09.11.2014 Views

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Pusat Penyelidikan IOI sedang menjalankan ujian di ladang untuk menyiasat “Pertanian Mampan” secara saintifik dan

praktikal, khususnya untuk memaksimumkan kecekapan penggunaan baja dan mengurangkan hakisan tanah di cerun

bukit. Tumbuhan penaung spesies legume (Mucuna bracteata) ditanam untuk menggalakkan kewujudan nitrogen, bahan

organik dan pemeliharaan tanah di sepanjang kitar hayat kelapa sawit.

Biopelbagai yang merupakan komponen penting kemampanan juga diberi penekanan utama oleh Syarikat. Pelbagai

spesies pokok kayu, pokok buah-buahan tropika dan bunga ditanam di sekitar pejabat ladang dan kompleks perumahan.

Seseorang yang melawat projek agro-pelancongan kami di Ladang Sagil (berhampiran Tangkak) pasti akan menghargai

komitmen Syarikat dalam memulihara biopelbagai. Penanaman spesies kayu balak seperti jati juga sedang diuji.

Kawalan biologi disepadukan dengan amalan pengurusan makhluk perosak untuk meminimumkan penggunaan racun

serangga. Tanaman yang berguna (seperti Cassia Cobanensis dan Tunera spp.) ditanam untuk menarik perhatian

pemangsa semulajadi bagi pengawalan secara biologi cacing dan ulat memakan daun yang lain yang merupakan jenis

serangga perosak utama di ladang kelapa sawit. Kotak burung hantu bangsal telah dibina di dalam ladang untuk

mempertingkatkan bilangan burung hantu untuk menjalankan kawalan biologi ke atas tikus yang boleh menjejas

penghsilan dengan nyata. Kami juga mungkin merupakan pengguna kerbau yang terbesar di ladang kelapa sawit bagi

industri ini. Penggunaan kerbau secara besar-besaran ini yang bertujuan untuk mengurangkan penggunaan jentera bagi

pemungutan tandan buah di ladang telah mendorong pengurangan kerosakan tanah, mengawal tumbuhan rumput secara

biologi dan memberi baja kitaran semula, di samping menghapuskan keperluan untuk pengisian semula bahan api diesel

untuk menggerakkan kenderaan pengutipan di ladang.

Dalam pengurusan rumput liar bersepadu, racun rumpai dipilih dengan berhati-hati untuk menghapuskan rumput liar

yang mengancam. Rumput lembut dikekalkan untuk mencegah hakisan tanah. Dan jika sesuai, kawalan rumput liar

secara mekanikal diamalkan untuk meminimumkan penggunaan racun rumpai.

Produk sampingan daripada kilang minyak sawit khususnya tandan buah kosong (EFB) dan kek enapan decanter yang

digunakan mengikut kesesuaian sebagai baja organik bagi mempertingkatkan hasil telah memberi keberkesanan kos

dalam amalan pembajaan kami.

Gentian EFB digunakan sebagai bahan api bio untuk menghasilkan kuasa di kilang minyak sawit dan penapisan.

Kumpulan turut mengkaji penggunaan EFB sebagai bahan mentah untuk perkilangan palpa dan kertas. Ini pasti akan

mempertingkatkan nilai perladangan kelapa sawit kami dan mengukuhkan daya saingan kami di dalam industri.

59

IOI Corporation Berhad

Laporan Tahunan 2003

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!