supaya menyediakan penyata kewangan bagi setiap tahun kewangan,

yang memberi gambaran yang benar dan saksama mengenai hal-ehwal Syarikat dan Kumpulan. Selepas mengadakan

perbincangan dengan juruaudit luaran, para Pengarah menimbangan sama ada Syarikat menggunakan dasar-dasar

perakaunan sewajar yang diterima pakai secara seragam dan disokong dengan pertimbangan dan anggaran yang berpatutan

serta berhemat, dan bahawa penyata kewangan telah disediakan selaras dengan piawaian perakaunan Malaysia yang

berkaitan dan peruntukan-peruntukan Akta.

Para Pengarah bertanggungjawab untuk memastikan Kumpulan dan Syarikat menyimpan rekod perakaunan sewajar yang

menyatakan dengan ketepatan berpatutan mengenai kedudukan kewangan Kumpulan dan Syarikat yang membolehkan mereka

memastikan bahawa penyata kewangan tersebut mengenai mematuhi Akta. Mereka mempunyai tanggungjawab umum untuk

mengambil langkah-langkah sedemikian bagi melindungi harta Kumpulan, dan untuk mengesan dan mencegah sebarang

penipuan serta berbagai bentuk pelanggaran peraturan yang lain.

Laporan Kewangan

Dalam membentangkan penyata kewangan tahunan dan pengumuman suku tahunan kepada para pemegang saham, para

Pengarah mempunyai matlamat untuk menyampaikan satu taksiran yang seimbang dan boleh difahami mengenai kedudukan

kewangan dan prospek Kumpulan serta memastikan supaya keputusan kewangan dikeluarkan kepada BSKL dalam tempoh yang

telah ditetapkan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!