09.11.2014 Views

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

OPERASI samb

Selaras dengan persekitaran pasaran, Kumpulan sekali lagi mencapai keputusan yang agak baik pada TK 2003.

Projek di Lembah Klang yang meliputi Bandar Puteri, Bandar Puchong Jaya dan IOI Resorts merupakan 70% daripada

jualan hartanah Kumpulan. Projek kami di Lembah Klang yang terletak di Puchong, koridor Putrajaya / Cyberjaya terus

menerima sambutan menggalakkan daripada pembeli hartanah kerana kelebihan dari segi lokasi dan kemudahan laluan

keluar masuk melalui rangkaian lebuhraya yang sedia ada. Walaupun menghadapi persaingan hebat daripada pemaju

berhampiran, projek-projek ini mencatatkan tahap jualan yang amat memuaskan disebabkan oleh harga yang mampu

dimiliki, dan kemudahan sokongan seperti pusat membeli-belah dan pasar raya besar di sekitar pembangunan kami.

Bandar Putra Kulai (“BPK”) di Kulai, Johor, mencatat satu tahun yang agak baik, menikmati sambutan menggalakkan

daripada pembeli rumah walaupun pasaran hartanah Johor secara keseluruhan kekal lemah. Sejak dibuka pada tahun

kewangan lepas, IOI Mall, Kulai telah berjaya menarik lebih banyak aktiviti perdagangan dan melonjakkan profil

perbandaran BPK. Infrastruktur yang baik di perbandaran ini berserta dengan ketersediaan pelbagai jenis rumah mampu

dimiliki dan hartanah komersial dijangka akan terus menarik pembeli prospektif.

Secara keseluruhan, disebabkan oleh separuh tahun pertama yang lembab, jualan hartanah Kumpulan bagi TK 2003

mengalami kemerosotan sebanyak 11%. Kumpulan telah menjual sebanyak 1,963 unit hartanah dengan nilai jualan

berjumlah RM428.9 juta pada tahun kewangan ini berbanding 2,090 unit dengan nilai jualan RM483.5 juta bagi TK 2002.

Bandar Puteri, Puchong yang merupakan projek pembangunan utama Kumpulan menghasilkan 44% daripada jumlah

jualan Kumpulan.

Jualan bagi projek-projek adalah seperti berikut:

Nilai Jualan

Unit

(RM juta)

Projek TK 2003 TK 2002 TK 2003 TK 2002

Bandar Puchong Jaya 216 400 87.9 71.4

Bandar Puteri, Puchong 844 820 187.9 303.3

Bandar Putra, Kulai 711 707 117.5 96.2

Lain-lain 192 163 35.6 12.6

Jumlah 1,963 2,090 428.9 483.5

63

IOI Corporation Berhad

Laporan Tahunan 2003

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!