09.11.2014 Views

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

tadbiruruskorporat

Lembaga Pengarah Syarikat menerima sepenuhnya prinsip dan usul-usul yang terkandung dalam Kod Tadbir Urus

Korporat Malaysia (“Kod”) dan sentiasa berusaha untuk menerima pakai nilai-nilai dan bukan sekadar penerimaan

terhadap struktur di sebalik preskripsi tadbir urus berkenaan.

Selain daripada pelaksanaan Kod, pengamalan tadbir urus korporat Syarikat sendiri sentiasa berpandukan rangka kerja

“Wawasan IOI” di mana tanggungjawab dan kejayaan komersial yang seimbang hendaklah dicapai dengan menangani

kepentingan semua pemegang kepentingan, iaitu pelanggan kami, pemegang saham kami, tenaga manusia kami, rakanrakan

perniagaan kami dan negara kami serta masyarakat di mana kami beroperasi. Satu set nilai-nilai teras dan prinsip

panduan memandu tenaga manusia kami pada semua peringkat dalam mengendalikan perilaku dan pengurusan

perniagaan serta hal ehwal Kumpulan. Kami percaya bahawa tadbir urus korporat yang baik boleh membawa kejayaan

jangka panjang yang boleh diukur dan ditahan serta membolehkan penerbitan nilai pemegang saham dan

memanfaatkan semua pemegang kepentingan lain. Justeru itu, Lembaga Pengarah komited untuk memastikan supaya

taraf piawaian tadbir urus korporat yang tinggi diamalkan di seluruh Kumpulan IOI demi menjaga kepentingan semua

pemegang kepentingan.

Lembaga Pengarah dengan sukacita membentangkan penyata berikut, yang menggariskan bagaimana Kumpulan telah

menerima pakai prinsip-prinsip yang dibentangkan di bawah Kod tersebut. Kecuali bagi perkara-perkara yang

dikenalpasti secara khusus, Lembaga Pengarah telah mematuhi amalan terbaik yang dibentangkan dalam Kod.

LEMBAGA PENGARAH

Peranan dan Tugas Utama

Lembaga Pengarah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas prestasi keseluruhan Syarikat dan Kumpulan.

Lembaga Pengarah menetapkan wawasan dan objektif strategik serta menunjukkan hala tuju dasar-dasar, rancangan

tindakan strategik serta pengurusan sumber Kumpulan ke arah merealisasikan “Wawasan IOI”. Ia memberi tumpuan

utama kepada strategi, prestasi kewangan dan isu-isu perniagaan yang kritikal dan penting serta bidang-bidang khusus

seperti risiko utama dan pengurusannya, sistem kawalan dalaman, perancangan penggantian bagi pengurusan kanan,

program perhubungan pelabur dan dasar komunikasi pemegang saham.

IOI Corporation Berhad

Laporan Tahunan 2003

78

Para pengarah eksekutif memikul tanggungjawab utama dalam pengurusan perniagaan dan sumber Kumpulan.

Pengetahuan mendalam para pengarah eksekutif dan amalan pengurusan “menunjuk ajar secara langsung” telah

membolehkan Kumpulan menjadi peneraju dalam industri pilihannya.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!