09.11.2014 Views

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

3 DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING samb

3.20 Instrumen Kewangan samb

v

Instrumen ekuiti

Saham biasa dikelaskan sebagai ekuiti. Dividen daripada saham biasa diiktiraf sebagai liabiliti apabila

diisytiharkan.

Kos urusniaga sesuatu urusniaga ekuiti diambilkira sebagai pengurangan daripada ekuiti, ditolak cukai.

Kos urusniaga ekuiti hanya meliputi kos pertambahan luaran yang berkaitan dengan urusniaga ekuiti

tersebut secara langsung, di mana ia boleh dielakkan jika tidak terdapat urusniaga ekuiti tersebut.

Apabila saham Syarikat yang diterbitkan dibeli semula, pembayaran yang dibuat, termasuk sebarang

kos urusniaga berkaitan dibentangkan sebagai perubahan dalam ekuiti. Saham yang dibeli semula yang

tidak dibatalkan dikelaskan sebagai saham perbendaharaan dan dibentangkan sebagai pengurangan

daripada ekuiti. Tiada keuntungan atau kerugian diiktiraf di dalam penyata pendapatan daripada

jualan, penerbitan semula atau pembatalan saham perbendaharaan. Apabila saham perbendaharaan

diterbitkan semula dengan jualan semula, perbezaan antara bayaran jualan dan nilai bawa saham

perbendaharaan ditunjukkan sebagai perubahan dalam ekuiti.

vi

Instrumen kewangan derivatif

Kumpulan menggunakan instrumen kewangan dirivatif, termasuk tukaran hadapan matawang asing,

tukaran kadar faedah dan kontrak hadapan komoditi, untuk melindung nilai pendedahannya kepada

turun naik kadar tukaran matawang asing, kadar faedah dan turun naik harga komoditi yang timbul

daripada aktiviti operasi, pembiayaan dan pelaburan. Instrumen ini tidak diiktiraf di dalam penyata

kewangan semasa permulaan.

Instrumen kewangan derivatif yang digunakan untuk tujuan perlindungan nilai diambilkira mengikut

asas yang sama dengan aset liabiliti atau kedudukan bersih yang berkaitan. Sebarang keuntungan atau

kerugian yang timbul diiktiraf mengikut asas yang sama seperti yang timbul daripada aset, liabiliti

atau kedudukan bersih yang berkaitan.

Derivatif yang tidak lagi dikhaskan sebagai lindung nilai diambilkira sebagai instrumen perdagangan

dan ditetapkan pada nilai pasaran pada tarikh kunci kira-kira. Sebarang keuntungan atau kerugian

diiktiraf di dalam penyata kewangan.

3.21 Peruntukan dan Liabiliti Luarjangka

Sesuatu peruntukan diiktiraf apabila terdapat kemungkinan aliran keluar sumber yang melibatkan manfaat

ekonomi akan diperlukan bagi menjelaskan obligasi semasa (perundangan atau konstruktif) yang dihasilkan

oleh kejadian dahulu dan jumlah anggaran yang meyakinkan boleh dibuat.

Suatu liabiliti luarjangka perlu dibentangkan, kecuali jika tiada kemungkinan aliran keluar sumber yang

melibatkan manfaat ekonomi kecuali bagi kes-kes di mana jumlah yang terlibat adalah besar dan para

Pengarah berpendapat bahawa pendedahan adalah perlu.

147

IOI Corporation Berhad

Laporan Tahunan 2003

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!