09.11.2014 Views

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

3 DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING samb

3.14 Cukai Pendapatan samb

Cukai tertunda diiktiraf di dalam penyata pendapatan, kecuali apabila ia timbul daripada urusniaga yang

diiktiraf secara langsung dalam ekuiti, yang mana dalam hal sedemikian, cukai tertunda juga dicaj atau

dikredit secara langsung kepada ekuiti, atau apabila ia timbul daripada gabungan perniagaan yang

merupakan pengambilalihan, yang mana dalam hal sedemikian, cukai tertunda dimasukkan dalam muhibah

atau muhibah negatif yang dihasilkan.

Sebelum menerima pakai MASB 25, Cukai Pendapatan, cukai tertunda adalah diperuntukkan dengan

menggunakan kaedah liabiliti berhubung perbezaan masa yang penting. Aset cukai tertunda diiktiraf hanya

apabila terdapat jangkaan yang munasabah tentang realisasinya. Perubahan dalam dasar perakaunan ini

telah diambilkira secara retrospektif dan kesannya diuruskan sebagai pelarasan tahun terdahulu seperti yang

dinyatakan dalam Nota 45.

3.17 Perbelanjaan Penyelidikan dan Pembangunan

Semua perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan umum dicaj kepada penyata pendapatan pada tahun

perbelanjaan tersebut ditanggung.

3.18 Tunai dan Bersamaan Tunai

Tunai dan bersamaan tunai meliputi tunai dan baki bank, overdraf bank, deposit dan pelaburan jangka

pendek berkecairan tinggi lain dan dana jangka pendek yang mempunyai tempoh matang kurang daripada

tiga bulan dan tertakluk kepada risiko perubahan nilai yang tidak ketara.

3.19 Kemerosotan Nilai Aset

Nilai bawa aset, selain daripada barangniaga, aset cukai tertunda, aset yang timbul daripada kontrak

pembinaan, aset yang timbul daripada ganjaran kakitangan dan aset kewangan (selain daripada pelaburan

dalam syarikat-syarikat subsidiari dan bersekutu) disemak semula pada setiap tarikh kunci kira-kira untuk

menentukan sama ada terdapat petunjuk kemerosotan nilai. Jika petunjuk sedemikian wujud, kemerosotan

nilai diukur dengan membandingkan nilai bawa aset tersebut dengan jumlahnya yang boleh diperolehi semula.

Jumlah yang boleh diperolehi semula adalah nilai yang lebih tinggi antara harga jualan bersih dan nilai

kegunaan, yang diukur dengan merujuk kepada aliran tunai masa hadapan yang telah didiskaun. Jumlah yang

boleh diperolehi semula dianggar bagi setiap aset secara berasingan atau, jika itu tidak boleh dilakukan, bagi

unit menghasilkan tunai yang mengandungi aset berkenaan.

Kemerosotan nilai diiktiraf apabila nilai bawa sesuatu aset melebihi nilai yang boleh diperolehinya. Nilai

kemerosotan dicaj kepada penyata pendapatan kecuali jika ia menterbalikkan penilaian semula dahulu yang

mana dalam hal tersebut, ia akan dicaj kepada ekuiti. Sebarang pertambahan dalam jumlah boleh diperolehi

yang berikut diiktiraf dalam penyata pendapatan kecuali jika ia menterbalikkan nilai kemerosotan sesuatu

aset yang pernah dinilai semula yang mana ia dibawa kepada ekuiti.

145

IOI Corporation Berhad

Laporan Tahunan 2003

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!