09.11.2014 Views

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

perbincangandananalisispengurusan - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PERKEMBANGAN KORPORAT DAN STRATEGI PERTUMBUHAN LAIN samb

Cadangan pengambilalihan kelima-lima buah syarikat perladangan yang dinyatakan di atas adalah urusniaga pihak

berkaitan yang tertakluk kepada kelulusan para pemegang saham yang bukan di kalangan pihak berkaitan yang terbabit.

Seperti yang diumumkan baru-baru ini, cadangan tersebut telah diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti dengan jumlah

pembayaran dikurangkan sebanyak kira-kira 12% kepada RM535.6 juta selepas semakan semula dilaksanakan. Maklumat

lanjut mengenai cadangan ini, serta pandangan dan saranan penasihat kewangan dan penasihat bebas kepada para

pemegang saham minoriti akan dibentangkan di dalam pekeliling kepada para pemegang saham bagi Mesyuarat Agung

Luar Biasa yang bermungkinan besar telah diadakan semasa kita mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan akan datang.

Saya percaya wawasan dan strategi perniagaan IOI sememangnya diketahui oleh para pemegang saham. Walau

bagaimanapun, imbasan kembali dan penjelasan objektif strategik di sebalik pengambilalihan di atas dalam konteks

wawasan kita dan arah aliran yang dijangka di dalam pasaran adalah bermanfaat.

Wawasan IOI berasaskan keterbukaan dan sasaran ditetapkan mengikut keadaan. Kejayaan besar pertama yang dicapai,

ialah dalam tempoh yang agak singkat, kita telah mengukuhkan kedudukan kita sebagai kumpulan perladangan kelapa

sawit yang terkemuka di negara ini dari segi kuantiti minyak sawit yang dikeluarkan, hasil minyak dan tahap

keuntungan. Meninjau ke hadapan, prospek jangka panjang bagi industri kelapa sawit terus cerah. Walau bagaimanapun,

kita meramalkan dengan peningkatan pengeluaran, persaingan yang lebih hebat, pasaran yang lebih canggih dan

perhatian lebih besar yang diberi terhadap pelbagai isu, seperti ‘perkaitan’ dalam rantaian bekalan makanan, syarikat

yang lebih besar dengan operasi bersepadu, rantaian bekalan yang saling berkaitan dan kehadiran di peringkat global,

akan mempunyai kelebihan yang nyata. Justeru, bagi memastikan bahawa kedudukan kita sebagai pembekal pilihan para

pelanggan kita di seluruh dunia dan kekal berdaya saing dalam pasaran yang sering mengalami perubahan, dalam

beberapa tahun kebelakangan ini kita telah:

i

ii

Terus memperluaskan kawasan kelapa sawit kita untuk mengukuhkan kedudukan pasaran kita dan

mempertingkatkan pengeluaran mengikut skel ekonomi; dan

Menyalurkan pelaburan hiliran yang besar ke dalam pengeluaran oleokimia serta lemak dan minyak khusus

melalui pengambilalihan Kumpulan Palmco pada tahun 1997 dan Kumpulan Loders Croklaan pada TK 2003.

Kedua-dua kumpulan ini merupakan syarikat peneraju dalam bidang operasi mereka masing-masing.

Pengambilalihan ini secara beransur-ansur tetapi jelas menukar IOI daripada sebuah entiti perladangan kelapa

sawit kepada sebuah syarikat minyak sawit bersepadu. Perniagaan hiliran ini menyediakan perlindungan

strategik bagi perniagaan perladangan serta aplikasi baru, pangkalan pasaran dari segi geografi baru dan

tambahan nilai kepada keluaran minyak sawit Kumpulan.

Kumpulan Palmco menikmati pertumbuhan ketara sejak menyertai IOI, tetapi masih banyak usaha perlu dilakukan bagi

Loders Croklaan yang baru diambilalih dalam tempoh 2 tahun akan datang untuk menyatu, mensinergi dan

mempertingkatkan potensi perniagaannya.

9

IOI Corporation Berhad

Laporan Tahunan 2003

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!