09.11.2014 Views

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

laporanpengarah samb

WARAN 1995/2003

Menurut surat ikatan pol bertarikh 28 September 1995 (“Surat Ikatan Pol”), pada 31 Oktober 1995, Syarikat telah

menerbitkan 209,158,409 waran (“Waran”) bersempena dengan penerbitan 4% Stok Pinjaman Tidak Bercagar Boleh

Tebus 1995/2000 berjumlah nominal RM225,000,000.

Ciri-ciri penting Waran seperti yang dinyatakan di dalam Surat Ikatan Pol adalah seperti berikut:

i

Setiap Waran melayakkan pemegang yang berdaftar pada bila-bila masa sepanjang tempoh langganan untuk

melanggan satu saham biasa baru berharga RM0.50 setiap satu pada harga pelaksanaan RM3.35 sesaham biasa.

ii

Harga langganan boleh dilaraskan, mengikut kesesuaian di bawah keadaan yang disyaratkan di dalam Surat Ikatan Pol.

iii Tempoh langganan adalah empat setengah tahun dari tarikh terbitan sehingga tamat pada 30 April 2000.

iv

Pemegang Waran tidak mempunyai hak menurut Waran ini untuk menyertai dalam sebarang terbitan saham oleh

mana-mana syarikat lain.

v

Apabila tamat tempoh langganan, sebarang hak langganan yang belum dilaksanakan akan luput dan tidak sah lagi

untuk sebarang tujuan.

Pada 18 November 1999, para pemegang saham dan pemegang Waran Syarikat telah meluluskan pelanjutan tempoh

pelaksanaan Waran yang tertunggak. Terma-terma penting pelanjutan tersebut menurut surat ikatan pol tambahan

bertarikh 17 Disember 1999 dan 25 Ogos 2001 adalah seperti berikut:

i Tempoh pelaksanaan asal Waran akan dilanjutkan untuk setahun dari 1 Mei 2000 hingga 30 April 2001.

ii

Tempoh pelaksanaan Waran boleh dilanjutkan selepas 30 April 2001, sehingga empat (4) tempoh tambahan

berturut-turut yang berjangka satu (1) tahun setiap tempoh dari 1 Mei 2001 (“Pelanjutan Seterusnya”), dengan

syarat bahawa harga pasaran harian purata berwajaran saham Syarikat tercatat di Bursa Saham Kuala Lumpur

(“BSKL”) pada premium kurang daripada dua puluh peratus (20%) daripada harga langganan RM3.35 pada salah satu

daripada tiga puluh (30) hari pasaran berturut-turut sebelum hari ke-31 untuk bulan Januari bagi tahun di mana

tempoh pelanjutan yang berkaitan tamat.

iii

Syarikat akan mengumumkan kepada BSKL mengenai Pelanjutan Seterusnya, tiga bulan sebelum tempoh Waran tamat.

IOI Corporation Berhad

Laporan Tahunan 2003

116

iv

Harga pelaksanaan Waran sebanyak RM3.35 sesaham tidak akan disemak semula kecuali pelarasan yang

diperuntukkan di dalam Surat Ikatan Pol.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!