09.11.2014 Views

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Dato’ Lee Yeow Chor

Pengarah Eksekutif

Warganegara Malaysia, berumur 37 tahun

Dato’ Lee Yeow Chor mula dilantik menganggotai Lembaga Pengarah pada 25 April 1996. Beliau memiliki ijazah LL.B

(Kepujian) dari Kings College, University of London dan juga seorang peguam dari Gray’s Inn. Beliau turut memiliki

Diploma Pasca Ijazah dalam bidang Kewangan dan Perakaunan dari London School of Economics. Sebagai Pengarah

Eksekutif, beliau mengawasi berbagai operasi perniagaan Kumpulan secara aktif. Sebelum menyertai Kumpulan IOI,

beliau telah berkhidmat dalam berbagai jawatan di Pejabat Ketua Peguam Negara dan Jabatan Kehakiman selama lebih

kurang empat tahun. Jawatan terakhir yang beliau sandang di Jabatan Kehakiman adalah sebagai Magistret. Dato’ Lee

kini berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Persatuan Hartanah dan Pemaju Perumahan Malaysia (REHDA), Ahli Majlis

Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA), dan Ahli Majlis Persatuan Pemilik Hotel Malaysia.

Beliau juga merupakan Pengarah Eksekutif IOI Properties Berhad dan Palmco Holdings Berhad.

Dato’ Lee Yeow Chor adalah anak lelaki sulung Tan Sri Dato’ Lee Shin Cheng.

Dato’ Lee Yeow Chor dianggap mempunyai konflik kepentingan dengan Syarikat kerana kepentingan beliau dalam

beberapa buah syarikat milik persendirian yang turut terlibat dalam perniagaan perladangan dan pembangunan

hartanah. Walau bagaimanapun, syarikat-syarikat milik persendirian ini tidak bersaing secara langsung dengan

perniagaan Syarikat. Kecuali beberapa urusniaga berulangan berbentuk hasil dengan pihak berkaitan yang diperlukan

bagi operasi harian Syarikat dan syarikat-syarikat subsidiarinya dan yang mana Dato’ Lee dianggap memiliki kepentingan

seperti yang dinyatakan dalam Bahagian Maklumat Lain Laporan Tahunan ini, tiada sebarang pengaturan perniagaan lain

dibuat dengan Syarikat di mana beliau mempunyai kepentingan peribadi.

Beliau telah menghadiri lapan daripada sembilan Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan sepanjang tahun

kewangan berakhir 30 Jun 2003.

Dato’ Yeo How

Pengarah Eksekutif

Warganegara Malaysia, berumur 47 tahun

Dato’ Yeo How mula dilantik menganggotai Lembaga Pengarah pada 25 April 1996. Beliau adalah seorang Akauntan

Awam Bertauliah dan seorang ahli Institut Akauntan Malaysia. Sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan dan selain

daripada tanggungjawab utama beliau sebagai Ketua Pegawai Kewangan, beliau turut mengawasi unit pemasaran

komoditi dan unit perniagaan perkilangan berasaskan kelapa sawit. beliau berpengalaman luas dalam bidang kewangan

korporat dan pengurusan am. Beliau telah berkhidmat dengan Kumpulan IOI selama 20 tahun dan sebelum menyertai

Kumpulan IOI pada tahun 1983, beliau berkhidmat dengan sebuah firma akauntan awam selama 5 tahun. Dato’ Yeo How

juga adalah Ahli Majlis Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA).

Dato’ Yeo How adalah seorang ahli Jawatankuasa Audit. Beliau juga merupakan Pengarah Eksekutif IOI Properties Berhad

dan Palmco Holdings Berhad.

Beliau telah menghadiri kesemua sembilan Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan sepanjang tahun kewangan

berakhir 30 Jun 2003.

27

IOI Corporation Berhad

Laporan Tahunan 2003

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!