09.11.2014 Views

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

nota-notakepadapenyatakewangan samb

3 DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING samb

3.14 Barangniaga

Barangniaga dinyatakan pada nilai yang lebih rendah antara kos dan nilai boleh direalisasi bersih. Kos

ditentu berasaskan kaedah masuk dahulu keluar dahulu atau purata berwajaran. Kos meliputi kos asal

pembelian dicampur kos untuk membawa barangniaga ke lokasi dan keadaan yang dikehendaki. Kos keluaran

perladangan dan barangan siap meliputi kos bahan mentah, buruh langsung dan sebahagian overhed

pengeluaran. Barangniaga hartanah pembangunan yang telah siap meliputi kos tanah dan perbelanjaan

pembangunan yang berkaitan.

Nilai boleh direalisasi bersih adalah anggaran harga jualan dalam urusan perniagaan biasa, ditolak kos

penyiapan dan perbelanjaan jualan.

3.15 Ganjaran Persaraan

Syarikat-syarikat subsidiari Kumpulan yang tertentu mengendalikan skim manfaat bertakrif. Skim syarikatsyarikat

subsidiari di Malaysia beroperasi mengikut asas tidak bertabung, sementara syarikat subsidiari asing

tertentu mengendalikan skim manfaat bertakrif bertabung. Manfaat yang akan dibayar semasa persaraan

adalah berasaskan kepada tempoh perkhidmatan dan gaji terakhir yang diperolehi oleh kakitangan yang layak.

Berhubung skim tidak bertabung, peruntukan penuh dibuat berasaskan penilaian tiga tahun sekali

menggunakan kaedah manfaat terakru. Penilaian akhir adalah pada 30 Jun 2003.

Bagi skim bertabung, sumbangan kepada skim tersebut dicaj kepada penyata pendapatan untuk menyebarkan

kos skim berkenaan sepanjang hayat pekerjaan kakitangan. Sumbangan ditentu berasaskan kepada penilaian

aktuari menggunakan kaedah manfaat terakru. Penilaian akhir adalah pada 30 Jun 2003.

3.16 Cukai Pendapatan

Cukai pendapatan ke atas keuntungan atau kerugian bagi tahun ini meliputi cukai semasa dan tertunda.

Cukai semasa adalah jumlah jangkaan cukai pendapatan yang akan dibayar berhubung dengan keuntungan

yang dikenakan cukai bagi tahun berkenaan dan diukur menggunakan kadar cukai yang telah ditetapkan

pada tarikh kunci kira-kira.

Cukai tertunda diperuntukkan di bawah kaedah liabiliti berhubung perbezaan sementara antara nilai bawa

aset dan liabiliti pada tarikh kunci kira-kira dan asas cukai berkaitan mereka.

Aset cukai tertunda diiktiraf hanya setakat berkemungkinan terdapat keuntungan boleh dicukai untuk

menggunakan perbezaan sementara yang boleh ditolak, kerugian cukai yang tidak diserap dan peruntukan

modal yang tidak digunakan.

IOI Corporation Berhad

Laporan Tahunan 2003

144

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!