09.11.2014 Views

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

penyatapengerusi samb

TINJAUAN KEWANGAN

Kumpulan mencatat satu lagi prestasi membanggakan pada tahun kewangan (“TK”) yang ditinjau. Bagi TK 2003, hasil

Kumpulan meningkat sebanyak 62% kepada RM3.91 bilion berbanding tahun sebelumnya, didorong oleh peningkatan

harga minyak kelapa sawit sebanyak 36% serta tambahan sumbangan hasil daripada dua pengambilalihan baru iaitu

Loders Croklaan dan Ladang Pamol.

Pendapatan sebelum faedah dan cukai (“EBIT”) Kumpulan meningkat sebanyak 43% daripada RM605.7 juta yang dicapai

pada TK 2002 kepada RM867.8 juta bagi TK 2003. Sehubungan itu, keuntungan sebelum cukai dan keuntungan bersih

milik pemegang saham Kumpulan turut meneruskan arah aliran meningkat untuk mencapai tahap tertinggi baru yang

berjumlah RM812.6 juta dan RM502.1 juta masing-masing.

Justeru, pendapatan sesaham dicairkan sepenuh menampilkan pertumbuhan sebanyak 32% kepada 50.49 sen berbanding

38.14 sen sebelumnya.

Pada tahun kewangan ini, Syarikat telah menerbitkan sebanyak 177,928,072 saham baru menurut pelaksanaan hak di

bawah Waran 1995/2003 Syarikat (yang tamat pada 30 April 2003). Syarikat juga menerbitkan sebanyak 6,897,000

saham baru menurut Skim Opsyen Saham Eksekutif (“ESOS”). Kutipan daripada perumpukan saham-saham baru ini,

berserta pendapatan bersih bagi tahun, melebihi pelaburan tunai berjumlah RM114.4 juta untuk pembelian balik

22,863,000 saham perbendaharaan tambahan dan pembayaran dividen serta pengagihan modal berjumlah RM328.1 juta

pada tahun ini, dengan itu menghasilkan peningkatan sebanyak 22% dalam dana pemegang saham kepada RM3.53 bilion

pada 30 Jun 2003.

IOI Corporation Berhad

Annual Laporan Report Tahunan 2003 2003

4

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!