09.11.2014 Views

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

tadbiruruskorporat samb

Bekalan Maklumat

Semua ahli Lembaga Pengarah dibekalkan maklumat tepat pada masanya. Laporan Lembaga Pengarah diedarkan sebelum

mesyuarat Lembaga Pengarah diadakan bagi membolehkan para Pengarah mendapatkan maklumat dan penjelasan lanjut,

apabila diperlukan, sebelum mesyuarat diadakan.

Laporan Lembaga Pengarah antara lain menyediakan maklumat kewangan dan korporat secara berkala, isu-isu operasi,

kewangan dan korporat yang penting, prestasi berbagai unit perniagaan dan cadangan pengurusan yang memerlukan

kelulusan Lembaga Pengarah.

Taklimat berkala secara terperinci mengenai keadaan industri, prestasi syarikat dan tinjauan masa depan (ramalan) juga

disediakan untuk para pengarah bagi memastikan Lembaga Pengarah sentiasa maklum mengenai arah aliran dan

perkembangan terkini di pasaran dan industri.

Lembaga Pengarah mendapat khidmat dua orang Setiausaha Syarikat yang bertanggungjawab ke atas Lembaga

Pengarah dalam memastikan supaya semua prosedur Lembaga Pengarah diikuti dan bahawa undang-undang dan

peraturan yang berkenaan dipatuhi. Ini termasuk tanggungjawab para Pengarah berkaitan pendedahan kepentingan dan

pendedahan sebarang konflik kepentingan dalam urusniaga dengan Kumpulan. Setiausaha-setiausaha Syarikat tersebut

turut dipertanggugjawabkan untuk mengetengahkan semua isu yang mereka fikirkan perlu dibawa kepada perhatian

Lembaga Pengarah.

Selain daripada para Setiausaha Syarikat, pengarah bebas juga mempunyai akses sepenuhnya kepada para pegawai

kewangan dan perundangan serta juruaudit dalaman Syarikat.

Dalam melaksanakan tanggungjawabnya, jawatankuasa Lembaga Pengarah berhak untuk mendapatkan pandangan dan

nasihat profesional daripada perundingcara luar seperti bank saudagar, penilai, perundingcara sumber manusia dan lain-lain.

Pelantikan Ke Dalam Lembaga Pengarah

Jawatankuasa Pencalonan Syarikat terdiri daripada para pengarah bebas. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk

membuat cadangan bagi sebarang pelantikan ke dalam Lembaga Pengarah. Semasa membuat cadangan ini,

Jawatankuasa Pencalonan menimbangkan keperluan campuran kemahiran dan pengalaman yang para Pengarah perlu

bawa ke dalam Lembaga Pengarah. Sebarang Pencalon baru yang diterima dikemukakan sepenuhnya kepada Lembaga

Pengarah untuk dinilai dan disahkan.

IOI Corporation Berhad

Laporan Tahunan 2003

82

Pada tahun kewangan 2003, tiada pelantikan baru ke Lembaga Pengarah kerana mereka telah berpuas hati bahawa

Lembaga Pengarah pada masa ini mempunyai pengalaman dan kepakaran yang mencukupi untuk mengawasi pengurusan

Kumpulan secara berkesan. Para Pengarah juga menghadiri Program Pendidikan Berterusan untuk mengikuti

perkembangan peraturan dan keperluan penyenaraian baru.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!