09.11.2014 Views

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

penyatapengerusi samb

TINJAUAN KEPUTUSAN

Kumpulan berjaya menampilkan keputusan operasi lebih tinggi yang ketara pada TK 2002 dengan peningkatan positif

dalam kesemua perniagaan dan didorong terutamanya oleh pendapatan perladangan yang melonjak sebanyak 132%.

Sejajar dengan peningkatan harga minyak sawit mentah (“MSM”) sebanyak 36%, peningkatan 34% dalam keluaran MSM

disebabkan oleh sumbangan 5 1 /2 bulan daripada ladang Pamol yang baru diambilalih serta pertambahan 12% dalam hasil

MSM, keuntungan operasi bahagian perladangan meningkat sebanyak 132% kepada RM530.3 juta bagi tahun kewangan

yang ditinjau, daripada RM229.0 juta pada tahun lepas.

Untuk perniagaan hartanah kita, pasaran hartanah yang kurang cergas pada tiga suku pertama bagi tahun yang ditinjau

telah menjejaskan penjualan pelancaran baru. Walau bagaimanapun, sektor perumahan mengalami pemulihan mantap

pada suku keempat apabila sentimen kembali positif berikutan berakhirnya wabak SARS dan perang Iraq. Keuntungan

operasi keseluruhan yang dicapai oleh aktiviti pembangunan dan pelaburan hartanah bagi TK 2003 berjumlah RM255.2

juta, rendah sedikit berbanding RM257.8 juta yang dicapai pada tahun sebelumnya. Walaupun keuntungan daripada

pembangunan adalah RM10.3 juta atau 4% lebih tinggi daripada tahun lepas, namun ia telah dikurangkan oleh

sumbangan yang lebih rendah daripada sektor pelaburan hartanah berikutan defisit penilaian semula berjumlah RM14.1

juta untuk satu pelaburan hartanah di Singapura.

Langkah rasionalisasi yang dilaksanakan pada tahun kewangan lepas menyaksikan penjualan kepentingan Kumpulan

dalam perniagaan gas perindustrian dan sebuah syarikat perpaipan keluli, di mana kedua-duanya menjalankan aktiviti

bukan berkaitan kelapa sawit. Kini aktiviti perkilangan Kumpulan meliputi penapisan minyak sawit, oleokimia, minyak

dan lemak khusus yang kesemuanya berasaskan aktiviti perkilangan hiliran kelapa sawit.

IOI Corporation Berhad

Laporan Tahunan 2003

6

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!