09.11.2014 Views

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

3 DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING samb

3.6 Hartanah, Loji dan Peralatan dan Susutnilai

Hartanah, loji dan peralatan dinyatakan pada kos, ditolak susutnilai terkumpul dan kemerosotan nilai, jika ada.

Tanah milik bebas, ladang milik bebas, padang golf dan pembinaan dalam pelaksanaan tidak disusutnilai.

Hartanah, loji dan peralatan lain disusutnilai berasaskan kaedah garis lurus untuk menghapuskan kos aset

sepanjang anggaran hayat kegunaannya. Kadar susutnilai tahunan utama adalah seperti berikut:

Tanah pegangan pajakan dan ladang pegangan pajakan

sepanjang tempoh pajakan (30-99 tahun)

Bangunan dan peningkatan 2% - 10%

Loji dan jentera 4% - 20%

Kenderaan bermotor 10% - 20%

Perabot, kelengkapan dan peralatan 5% - 25%

Susutnilai ke atas aset dalam pembinaan bermula apabila aset tersebut sedia untuk kegunaannya yang

dikehendaki.

3.7 Pajakan

Pajakan Kewangan

Pajakan hartanah, loji dan peralatan di mana Kumpulan memikul sebahagian besar daripada manfaat dan

risiko pemilikan dikelaskan sebagai pajakan kewangan.

Aset yang diperolehi melalui pajakan kewangan dinyatakan pada nilai yang lebih rendah antara nilai

saksama dan anggaran nilai semasa bayaran pajakan minimum pada tarikh permulaan pajakan, ditolak

susutnilai terkumpul dan kemerosotan nilai. Bagi mengira nilai semasa bayaran pajakan minimum, kadar

diskaun adalah kadar faedah yang tersirat dalam pajakan, jika praktikal untuk ditentukan; jika tidak, kadar

pinjaman pertambahan Kumpulan digunakan.

Setiap bayaran pajakan diperuntukkan antara liabiliti dan caj kewangan untuk memperolehi satu kadar

seragam atas baki kewangan tertunggak. Obligasi sewa berkaitan, selepas ditolak caj kewangan, adalah

dimasukkan di dalam pinjaman. Elemen faedah bagi caj kewangan dicaj kepada penyata kewangan sepanjang

tempoh pajakan.

Hartanah, loji dan peralatan yang diperolehi di bawah kontrak pajakan kewangan disusutnilai sepanjang

hayat kegunaan aset tersebut, jika tiada kepastian yang munasabah bahawa pemilikan akan dipindahkan

kepada Kumpulan, aset tersebut disusutnilai sepanjang tempoh yang terpendek antara tempoh pajakan dan

hayat kegunaannya.

141

IOI Corporation Berhad

Laporan Tahunan 2003

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!