09.11.2014 Views

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

OPERASI

Loji penapis minyak sawit dan loji penghancur isirung (“LPI”) Kumpulan teletak di Sandakan, Sabah dengan kapasiti

penapisan sebanyak 700,000 TM dan kapasiti penghancur isirung sebanyak 250,000 TM setahun. Loji penapis dan LPI

memproses terutamanya MSM dan isirung daripada kilang minyak milik Kumpulan di Sabah.

Bagi operasi oleokimia, aktiviti-aktiviti dilaksanakan melalui syarikat-syarikat subsidiari Palmco iaitu Acidchem Sdn Bhd

(“Acidchem”), Derichem Sdn Bhd dan Stabilchem Sdn Bhd yang mengeluarkan asid lemak, gliserin, mi sabun, stirat

logam, serta melalui syarikat bersekutu 30% milik Palmco, Fatty Chemicals Malaysia Sdn Bhd (“FCM”) untuk pengeluaran

alkohol lemak. Acidchem yang telah menyelesaikan pengembangan lojinya pada tahun kewangan lepas untuk mencapai

kapasiti pengeluaran kira-kira 330,000 TM merupakan pengeluar asid lemak terbesar di Asia.

Pengambilalihan Loders Croklaan telah mengembangkan aktiviti perkilangan hiliran berasaskan kelapa sawit kami dengan

ketara, sama ada dari segi portfolio produk mahupun kehadiran geografi. Loders Croklaan yang mempunyai kemudahan

perkilangan di Belanda, Amerika Utara dan Mesir memiliki tradisi kecemerlangan dalam inovasi serta penyelidikan dan

pembangunan. Pengilang minyak dan lemak khusus ini mempunyai tiga bahagian operasi utama iaitu Ramuan Snek (“RS”),

Nutrisyen Lipid (“NL”) dan Unit Produk Khas (“UPK”). Bahagian RS mengeluarkan pecahan-pecahan minyak dan lemak

khusus yang bernilai tambah kepada industri makanan sementara bahagian NL telah diwujudkan beberapa tahun lepas

untuk memajukan produk lipid yang diubahsuai dengan fungsian kesihatan tertentu bagi industri makanan tambahan. UPK

pula merupakan unit operasi terkecil Loders Croklaan yang membekal ramuan makanan dan makanan haiwan.

Peta lokasi kemudahan perkilangan berasaskan kelapa sawit Kumpulan ditunjukkan di muka surat 100 – 101 Laporan

Tahunan ini.

71

IOI Corporation Berhad

Laporan Tahunan 2003

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!