09.11.2014 Views

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

nota-notakepadapenyatakewangan samb

3 DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING samb

3.20 Instrumen Kewangan

Instrumen kewangan dikelaskan sebagai liabiliti atau ekuiti menurut bentuk pengaturan kontrak. Faedah,

dividen dan keuntungan serta kerugian berkaitan dengan instrumen kewangan yang dikelaskan sebagai

liabiliti, dilaporkan sebagai perbelanjaan atau pendapatan. Pengagihan kepada pemegang instrumen

kewangan yang dikelaskan sebagai ekuiti dicaj secara langsung kepada ekuiti. Instrumen kewangan diimbangi

apabila Kumpulan berhak menurut undang-undang untuk mengimbangi dan berhasrat untuk menjelaskan

sama ada menurut asas bersih atau untuk merealisasikan aset dan menjelaskan liabiliti secara serentak.

i

Pelaburan jangka panjang lain

Pelaburan jangka panjang lain dinyatakan pada kos ditolak peruntukan bagi penurunan nilai kekal, jika

ada. Penurunan nilai kekal sebuah pelaburan diiktiraf sebagai perbelanjaan pada tahun penurunan

tersebut dikenalpasti. Berhubung penjualan pelaburan, perbezaan antara kutipan penjualan bersih dan

nilai bawanya diiktiraf di dalam penyata pendapatan.

ii

Pelaburan jangka pendek

Pelaburan jangka pendek dinyatakan pada nilai yang lebih rendah antara kos dan nilai pasaran, dikira

berasaskan portfolio. Kos ditentukan berasaskan purata berwajaran sementara nilai pasaran ditentu

berasaskan kepada nilai pasaran yang tercatat. Pertambahan atau pengurangan dalam nilai bawa

pelaburan jangka pendek diiktiraf di dalam penyata pendapatan.

Pelaburan dalam dana amanah berpendapatan tetap yang tidak menepati definisi tunai dan bersamaan

tunai dikelaskan sebagai pelaburan jangka pendek.

Semasa penjualan sesuatu pelaburan, perbezaan antara kutipan penjualan bersih dan nilai bawanya

diiktiraf di dalam penyata pendapatan.

iii

Penerimaan

Penerimaan perdagangan dinyatakan pada nilai boleh realisasi yang dijangkakan. Hutang lapuk

dihapuskira dalam tempoh ia dikenal pasti. Satu anggaran dibuat bagi hutang ragu berasaskan kepada

semakan semula semua jumlah tertunggak pada tarikh kunci kira-kira.

iv

Liabiliti

IOI Corporation Berhad

Laporan Tahunan 2003

146

Pinjaman, pembayaran perdagangan dan pembayaran lain dinyatakan pada kos.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!