09.11.2014 Views

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

WARAN 1995/2003 samb

Pada tahun kewangan lepas, Waran telah dilanjutkan selama satu tahun lagi dari 1 Mei 2002 kepada 30 April 2003 (“Waran

1995/2003”) menurut fasar 5A surat ikatan pol tambahan bertarikh 17 Disember 1999.

Pada 16 Oktober 2002, menurut pengagihan modal Syarikat sebanyak 38,583,497 saham biasa Palmco Holdings Berhad (“Saham

Palmco”) berharga RM1.00 sesaham kepada para pemegang saham Syarikat secara percuma berasaskan kepada satu (1) Saham

Palmco bagi setiap dua puluh empat (24) saham biasa berharga RM0.50 sesaham yang dipegang dalam Syarikat (“Pengagihan

Modal”), harga pelaksanaan Waran 1995/2003 telah dilaraskan daripada RM3.35 kepada RM3.25 menurut syarat 39(1)(c) jadual

kedua Surat Ikatan Pol.

Hak langganan Waran 1995/2003 telah tamat pada 30 April 2003 menurut syarat yang ditetapkan dalam Surat Ikatan Pol dan

surat ikatan pol tambahan.

Perubahan Waran 1995/2003 pada tahun kewangan ini adalah seperti berikut:

Bil. Waran 1995/2003

Pada

Pada

Harga Langganan 01.07.2002 Dilaksana Tamat 30.06.2003

RM3.35/RM3.25 (berkuatkuasa dari 16 Oktober 2002) 181,527,431 177,928,072 3,599,359 -

SKIM OPSYEN SAHAM EKSEKUTIF

Skim Opsyen Saham Eksekutif (“ESOS”) telah dilaksanakan pada 5 April 1995 untuk manfaat eksekutif dan para pengarah

eksekutif sepenuh masa Kumpulan. Jawatankuasa opsyen yang dilantik oleh Lembaga Pengarah untuk mentadbir ESOS, boleh

dari semasa ke semasa menawarkan opsyen kepada eksekutif Kumpulan yang layak untuk melanggan saham-saham biasa baru

Syarikat berharga RM0.50 sesaham.

Pada tahun kewangan ini, Syarikat telah mendapatkan kelulusan yang diperlukan daripada para pemegang saham dan pihak

berkuasa berkaitan bagi meminda Undang-Undang Kecil ESOS supaya membolehkan Syarikat menikmati kefleksibelan tertentu

yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (“SC”) di bawah garis panduan yang disemak semula mengenai skim opsyen

saham kakitangan yang dikeluarkan oleh SC pada 10 Mei 2001.

Ciri-ciri penting ESOS adalah seperti berikut:

i

Bilangan maksimum saham yang akan ditawar dan diperumpuk di bawah ESOS tidak boleh melebihi 10% daripada modal

diterbit dan dibayar Syarikat pada sebarang masa sepanjang kewujudan ESOS.

ii

Eksekutif yang layak adalah eksekutif yang telah disahkan jawatan dengan sekurang-kurnagnya satu tahun perkhidmatan

pada tarikh tawaran termasuk para pengarah eksekutif sepenuh masa mana-mana syarikat di dalam Kumpulan dan

eksekutif asing Kumpulan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima tahun pada tarikh tawaran.

117

IOI Corporation Berhad

Laporan Tahunan 2003

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!