07.11.2014 Views

Buletin PKB - Politeknik Kota Bharu

Buletin PKB - Politeknik Kota Bharu

Buletin PKB - Politeknik Kota Bharu

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Tahun 2011 menyaksikan Politeknik Kota Bharu (PKB)

dengan pelbagai aktiviti dan pencapaian. Kelpebagaian ini

adalah bukti bahawa PKB dianggotai oleh individu yang

memiliki pelbagai kebolehan.

Banyak pasukan-pasukan sukan mempunyai pemainpemain

yang mempunyai kemahiran individu yang tinggi. Namun, mereka sering gagal

untuk muncul sebagai pasukan juara. Sebaliknya, ada pasukan yang dianggotai pemain

-pemain yang bukan dari kalangan bintang-bintang; namun mampu sebagai pasukan

yang berjaya. Rahsianya, mereka mementingkan pembinaan pasukan. Dalam usaha

membina pasukan, kewujudan individu berkemahiran akan merupakan rahmat dan

kelebihan tambahan.

Bagi saya, membentuk kejayaan organisasi bukanlah perkara payah. Pada

asasnya, hanya perlu tiga (3) resipi utama; komunikasi, pemikiran terbuka dan azam

untuk berjaya.

Saya menghargai pemimpin kita yang mencetuskan rangkaian internet dan

lebuhraya untuk Malaysia. Rangkaian ini adalah saluran komunikasi yang memungkin

dan memudahkan pencetusan idea. Komunikasi terluas akan memastikan idea baik

terbanyak. Setakat idea baik masih belum cukup baik jika kita sudah ada idea terbaik.

Pemikiran terbuka dan berobjektiflah yang akan seterusnya memastikan idea terbaik

dijulang.

Idea terbaik pasti muncul jika tiada individu ingin dinobat sebagai pemenang

tunggal. Kemenangan hakiki bukanlah kemenangan berseorang. Kemenangan hakiki

adalah bila semua orang dalam organisasi itu menang. Maka kemenangan organisasi

adalah kemenangan sebenar.

Semua orang sebenarnya ingin berjaya. Azam ini mesti jelas tersemat dalam

kesatuan pemikiran seluruh warga. Semua orang mesti bersetuju bahawa kita mesti

berkomunikasi, berfikiran terbuka dan berazam untuk berjaya.

Moga kesatuan PKB akan terus menjadi aset utama kita.

28 Februari dan 1 Mac 2011 Persatuan pelajar Jabatan

Perdagangan telah menganjurkan program EMPLOYABILITY

& ENTREPRENEURSHIP EVENT sebagai altenatif untuk menjadi

medan perhubungan dan kebajikan kepada pelajar dan

pengusaha Industri Kecil & Sederhana (IKS) di sekitar

kampus Politeknik Kota Bharu. Objektif utama penganjuran

ini adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada

pelajar mengenai ilmu kemahiran dalam bidang teknikal

perniagaan, memupuk nilai keusahawanan, pemikiran

kreatif dan inovatif serta memperkasakan jati diri pelajar

dari aspek spiritual dan rohani. Pelbagai aktiviti telah

diadakan bagi memberi input dan maklumat terkini peri

pentingnya asas keusahawanan kepada pelajar yang

bakal menamatkan pengajian agar graduan berjaya

membina kerjaya di masa akan datang bagi memastikan

graduan tidak lagi ketinggalan dan menghadapi masalah

dalam mencari pekerjaan. Di antara aktiviti tersebut

adalah Seminar Keusahawanan & ICT, Motivasi Muzikal

serta Bengkel Hands On Training. Bengkel Hands on Training

telah disertai seramai 19 Pengusaha IKS dalam bidang

pengusahaan makanan dan minuman, barangan hiasan,

batek dan sulaman, pakaian dan barangan berasaskan

rotan. Pelajar telah diberi peluang untuk menghasilkan

produk serta diberi bimbingan dan nasihat agar

mempunyai kemahiran baharu daripada IKS secara handon

berkaitan bidang yang telah dibengkelkan selain

kemahiran perdagangan di dalam bilik kuliah. Program

berkonsepkan ala keusahawanan ini akan diteruskan

pada setiap semester.

Penulis : Muzirawati Bt. Mustaffa

23 Februari 2011 Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah

mengadakan perbincangan dan menerima lawatan kerja

dari wakil industri yang dilantik sebagai PENASIHAT

INDUSTRI bagi membincangkan pelbagai perkara ke arah

mengeratkan hubungan di antara industri dan Politeknik

Kota Bharu. Perhubungan industri merupakan satu elemen

yang penting dalam Pelan Transformasi Politeknik. Di

samping mewujudkan hubungan dan tanggungjawab

korporat industri, Politeknik Kota Bharu telah mengatur

pelbagai program yang akan dilaksanakan secara

bersama dengan pihak industri bagi mengurangkan

masalah pengangguran, latihan kemahiran dan

kepakaran, seminar temuduga dan kerjaya serta

penemuan inovasi dan penciptaan projek. Politeknik Kota

Bharu telah memberi ruang kepada Penasihat industri bagi

melihat secara lebih dekat prasarana serta kemudahan

yang disediakan di makmal agar menepati kehendak

industri masa kini. Selain daripada itu, pensyarah serta

pelajar juga diberi peluang untuk berada di industri bagi

menjalani latihan secara mingguan untuk mempraktikkan

teori yang telah dipelajari di bilik kuliah. Dengan adanya

hubungan sebegini diharapkan agar pertukaran ilmu

dalam bidang teknologi berjaya di terapkan di antara

jabatan dan industri.

Penulis : Mazeree B. Mohd Nawi

Di antara aktiviti adalah Seminar Keusahawanan & ICT, Motivasi Muzikal serta Bengkel Hands On Training disertai

seramai 19 Pengusaha Industri Kecil & Sederhana dalam bidang pengusahaan makanan dan minuman, barangan hiasan,

batek dan sulaman, pakaian dan barangan berasaskan rotan.

INOVATION AND TECHNOLOGY EXHIBITION 2011 (INOTEX2011) merupakan platfom bagi memaparkan hasil ciptaan

pelajar dan pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Sebanyak 79 projek pelajar dan 3 projek pensyarah telah berjaya

dipemarkan. Program yang julung kali dianjurkan ini sebagai pendekatan baru jabatan bagi menggalakkan bidang

pembangunan dan penyelidikan dalam konteks pembelajaran dan pengajaran. Objektif utama penganjuran adalah

bagi mencungkil bakat dan kreativiti pelajar berteraskan pemikiran bercorak inovasi dan penemuan baru bagi

perkembangan teknologi, menggalakkan pelajar/pensyarah menghasilkan produk/ hasil rekacipta yang mempunyai

nilai komersil, mengenalpasti projek-projek yang berkualiti dan bermutu tinggi untuk diketengahkan dan meningkatkan

sikap ingin bersaing secara sihat dan produktif. Program ini juga merupakan satu anjakan daripada amanat Tahun

Baharu 2011 YB. Menteri Pengajian Tinggi bagi mengupayakan Penyelidikan dan Inovasi. Jabatan akan memastikan

transformasi pembangunan ekonomi negara bertunjangkan inovasi dan kreativiti berupaya mencapai tahap yang

berkualiti dan memberi impak yang besar kepada institusi dan negara. Projek yang berteraskan kepada “green

technology” seperti Gerai Mesra Keusahawanan serta Smart Mailbox Solar System yang menggunakan penjaaan kuasa

teknologi solar. Ini membuktikan bahawa dengan kapakaran yang ada pada pensyarah mampu di mobility kepada

pelajar. Selain daripada itu pelbagai projek dalam bidang perisian komputer, robotik, elektronik, komunikasi dan kawalan

berjaya dihasilkan. Jawatankuasa program INOTEX 2011 akan terus membantu pelajar menambahkan ilmu

pengetahuan dalam bidang penyelidikan dan inovasi dengan mengadakan Lawatan Inovasi di Peringkat Kebangsaan

dan Taman Inovasi.

Penulis : Noordin B. Omar

SEMINAR PERIPHERAL INTERFACE CONTROLLER (PIC).

3 kertas kerja telah dibentangkan bagi meningkatkan kebolehan

dan kemahiran pelajar dalam bidang PIC yang bertajuk

Pengenalan PIC, Input dan Output PIC dan LCD Display. Seminar

ini bertujuan untuk meningkatkan taraf dan mutu penghasilan

projek pelajar serta memberi nilai tambah kepada pensyarah

bagi mengadaptasikan projek yang

berteraskan teknologi PIC.

Penulis : Junekh

STUDENTS PROJECT WORKSHOP

Ceramah persediaan PEMBENTANGAN dan PENULISAN LAPORAN

PROJEK DIPLOMA JKE dianjurkan bagi meningkatkan kualiti

penulisan laporan serta soft skills penggunaan Bahasa English. Ia

juga mampu meningkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan

perlaksanaan projek. Peserta juga telah diberi taklimat mengenai

kaedah penulisan proposal dan laporan yang sistematik agar

ianya dapat dipatenkan.

Penulis : Ahmad B. Sidek

Aktiviti kokurikulum berbentuk perkhemahan pastinya menyeronokkan dan

menjadi pilihan pelajar untuk turut serta dalam program luar bilik kuliah, ini

bukan sahaja membantu mengurangkan tekanan belajar, malah menjadi

medium terbaik buat pelajar meningkatkan kemahiran diri, mengasah bakat

kepimpinan dan menambahkan pengetahuan bukan akademik. Jabatan

Pengajian Politeknik dengan kerjasama Politeknik Kota Bharu (PKB) buat julang

kalinya menganjurkan Program Jambori Jati Diri IPT Zon Timur 2011. Program

selama 3 hari 2 malam itu diadakan di D’ Lagoon, Pulau Perhentian,

Besut, Terengganu. Seramai 40 pelajar daripada 10 IPT iaitu PKB,

PSMZA ,PJK,PKT, PHT, PMS, POLISAS , Kolej Komuniti Pasir Mas, Kolej Komuniti

Jeli dan Kolej Komuniti Kok Lanas. Pengarah PKB, Tn. Hj Noor Azahan Othman

menyambut baik penganjuran program dan melihat ia dapat memberi nilai

tambah kepada pelajar, seterusnya membantu mereka meningkatkan

kemahiran sebelum melangkah ke alam pekerjaan. “Ini merupakan salah

satu proses pembelajaran terbaik buat para peserta dalam melahirkan generasi

muda yang mempunyai jati diri, berketerampilan, semangat berpasukan,

berdaya saing, daya juang yang tinggi dan mampu menghadapi

cabaran dalam pembelajaran. “Selain itu, perkhemahan ini mampu membentuk

jaringan perhubungan yang baik sesama pelajar seterusnya membuka

peluang kepada mereka bertukar-tukar pendapat berkaitan dengan

bidang pengajian. Selain daripada itu program ini juga mempunyai signifikan

tersendiri kepada para peserta kerana mereka terpaksa menempuh pelbagai

cabaran yang menguji kekuatan mental, fizikal, kepimpinan, kerjasama

dalam kumpulan serta pengalaman baharu iaitu situasi perkhemahan di kawasan

pantai. Antara aktiviti yang disediakan ialah pandu arah kompas,

malam kebudayaan, burung hantu, kembara pulau, menyelam, pemasangan

khemah, masakan rimba, berkayak serta tazkirah agama turut dijalankan

bagi membentuk generasi unggul di kalangan peserta. Kerjasama

dan semangat jitu yang telah ditunjukkan oleh semua pihak membolehkan

segala agenda yang dirancang dapat dilaksanakan dengan cekap.

Penulis : Wan Zuhari B. Wan Ismail

PROGRAM EKSPLORASI UKUR BAHAN

Eskplorasi Ukur Bahan yang memerlukan pelajar bergerak sebagai

satu kumpulan dan menyelesaikan tugasan yang direka berasaskan

dunia ukur bahan di 12 checkpoint. Setiap kumpulan akan diberikan

keratan pelan bangunan bagi setiap tugasan yang diselesaikan.

Setelah mengumpul semua keratan, pelajar akan

mencantumkannya untuk mendapatkan lukisan pelan dan melabel

elemen bangunan yang ada pada lukisan tersebut. Pemenang

dikira berdasarkan masa yang diambil oleh setiap kumpulan untuk

menyelesaikan tugasan.

Penulis : Mohd Subki B. Abd Kadir

Quantity Surverying VS Nature

Rasional Program

a. Mengetahui lebih lanjut tentang Kincir Angin dan fungsinya.

b. Mengkaji tentang pembinaan Tenaga Solar.

c. Menjalankan aktiviti Jungle Trecking sejauh 15 kilometer.

d. Halatuju jurukur bahan apabila tamat pengajian dan

mengetahui lebih teperinci tugas sebenar jurukur bahan.

Penulis : Mohd Subki B. Abd Kadir

Menyusuri Sungai Nenggiri melalui aktiviti kayak arus deras sejauh 54 kilometer

menjanjikan satu pengalaman yang menarik buat sesiapa sahaja yang

mengikuti aktiviti berkenaan. Mengharungi 32 jeram pasti mengundang rasa

gerun kepada mereka yang pertama kali menyertai aktiviti. Inilah cabaran

yang terpaksa diharungi seramai 85 peserta termasuk pegawai pengiring dari

15 politeknik seluruh negara serta dua kolej komuniti sepanjang mengikuti

Cabaran Nenggiri Inter-Politeknik Malaysia 2011. Pengalaman menaiki

rakit tiub sambil menongkah arus deras sungai serta aliran jeram yang diselang

seli dengan batu-batuan semula jadi pasti menjadi kenangan paling berharga

kepada semua peserta. Hujan renyai-renyai yang mengiringi hari pertama

dan bahang cuaca panas di hari kedua langsung tidak melunturkan semangat

kesukanan para peserta dek kerana terpukau dengan keindahan

panorama. Selain itu, peserta turut dibawa menyelami budaya masyarakat

orang asli di Kampung Pos Pulat. Program anjuran Politeknik Kota Bharu dengan

kerjasama Majlis Sukan Polteknik Malaysia (MSP) bertujuan mengembangkan

potensi pelajar terutamanya dalam membina soft skill agar mampu

berdaya-saing dengan dunia luar selepas menamatkan pengajian. Melalui

program seperti ini diharapkan para peserta mampu mempelajari kepentingan

untuk bekerjasama dalam pasukan kerana apabila menghadapi alam pekerjaan

nanti yang sememangnya memerlukan sifat toleransi dan bersatu-padu.

Selain aktiviti berunsurkan cabaran, aktiviti yang berbentuk kemasyarakatan,

menghargai alam sekitar serta mengenali peninggalan sejarah agar para peserta

berkeupayaan membudayakan aktiviti tersebut dalam membina jati diri.

Hari pertama para peserta terpaksa mengharungi cabaran sejauh 30 kilometer

bermula di Gua Cha yang merupakan lokasi awal penempatan manusia di

negara ini dan berakhir di perkampungan orang asli Pos Pulat dan memakan

masa hampir tiga jam 30 minit. Cabaran hari kedua bermula di Kampung

Pos Pulat dan berakhir di Kampung Star sejauh 15 Kilometer.

Penulis : Mohd Raduan B. Ibrahim

Ceramah oleh JKJR ( Bahaya Rempit Di Kalangan Pelajar )

Ceramah oleh AADK ( Bahaya Dadah Di Kalangan Pelajar )

Pameran Keselamatan Jalanraya oleh JPJ

Pameran Forensik oleh Cawangan

Penulis : Rosihan B. Abd Aziz

PROGRAM KESEDARAN DISIPLIN DI KALANGAN PELAJAR

Seramai 41 orang mahasiswa PKB ahli Pasukan Askar Wataniah

telah mengikuti KURSUS ASAS PERAJURIT MUDA SIRI 2/2011

bermula 23 Mei-21 Jun 2011 bertempat di Kem Latihan Rejimen

506 Sungai Durian, Kuala Krai Kelantan. Seramai 135 mahasiswa

yang terdiri daripada Politeknik Kota Bharu, Universiti Malaysia

Kelantan (UMK), Institut Perguruan Guru Kota Bharu

(IPGKB) dan Pondok Moden Kandis. 4 o anggota PKB telah

menerima anugerah daripada 5 kategori yang dipertandingkan

iaitu Penembak Terbaik oleh Mohd Faiz Najmi bin Abd

Saad, Kawad Wanita Terbaik oleh Noor Azreen bt Azhar, Kawad

Lelaki Terbaik oleh Mohamad Khalis bin Nordin dan Penuntut

Keseluruhan Terbaik oleh Muhamad Hishazwan bin Isa.

En Mohd Raime bin Ahmad, Ketua Unit Kokurikulum PKB telah

mewakili Pengarah PKB ke Majlis Penutup pada 19 Jun amat

berbangga dengan kejayaan ini. Kejayaan yang dicapai hasil

usaha yang ditunjukkan oleh semua anggota Askar Wataniah

PKB yang mengikuti kursus ini dan juga usaha dan semangat

yang dicurahkan oleh Penasihat Pasukan Askar Wataniah PKB

iaitu Leftenan Mohd Azri bin Abdul Ghani.Sepanjang 30 hari

berkursus peserta telah didedahkan dengan perbagai Ilmu

Asas Ketenteraan bagi melatih seorang Soldadu yang terlatih

dengan semangat kerjasama, setiakawan,berdisiplin,ketahanan

mental dan fizikal selain itu program

ini juga mampu meningkatkan tahap kecerdasan jasmani

agar mereka dapat berdayasaing dalam melaksanakan tugas

di dalam situasi yang mencabar dan tertekan serta akan

lebih bersemangat untuk menjadi mahasiawa yang cemerlang.

Penglibatan peserta dalam kursus ini juga merupakan

galakan kepada mahasiswa lain dalam mencapai misi dan visi

transformasi Kementerian Pengajian Tinggi bagi menghasilkan

modal insan yang lebih berkualiti dan setanding dengan

mahasiswa di IPT lain. Kecemerlangan yang dicapai oleh peserta

sepanjang sesi latihan ini juga merupakan cabaran

kepada mahasiswa di IPT untuk terus bersaing secara sihat

dalam memastikan mahasiswa mampu meningkatkan potensi

diri menghadapi pasaran kerja yang kian mencabar. Pasukan

Askar wataniah ini sentiasa bersedia mencurahkan bakti menabur

khidmat untuk Bangsa, Tanahair dan Negara setiap

masa. Penglibatan pelajar dari pelbagai jabatan dan peringkat

nenunjukkan semangat kerjasama yang tinggi di kalangan

peserta.

Penulis : Mohd Azri B. Abd Ghani

“DRAMA COMPETITION” ini adalah kali pertama

dianjurkan oleh Unit Bahasa Inggeris, Jabatan

Pengajian Am (JPA). Ia adalah selaras dengan silibus

baru AE 101 Communicative English yang lebih fokus

kepada komunikasi dalam Bahasa Inggeris. Program

ini telah berjaya menarik minat pelajar dalam

meningkatkan kesedaran kepentingan penggunaan

Bahasa Inggeris. Sebanyak 10 kumpulan pelajar dari

semester satu telah menyertai pertandingan ini.

Mereka telah menunjukkan bakat dan kreativiti

mereka dalam menjayakan drama Bahasa Inggeris.

Selain itu, melalui pertandingan seumpama ini juga

berjaya memupuk semangat kerjasama antara pelajar

dan juga pensyarah. Dalam menjayakan program ini,

pensyarah-pensyarah telah bekerjasama dengan

pelajar-pelajar dari Kelab Bahasa Inggeris (ELS).

Mereka telah diberikan tugas sebagai pengacara majlis,

juri bagi pihak pelajar dan menyelenggara props.

Secara keseluruhannya, program ‘Drama Competition’

ini telah berjaya mencapai objektifnya bagi

meningkatkan kecemerlangan dalam penguasaan

Bahasa Inggeris dan berjaya mencungkil kreativiti dan

mengembangkan potensi diri pelajar di masa akan

datang.

Penulis : Yuzaimi Bt Yazid

Pepatah ada mengatakan, 'tak kenal maka tak cinta.' Itulah yang dilalui

oleh dua pelajar Politeknik Kota Bharu (PKB) ketika berpeluang menyertai

Program Asian Pasific Youth Caravan (APYC) ke Korea Selatan. Pandangan

skeptikal mengenai masyarakat negara terbabit yang kononnya sombong,

akhirnya lebur apabila mereka disapa dengan penuh mesra sebaik

menjejakkan kaki di negara yang cukup popular dengan cerita 'Winter

Sonata' itu, pada 20 September lalu. Lantaran itu, keramahan masyarakat

Korea tersebut cukup mengujakan dua pelajar PKB terbabit iaitu Nur Solehah

Abdul Rahman, pelajar tahun akhir jurusan Kejuruteraan Mekanikal

Pertanian dan rakannya, Shahrul Ridzwan Bokhari. Bagi Nur Solehah,

keramahan yang ditonjolkan oleh masyarakat Korea ketika menyambut

kedatangan peserta menyebabkannya cepat terasa menjadi sebahagian

daripada mereka. "Saya terkejut dengan layanan yang diberikan oleh

masyarakat di sana. Tindakan tersebut memperlihatkan masyarakat di

sana cukup menghormati tetamu dan perlu diraikan dengan sebaik mungkin.

Mereka hormat saya sebagai seorang Islam, contohnya ketika masuk

waktu solat, mereka akan memberitahu dan menyediakan tempat untuk

saya menjalankan kewajipan tersebut. Selain itu, dalam aspek pemakanan

mereka tidak pernah menyediakan makanan tidak halal kepada saya

sebaliknya menyuruh memakan sayur-sayuran sahaja. Ini membuatkannya

berasa begitu selesa sepanjang mengikuti program berkenaan. Nur Solehah

memberitahu, pengalaman 10 hari di negara terbabit sudah cukup

untuk mempelajari dan menimba ilmu berharga terutama aspek sosio budaya

masyarakat di negara itu yang boleh dijadikan contoh. Antara

perkara yang dapat saya pelajari sepanjang berada di sana ialah sikap

masyarakatnya yang cukup mementingkan kebersihan. Buktinya bilangan

tong sampah yang diletakkan di kawasan awam cukup sedikit tidak

seperti di negara ini. Sementara itu, Shahrul Ridzwan berkata, dia banyak

mempelajari perkara baru sepanjang berada di negara berkenaan, di

mana saya lihat masyarakatnya cukup menjaga budaya mereka. Walaupun

sudah menjadi negara maju budaya asal tetap utuh diamalkan. Selain

itu, saya juga dapat lihat bagaimana mereka memperkenalkan budaya

mereka melalui gelombang muzik yang di kenali sebagai 'wave'.

Pengarah PKB, Noor Azahan B. Othman meluahkan rasa bangga dengan

kejayaan pelajarnya yang mewakili negara dalam program berkenaan.

Kejayaan tersebut membuktikan pelajar Politeknik Kota Bharu mampu bersaingan

dengan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini,

Program sebegini akan diperkenalkan lagi bagi memberi rangsangan

agar graduan PKB mampu berdikari di peringkat antarabangsa.

Sumbangan

Sukarelawan

Pusat Pelupusan Sampah

Penulis : Mohd Shaiful Azhar B. Jaafar

Ramah Mesra

Penapis Air

Editor : Wan Zuhari B. Wan Ismail

Pemeriksaan Kesihatan

17 Februari 2011 Politeknik Kota Bharu(PKB) telah menganjurkan

Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang bertemakan 1 Malaysia 1

Ummah. Sambutan yang penuh gilang-gemilang ini telah disertai

lebih 1500 pelajar dan 300 kakitangan Politeknik Kota Bharu yang

berarak dari Surau Ibrahimi PKB menuju ke Dewan Jubli Perak

PKB. Program keagamanan telah diadakan di Surau Ibrahimi iaitu

Solat Hajat serta tahlil. Semasa menuju ke Dewan Jubli Perak

peserta turut berselawat sebagai tanda memperingati hari

kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Di Dewan Jubli

Perak, pertandingan Pidato telah diadakan bertujuan untuk

mencari bakat baru dalam melahirkan modal insan sebagai satu

landasan kecemerlangan generasi hadapan. Generasi hadapan

merupakan aset insani Malaysia yang paling penting dalam

usaha Kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah Negara

Bangsa yang Maju, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang

menjelang WAWASAN 2020. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, Politeknik Kota Bharu sentiasa berusaha

menyediakan mahasiswa berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Modal insan

merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti,

bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya

saing. Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul. Merekalah yang akan menentukan hala tuju negara pada

masa hadapan.

Penulis : Maryani Bt Mat Dris

DERMA DARAH DAN JALINAN KERJASAMA PKB & HRPZII. Ketika segelintir masyarakat masih takut-takut untuk mendermakan

darah, situasi agak berbeza dengan pelajar PKB apabila ampil mendermakan darah bagi membantu golongan

yang memerlukan. Meskipun sibuk dengan tugasan harian namun tidak sedikit pun menghalang lebih 2,400 penuntut PKB

untuk menjayakan program murni tersebut yang dapat membantu menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan

bekalan darah. Apa yang membanggakan, program anjuran PKB dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Raja

Perempuan Zainab II (HRPZ II) itu telah menarik penyertaan

terbesar dalam sejarah penganjuran program

tersebut dengan berjaya memperoleh sebanyak

1,782 pek darah. Sebagai tanda sokongan yang

diberikan oleh para pelajar dan kakitangan PKB yang

terlibat dalam program ini, Pengarahnya, Nor Azaham

Othman turut meluangkan masa beramah

mesra dengan para pelajar dan kakitangan, selain

turut sama menderma darahnya. Program ini bertujuan

memberikan pendedahan kepada para pelajar

tentang nilai-nilai murni dalam membantu mereka

yang memerlukan bekalan darah. Ini merupakan sebahagian

daripada bentuk pembangunan modal

insan dalam melahirkan generasi pelajar yang hebat selaras dengan hasrat kerajaan. Turut hadir Timbalan Pengarah

(Perubatan) HRPZ II, Dr. Salasawati Ghazali; Ketua Penolong Pengarah Kesihatan Bahagian Perubatan Jabatan Kesihatan

Negeri Kelantan, Dr. Mohd. Azman Yaacob dan Ketua Perkhidmatan Darah Negeri, Dr. Ilunihayati Ibrahim. Dalam pada

itu, pihak HRPZ II menyambut baik jalinan kerjasama yang dihulurkan oleh PKB dalam membantu pihaknya mengatasi

kekurangan bekalan darah di hospital berkenaan amat diperlukan dalam memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi

bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku. “

Penulis : Juliana Bt Md Jusoh

Sambutan Kembara Merdeka Peringkat Negeri Kelantan

Ihya Ramadhan Bersama Komuniti

Kejohanan Futsal Liga IPT Piala Menteri Pengajian Tinggi

Sambutan Ambang Merdeka 2011

ALUMNI PKB 2011

Barisan Jawatankuasa ALUMNI PKB (PAPKB)

www.pkb.edu.my/pkb/alumni

Politeknik Kota Bharu mula munubuhkan Maintenance Crew

pada awal Januari lepas bagi memberi ruang kepada pelajar

bergiat aktif sebagai langkah permulaan menceburi bidang

pekerjaan setelah tamat pengajian kelak. Pasukan ini telah

diberi tunjuk ajar dan nasihat dalam bidang kejuruteraan

awam, elektrik dan mekanikal. Sebagai memenuhi tanggungjawab

sosial dalam bidang kejuruteraan, pelajar dari jabatan

kejuruteraan awam telah menyumbangkan khidmat bakti

mereka dengan membuat kerja-kerja pengujian dan penentuan

nilai kekuatan galas tanah di tapak pembinaan bangunan

tambahan Sek. Men Maahad Syamsul Maarif Perempuan,

Pulai Chondong dalam usaha memberi pendedahan

awal kepada mereka berkaitan aktiviti khidmat masyarakat.

Seramai 20 pelajar dengan bantuan 4 pensyarah telah memulakan

kerja-kerja tersebut selama seminggu setelah diberi

kepercayaan oleh pihak pengurusan sekolah. Dengan berbekalkan

ilmu yang telah dipelajari di bilik kuliah, pelajar juga

telah dapat mempraktikkan secara tidak langsung mengenai

peralatan yang digunakan. Diketuai oleh Pensyarah En.

Mohd Zaidi Che Mod selaku penyelia projek ini merasa

bangga dengan kesungguhan dan minat yang telah ditunjukkan

oleh pelajar, ini menunjukkan bahawa sistem pembelajaran

di politeknik diyakini dan dapat di terima oleh penduduk

sekitar dan aktiviti seumpama ini akan diteruskan jika mendapat

permintaan dari pihak yang memerlukan sebarang khidmat

dan kepakaran

Penulis : Mohd Zaidi B. Che Mood

Unit Psikologi & Kerjaya, Politeknik Kota Bharu

dengan kerjasama PERODUA Sales Sdn. Bhd. telah

mengadakan temuduga terbuka di Politeknik Kota

Bharu. Temuduga ini diadakan bertujuan bagi mengisi

kekosongan jawatan Perantis Penasihat Servis

(Apprentice Service Advisor) di PERODUA Sales Sdn.

Bhd., di samping untuk membantu pelajar Politeknik

dalam merebut peluang pekerjaan.

“Communication Skills & Creative Thinking.”

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi

pendedahan kepada para pelajar semester akhir

tentang cara menulis resume dengan betul serta

tatacara menghadiri temuduga. Di samping itu,

program ini turut diadakan bertujuan untuk

membina keyakinan diri serta memberi pendedahan

kepada peserta tentang teknik komunikasi yang

lebih baik.

Kursus Kemahiran Membangunkan Blog

- Merupakan aktiviti ke arah peningkatan

kebolehpasaran graduan.

- Menyumbangkan ilmu tambahan selain akademik.

- Membolehkan pelajar berdikari setelah tamat

pengajian.

Bengkel Kemahiran Adobe Photoshop CS3

- Meningkatkan kemahiran editing photo.

- Bengkel Hands On.

Program Kecemerlangan Math “One Step Forward”

- Bengkel Peningkatan Matematik.

- Latih Tubi.

Program Kecemerlangan Sains “I science beyond”

- Persediaan Sains Kejuruteraan.

- Motivasi Kecemerlangan Sains.

LAWATAN PENANDAARASAN

UNIT KECERIAAN

HARI KELUARGA PERDANA PKB

Kejohanan

Pencak Silat

Tertutup

IPT Kelantan

Jemputan PKB

Program Penandaarasan

JKM ke

PERDA-TECH Pulau PInang

Lawatan Akademik

JKM ke

UniMAP

OBJEKTIF

1. Melihat teknologi terkini di PERDA-TECH. 2. Mendedahkan peluang melanjutkan

pengajian di PERDA-TECH.

3. Merapatkan hubungan

antara PERDA-TECH dan staf

kejuruteraan pertanian.

4.Menjalinkan kerjasama

antara PERDA dan PKB.

Membincangkan ruang dan peluang pelajar PKB melanjutkan

pelajaran ke UniMAP

Mengadakan kolaborasi antara PKB dan UniMAP

Unit CISEC menganjurkan Seminar

GRADUATE CAREER DEVELOPMENT ENHANCEMENT, CAREER CLINIC & ENTREPRENEURSHIP PROGRAM

OBJEKTIF

1. Memberi informasi tentang syarikat dan peluang kerjaya

yang boleh diterokai oleh bakal graduan.

2. Menjelaskan prosedur memohon pekerjaan melalui Jabatan

Tenaga Kerja.

3. Memberi pendedahan mengenai cara penulisan resume.

4. Meningkatkan pengetahuan soft skills, etika serta panduan

menghadiri temuduga.

Program Tanam Bunga Raya Sempena Kempen Senyum

Menarik minat para pelajar untuk berkebun dan menanam pokok bunga sebagai

penghias halaman.

Memberi kesedaran dan penghayatan kepada pelajar tentang pokok bunga raya

sebagai bunga kebangsaan serta simbol 5 rukun negara.

Mendidik pelajar agar menjaga kebersihan serta memupuk semangat cintakan

keindahan alam khususnya tumbuh-tumbuhan dalam usaha memelihara dan

menyerikan persekitaran tempat belajar.

Mendidik para pelajar serta para pensyarah agar sentiasa melebarkan senyum bila

bertemu sesama warga Politeknik Kota Bharu

Sentiasa senyum mesra bila berinteraksi, jadikan senyum sebagai sedekah.

WAJAH-WAJAH

PKB

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!