09.11.2014 Views

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

3 DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING samb

3.12 Hartanah pembangunan

Kos tanah dalam pembangunan berserta dengan perbelanjaan berkaitan dibawa ke hadapan pada kos

dicampur keuntungan terakru kepada hartanah yang telah dijual berdasarkan peringkat penyiapannya ditolak

pengebilan berperingkat dan kerugian yang boleh diramalkan, jika ada. Perbelanjaan pembangunan meliputi

kos pembinaan dan kos pembangunan berkaitan yang lain termasuk kos faedah dan overhed pentadbiran

berhubung projek berkenaan. Kos faedah bagi pinjaman yang digunakan untuk membiayai projek berkenaan

dimasukkan sebagai perbelanjaan pembangunan sejak permulaan sehingga pembangunan tersebut disiapkan.

Bahagian projek pembangunan hartanah yang telah dilancarkan penjualannya dan/atau projek yang dijangka

akan disiapkan dalam kitaran operasi biasa selama dua hingga tiga tahun dianggap sebagai aset semasa.

3.13 Kontrak pembinaan

Apabila keputusan sesuatu kontrak pembinaan boleh dianggarkan dengan munasabah, hasil kontrak dan kos

kontrak yang berkaitan dengan kontrak pembinaan diiktiraf sepanjang tempoh kontrak sebagai hasil dan

perbelanjaan masing-masing dengan merujuk kepada peringkat penyiapan aktiviti kontrak tersebut pada

tarikh kunci kira-kira.

Apabila keputusan sesuatu kontrak pembinaan tidak boleh dianggarkan dengan munasabah, hasil kontrak

diiktiraf hanya setakat kos kontrak yang ditanggung yang berkemungkinan boleh dipulih dan kos kontrak

diiktiraf sebagai perbelanjaan dalam tempoh di mana ia ditanggung.

Apabila jumlah kos berkemungkinan akan melebihi hasil kontrak, kerugian yang boleh diramalkan itu

diiktiraf dengan segera sebagai perbelanjaan.

Jumlah kos yang ditanggung dan keuntungan/kerugian yang diiktiraf untuk setiap kontrak dibandingkan

dengan pengebilan berperingkat setakat akhir tahun kewangan. Jika kos ditanggung dan keuntungan

diiktiraf (ditolak kerugian diiktiraf) melebihi pengebilan berperingkat, baki itu ditunjukkan sebagai jumlah

yang dihutang oleh pelanggan daripada kontrak. Jika pengebilan berperingkat melebihi kos yang ditanggung

campur keuntungan yang diiktiraf (ditolak kerugian diiktiraf), baki itu ditunjukkan sebagai jumlah yang

dihutang kepada pelanggan daripada kontrak.

Kos mewakili bahan langsung, perbelanjaan, tenaga buruh dan bahagian overhed pembinaan yang berkenaan.

143

IOI Corporation Berhad

Laporan Tahunan 2003

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!