09.11.2014 Views

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

nota-notakepadapenyatakewangan

1 AKTIVITI-AKTIVITI UTAMA

Aktiviti-aktiviti utama Syarikat meliputi pegangan pelaburan dan penanaman kelapa sawit dan getah serta

pemprosesan minyak kelapa sawit dan getah.

Aktiviti utama syarikat-syarikat subsidiari dan bersekutu dinyatakan dalam Nota 44 kepada penyata kewangan.

Tiada perubahan ketara dalam bentuk aktiviti Kumpulan dan Syarikat pada tahun kewangan ini kecuali bagi

pengambilalihan Loders Croklaan B.V. dan perniagaan berkaitan seperti yang dinyatakan dalam Nota 34.1 kepada

penyata kewangan.

2 ASAS PENYEDIAAN PENYATA KEWANGAN

Penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat telah disediakan menurut piawaian perakaunan berkenaan yang

diluluskan di Malaysia dan peruntukan Akta Syarikat, 1965.

Penyediaan penyata kewangan ini adalah selaras dengan piawaian perakaunan berkenaan yang diluluskan di

Malaysia dan peruntukan Akta Syarikat, 1965 yang memerlukan para Pengarah membuat anggaran dan andaian

yang memberi kesan kepada jumlah aset dan liabiliti yang dilaporkan dan pendedahan aset dan liabiliti luar jangka

pada tarikh penyata kewangan serta jumlah hasil dan perbelanjaan yang dilaporkan pada tahun kewangan ini.

Keputusan sebenar mungkin berbeza daripada anggaran-anggaran tersebut.

3 DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING

Pada tahun kewangan semasa, Kumpulan dan Syarikat telah menerima pakai Piawaian Lembaga Piawaian

Perakaunan Malaysia (“MASB”) berikut:

MASB 22, Laporan Segmen, yang diterima pakai secara retrospektif. Maklumat perbandingan mengikut segmen

telah dibentangkan semula untuk disesuaikan dengan keperluan piawaian ini;

MASB 23, Kemerosotan Nilai Aset, yang diterima pakai secara prospektif. Penggunaan piawaian ini tidak memberi

kesan ketara terhadap penyata kewangan;

MASB 24, Instrumen Kewangan: Pendedahan dan Pembentangan, yang digunakan secara prospektif;

MASB 25, Cukai Pendapatan, yang digunakan secara retrospektif. Perbandingan telah dilaraskan semula untuk

menggambarkan perubahan dalam dasar perakaunan dan kesan perubahan dalam dasar perakaunan dinyatakan

dalam Nota 45; dan

MASB 27, Kos Pinjaman, yang diterima pakai secara retrospektif. Penggunaan piawaian ini tidak memberi kesan

ketara terhadap penyata kewangan kerana dasar perakaunan terdahulu adalah selaras dengan piawaian

perakaunan baru ini.

Maklumat lanjut mengenai perubahan dalam dasar perakaunan ini dan pelarasan tahun terdahulu dinyatakan

dalam Nota 45 kepada penyata kewangan. 137

IOI Corporation Berhad

Laporan Tahunan 2003

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!