09.11.2014 Views

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

3 DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING samb

3.3 Syarikat-syarikat subsidiari dan bersekutu

Syarikat-syarikat subsidiari adalah entiti-entiti yang dikawal oleh Syarikat. Kawalan adalah kuasa untuk

mentadbir dasar-dasar kewangan dan operasi syarikat-syarikat subsidiari untuk memperolehi manfaat

daripada aktiviti-aktivitinya.

Syarikat-syarikat bersekutu adalah entiti-entiti di mana Kumpulan mempunyai pelaburan ekuiti jangka

panjang antara 20% hingga 50% dan mempunyai kuasa untuk melaksanakan pengaruh yang penting ke atas

dasar-dasar kewangan dan operasi syarikat-syarikat yang dilaburkan itu.

Pelaburan dalam syarikat-syarikat subsidiari (yang dihapuskan semasa penyatuan) dan syarikat-syarikat

bersekutu dinyatakan pada kos ditolak kerugian kemerosotan nilai, jika ada.

Semasa penjualan pelaburan tersebut, perbezaan antara penerimaan penjualan bersih dan nilai bawanya

dicaj atau dikredit kepada penyata pendapatan.

3.4 Pengiktirafan hasil

Hasil diukur pada nilai saksama pembayaran yang telah diterima atau akan diterima dan diiktiraf apabila

terdapat kemungkinan bahawa manfaat ekonomi yang berkaitan dengan urusniaga tersebut akan mengalir

kepada entiti-entiti tersebut dan jumlah hasil boleh diukur dengan meyakinkan.

Komoditi, produk dan perkhidmatan lain

Hasil diiktiraf apabila produk dihantar dan diterima oleh pelanggan, jika ada, atau pelaksanaan

perkhidmatan, selepas ditolak cukai jualan dan diskaun dan selepas menghapuskan urusniaga antara syarikat

dalam Kumpulan.

Hartanah pembangunan

Hasil daripada penjualan hartanah pembangunan diiktiraf berasaskan kepada kaedah “peratusan penyiapan”.

Peringkat penyiapan ditentu berasaskan kepada nisbah kos kontrak yang telah ditanggung bagi kerja yang

telah dijalankan setakat tarikh kunci kira-kira berbanding jumlah anggaran kos kontrak. Kerugian yang boleh

diramalkan, jika ada, diiktiraf dengan serta-merta di dalam penyata pendapatan.

Kontrak pembinaan

Hasil daripada kerja yang dilaksanakan daripada kontrak pembangunan diiktiraf berasaskan kepada kaedah

“peratusan penyiapan”. Peringkat penyiapan ditentu berasaskan kepada nisbah kos kontrak yang telah

ditanggung bagi kerja yang telah dijalankan sehingga tarikh kunci kira-kira berbanding jumlah anggaran kos

kontrak. Kerugian yang boleh diramalkan, jika ada, diiktiraf dengan segera di dalam penyata pendapatan.

139

IOI Corporation Berhad

Laporan Tahunan 2003

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!