30.10.2014 Views

BERITA SPEC-CT - Login Portal PPUM

BERITA SPEC-CT - Login Portal PPUM

BERITA SPEC-CT - Login Portal PPUM

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Kesihatan

Kawal kehadiran tikus di tempat anda

dengan memastikan kebersihan yang

optimum. Buang semua sampah sarap

dan kemaskan buangan sisa makanan,

bagi mengelak kehadiran tikus dan

hapuskan tikus-tikus yang berkeliaran.

Elakkan aktiviti rekreasi atau berenang

di tempat-tempat yang berkemungkinan

dicemari oleh urin haiwan.

RAWATAN

Leptospirosis biasanya dirawat dengan antibiotik. Ujian dan

diagnosis mungkin mengambil masa yang lama dan pesakit

boleh menjadi lebih parah jika terus menunggu. Oleh itu,

doktor akan memulakan rawatan dengan pengambilan

antibiotik sebelum mengesahkan pesakit dengan

Leptospirosis. Rawatan antibiotik adalah kaedah yang paling

efektif untuk Leptospirosis jika rawatan itu dimulakan awal.

Adalah penting menjelaskan kepada doktor jika terdedah

kepada kawasan-kawasan yang berkemungkinan dijangkiti

bakteria ini.

Rujukan: Konsumer KINI Ogos 2010

Oleh : Amerah Abd Rahman

Program & Peristiwa (Majlis, Lawatan, Pelancaran dan Projek)

JABATAN KEJURURAWATAN PPUM

Pada 8 Februari 2011, telah berlangsungnya Majlis Perasmian

Jabatan Kejururawatan di tingkat 2 Menara Utama. Majlis

tersebut telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Ikram

Shah bin Ismail, Pengarah PPUM.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah

Pentadbiran, Cik Nurri bt. Kadarman, Timbalan Pengarah

Ikhtisas, Prof. Dato’ Dr. Patrick Tan Seow Koon dan juga

Timbalan-Timbalan Dekan dan Ketua-Ketua Jabatan

Dalam ucapan, Pengarah mengucapkan tahniah kepada

semua jururawat kerana kini memiliki Jabatan Kejururawatan

sendiri dengan tempat operasi yang lebih baik dan selesa.

Selaku Pengarah PPUM, beliau juga amat menghargai segala

pengorbanan dan perkhidmatan yang dicurahkan oleh setiap

jururawat.

Ketua Pegawai Kejururawatan, Puan Sharipah Asiah Syed

Junid Aljunid dalam ucapannya merakamkan ucapan terima

kasih dan menghargai jasa baik Pengarah dalam menyediakan

tempat operasi Perkhidmatan Kejururawatan yang lebih baik.

Beliau juga berharap dan akan memastikan dengan wujudnya

jabatan ini akan menyuntik semangat di kalangan jururawat

untuk bersikap, berfikiran, berpandangan dan bertindak dengan

lebih kreatif demi mengejar perubahan dan pembaharuan

dalam perkhidmatan bukan sahaja yang berkualiti dan selamat

tetapi juga lebih berhemah dalam perbelanjaan.

Kedudukan Jabatan ini amat strategik. Ia merupakan laluan

pertembungan di antara Bangunan Menara Timur, Trauma

& Kecemasan Menara Selatan dan Menara Utama. Dengan

kedudukan ini ia begitu mudah untuk sesiapa sahaja yang ingin

berurusan sama ada secara rasmi ataupun tidak. Lebih-lebih

lagi, Jabatan Kejururawatan ini turut menyediakan tempat

untuk 2 orang Ketua Jururawat yang bertugas selepas waktu

pejabat bagi membantu menyelesaikan pelbagai masalah

mengikut kesesuaian.

Oleh : Amerah Abd Rahman

6

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!