09.11.2014 Views

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

perbincangandananalisispengurusan • tinjauan operasi perniagaan teras

PENGENALAN

Aktiviti segmen ini terutamanya berasaskan kelapa sawit kerana 98.4% daripada tanah perladangan Kumpulan ditanam

dengan kelapa sawit, manakala baki 1.6% lagi terdiri daripada pokok getah dan dusun. Aktiviti perladangan kami yang

berkaitan dengan kelapa sawit merangkumi penyemaian dan pengeluaran klon serta benih terbaik, penanaman dan

kultivasi kelapa sawit serta pengilangan buah tandan baru (“BTB”) yang dikutip dari ladang-ladang kelapa sawit untuk

dijadikan minyak sawit mentah (“MSM”) dan isirung sawit (“IS”) di beberapa buah kilang MSM. MSM dan IS yang

dikeluarkan oleh kilang-kilang MSM kami di Sabah diproses oleh penapis serta loji penghancur isirung (“LPI”) kami

sendiri di Sandakan, Sabah, di mana aktivitinya diambil kira dalam segmen perkilangan berasaskan sumber. MSM dan IS

di Semenanjung Malaysia dijual kepada pihak ketiga.

Pengambilalihan ladang-ladang Pamol baru-baru ini menjadikan jumlah ladang yang dimiliki oleh Kumpulan pada 30 Jun

2003 bertambah daripada 53 kepada 65, sementara loji MSM Kumpulan bertambah sebanyak 2 unit kepada 11 buah loji.

Pengambilalihan Pamol menambah jumlah keluasan kawasan hakmilik Kumpulan sebanyak 24% kepada 136,333 hektar.

Pada 30 Jun 2003, kira-kira 62% daripada pegangan ladang Kumpulan terletak di negeri Sabah, sementara 38% lagi

terletak di Semenanjung Malaysia, terutamanya di bahagian tengah dan selatan Semenanjung.

OPERASI

49

IOI Corporation Berhad

Laporan Tahunan 2003

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!