09.11.2014 Views

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

perbincangandananalisispengurusan • tinjauan operasi perniagaan teras samb

KEPUTUSAN

Bagi TK 2003, perniagaan penapisan telah melaporkan keuntungan operasi sebanyak RM28.5 juta, jauh lebih tinggi

daripada RM12.3 juta yang dicapai sebelumnya berikutan margin penapisan yang lebih baik dan keadaan perdagangan

yang lebih menggalakkan.

Operasi oleokimia Kumpulan Palmco, termasuk syarikat bersekutunya FCM telah menyumbang RM94.7 juta kepada EBIT

Kumpulan, meningkat 7% daripada sumbangan pada TK 2002 yang berjumlah RM88.7 juta.

Pertumbuhan volum tinggi yang didorong oleh pengembangan kapasiti oleh Acidchem dan FCM telah menampung kesan

margin produk rendah yang disebabkan oleh harga bahan mentah yang lebih tinggi dan persaingan yang semakin sengit

daripada syarikat-syarikat baru yang menyertai pasaran. Perniagaan oleokimia kami terus menampilkan prestasi baik

dengan tahap pengeluaran mencapai tahap tinggi terbaru untuk tahun ketiga berturut-turut. Volum jualan adalah 34%

lebih tinggi kerana kami berajaya menembusi pasaran dengan kualiti produk kami yang tinggi dan juga kerana kini lebih

keutamaan diberi kepada oleokimia berasaskan sayuran berbanding yang berasaskan lemak haiwan.

Pengambilalihan Loders Croklaan telah diselesaikan pada bulan Disember 2002. Bagi tempoh selepas pengambilalihan,

Loders Croklaan telah menyumbangkan keuntungan operasi sebanyak RM2.5 juta, lebih rendah berbanding tempoh yang

sama sebelumnya. Keuntungan yang lebih rendah ini disebabkan oleh keadaan pasaran yang sukar serta caj sekali dan

pelarasan kos seperti bayaran pemotongan, kos insurans dan kesan matawang. Dari segi pasaran, harga input bahan

mentah yang lebih tinggi dan faktor berkitar lain yang menyebabkan para pembekal beralih perhatian kepada bahan

mentah alternatif bermusim yang lebih murah seperti daun illipe berbanding sheabutter telah menekan margin

perdagangan dengan ketara bagi perniagaan ramuan snek teras. Walaupun perniagaan terasnya menampilkan prestasi

lebih rendah daripada jangkaan bagi tempoh yang ditinjau, nutrisyen lipid dan sistem penghantaran perasa menampilkan

prestasi mengatasi jangkaan dengan pertumbuhan mantap. Objektif awal untuk memastikan perpaduan Loders Croklaan

dilaksanakan dengan lancar dan permulaan proses untuk menempatnya sebagai sebahagian utama dalam strategi

perniagaan kelapa sawit IOI di peringkat global pada masa hadapan telah berjaya dicapai pada tahun ini.

IOI Corporation Berhad

Laporan Tahunan 2003

72

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!