UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 172 AKTA PERANCANGAN ...

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 172 AKTA PERANCANGAN ... UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 172 AKTA PERANCANGAN ...

30.10.2014 Views

(k) Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya atau wakilnya; (l) Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar atau wakilnya; (m) Penasihat Undang-Undang Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan Labuan; (n) Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) Perbadanan Labuan; dan (o) tidak lebih daripada empat orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan Labuan.”. (2) Dalam subseksyen (2), gantikan perkataan “(1)(b) atau (i)” dengan perkataan “(1)(o)”. (3) Dalam perenggan 4(b), gantikan perkataan “Kerajaan Negeri” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Kerajaan Persekutuan”. (4) Dalam subseksyen (8)— (a) gantikan perkataan “Pengarah Perancangan Bandar dan Desa Negeri” dengan perkataan “Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa”; dan (b) potong perkataan “dan, sebagai Setiausaha Jawatankuasa, hendaklah bertanggungjawab untuk menjalankan keputusan dan melaksanakan dasar Jawatankuasa;”. 5. Pihak berkuasa perancang tempatan. (1) Tiap-tiap pihak berkuasa tempatan hendaklah menjadi pihak berkuasa perancang tempatan bagi kawasan pihak berkuasa tempatan itu. (2) Bagi mana-mana kawasan di dalam Negeri yang tidak menjadi sebahagian daripada kawasan manamana pihak berkuasa tempatan, Pengarah Negeri hendaklah menjadi pihak berkuasa perancang tempatan, dan sebutan mengenai "pihak berkuasa perancang tempatan" dalam Akta ini hendaklah disifatkan termasuk Pengarah Negeri apabila Pengarah Negeri itu melaksanakan fungsi pihak berkuasa perancang tempatan berhubung dengan kawasan itu. (3) (Dipotong oleh Akta A1129). (4) Suatu pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah memberi kepada Jawatankuasa apa-apa penyata dan maklumat yang berhubungan dengan aktivitinya sebagaimana yang dikehendaki oleh Jawatankuasa dari semasa ke semasa.

____________________________________________________________________________________ Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pemerluasan dan Ubah Suaian Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976) 2010. P.U. (A) 442/2010 (Di siarkan pada 31 Disember 2010) (Berkuatkuasa pada 1 Januari 2011) (1) Dalam subseksyen (1)— (a) gantikan perkataan “Tiap-tiap pihak berkuasa tempatan” dengan perkataan “Perbadanan Labuan”; dan (b) gantikan perkataan “kawasan pihak berkuasa tempatan” dengan perkataan “Wilayah Persekutuan Labuan”. (2) Potong subseksyen (2). 6. Fungsi pihak berkuasa perancang tempatan. (1) Fungsi suatu pihak berkuasa perancang tempatan adalah— (a) untuk mengawal selia, mengawal, dan merancang pemajuan dan penggunaan semua tanah dan bangunan dalam kawasannya; (b) untuk mengusahakan, membantu dan menggalakkan pemungutan, penyenggaraan, dan penyiaran perangkaan, buletin, dan monograf, dan penyiaran lain yang berhubungan dengan perancangan bandar dan desa dan perkaedahannya; dan (c) untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang ditugaskan kepadanya dari semasa ke semasa oleh Pihak Berkuasa Negeri atau oleh Jawatankuasa. (2) Suatu pihak berkuasa perancang tempatan boleh melaksanakan apa-apa fungsi lain yang menjadi tambahan kepada, bersampingan dengan, atau berbangkit daripada apa-apa fungsi yang dinyatakan dalam subseksyen (1) dan melakukan semua perkara yang perlu atau suai manfaat bagi menjalankan fungsinya di bawah Akta ini. BAHAGIAN IIA - JAWATANKUASA PERANCANG WILAYAH 6A. Jawatankuasa perancang wilayah (1) Majlis boleh dari semasa ke semasa, selepas berunding dengan Pihak-Pihak Berkuasa Negeri yang berkenaan, menubuhkan suatu jawatankuasa perancang wilayah bagi sesuatu wilayah yang terdiri daripada satu kawasan yang terletak di dalam dua Negeri atau lebih. (2) Bagi maksud subseksyen (1), Menteri hendaklah menyebabkan supaya hakikat penubuhan sesuatu jawatankuasa perancang wilayah disiarkan dalam Warta bersama dengan tanda yang dengannya sempadan wilayah yang baginya jawatankuasa itu telah ditubuhkan dapat dikenali. (3) Jawatankuasa perancang wilayah hendaklah terdiri daripada- (a) seorang Pengerusi, yang dilantik oleh Perdana Menteri;

(k) Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya atau wakilnya;

(l) Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar atau wakilnya;

(m) Penasihat Undang-Undang Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab

bagi Wilayah Persekutuan Labuan;

(n) Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) Perbadanan Labuan; dan

(o) tidak lebih daripada empat orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh Menteri yang

dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan Labuan.”.

(2) Dalam subseksyen (2), gantikan perkataan

“(1)(b) atau (i)” dengan perkataan “(1)(o)”.

(3) Dalam perenggan 4(b), gantikan perkataan

“Kerajaan Negeri” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Kerajaan Persekutuan”.

(4) Dalam subseksyen (8)—

(a) gantikan perkataan “Pengarah Perancangan Bandar dan Desa Negeri” dengan perkataan

“Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa”; dan

(b) potong perkataan “dan, sebagai Setiausaha Jawatankuasa, hendaklah bertanggungjawab

untuk menjalankan keputusan dan melaksanakan dasar Jawatankuasa;”.

5. Pihak berkuasa perancang tempatan.

(1) Tiap-tiap pihak berkuasa tempatan hendaklah menjadi pihak berkuasa perancang tempatan bagi

kawasan pihak berkuasa tempatan itu.

(2) Bagi mana-mana kawasan di dalam Negeri yang tidak menjadi sebahagian daripada kawasan manamana

pihak berkuasa tempatan, Pengarah Negeri hendaklah menjadi pihak berkuasa perancang

tempatan, dan sebutan mengenai "pihak berkuasa perancang tempatan" dalam Akta ini hendaklah

disifatkan termasuk Pengarah Negeri apabila Pengarah Negeri itu melaksanakan fungsi pihak berkuasa

perancang tempatan berhubung dengan kawasan itu.

(3) (Dipotong oleh Akta A1129).

(4) Suatu pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah memberi kepada Jawatankuasa apa-apa

penyata dan maklumat yang berhubungan dengan aktivitinya sebagaimana yang dikehendaki oleh

Jawatankuasa dari semasa ke semasa.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!