28.10.2014 Views

feedlot - Politeknik Kota Bharu

feedlot - Politeknik Kota Bharu

feedlot - Politeknik Kota Bharu

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PROJEK USAHASAMA TERNAKAN LEMBU SISTEM FEEDLOT ANTARA PIHAK

KOPERASI POLITEKNIK DENGAN UNIT KEJURUTERAAN PERTANIAN

POLITEKNIK KOTA BHARU

1.0 PENGENALAN

"Penternakan Lembu Fidlot" bermaksud memelihara lembu secara

intensif dalam kandang/kurungan untuk tujuan pengeluaran lembu

daging melalui peningkatan berat badan dengan memberi

makanan yang bermutu, air bersih, mineral dan vitamin yang

secukupnya dalam tempoh yang tertentu.

Perlu diperhatikan bukan semua peningkatan berat badan lembu

fidlot boleh disamakan dengan pengemukkan. Pengemukan atau

peningkatan utama berat badan yang disebabkan deposisi lemak

(fat deposition) hanya berlaku pada peringkat umur tertentu dan

berkait rapat dengan baka dan formulasi makanan yang

diberikan. Sebagai contoh, peningkatan berat badan lembu

tempatan (baka KK) yang di fidlot antara umur 12 hingga 16 bulan

terdiri daripada peningkatan berat tulang dan daging sahaja.

Deposisi lemak adalah terlalu kecil.

Apa yang penting dan perlu diingat ialah bidangusaha fidlot ini

hanya untuk memenuhi permintaan sesuatu pasaran terhadap

daging lembu dengan mengembeling segala sumber yang

terdapat di lokasi berkenaan secara optimum untuk mendapat

keuntungan yang maksimum.

Unit Kejuruteraan Pertanian menerima amanah dari Pengarah

Politeknik Kota Bharu untuk mengusahakan satu projek

penternakan lembu dengan sistem ini.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM

Hasil dari perbincangan dengan banyak pihak maka program ini

dilaksanakan bagi mencapai objektif sebagimana berikut:

a. Dapat memindahkan pengetahuan, kemahiran dan

pengalaman kepada pelajar bagaimana mengurus ternakan

lembu, menyembelih, melapah dan memasarkan daging lembu

dengan cekap dan berkesan supaya dapat menjadi kerjaya

hidup bila keluar bekerja nanti.

b. Meningkatkan kemahiran staf unit Kejuruteraan Pertanian

dalam bidang penternakan lembu.

c. Membuka ruang kepada pelajar dan staf Kejuruteraan

Pertanian untuk membuat penambahbaikan/memekanisasikan

aktiviti-aktiviti tertentu dalam proses penternakan lembu

hinggalah ke pemasaran hasilnya sesuai dengan bidang utama

unit ini.

3.0 Jawatankuasa Pengurusan:

Projek ini akan dikendalikan oleh unit Kejuruteraan Mekanikal

Pertanian dengan barisan AJK adalah seperti berikut:

Pengerusi Bersama: 1. Tn Hj Mahazari bin Mohd Zain

2. En Mohd Noor bin Salleh

Timb. Pengerusi:

Setiausaha:

Bendahari:

AJK:

En Azmi bin Yusof

En Shamsuddin bin Abd Rahman

En Mohd Lutfi bin Hj Yusof

En Md Razin bin Jaafar

En Mohd Satar bin Abd Ghani

En Zakaria bin Salleh

En Azhar bin Mat

En Wan Halim bin Wan Muhammad

En Nik Azizi bin Nik Husain

4.0 Infrastruktur dan Kemudahan:

1. Kandang; telah dibina menggunakan peruntukan dari Politeknik

di bawah program inovasi pertanian. Keluasan kandang boleh

menampung sebanyak 20 ekor lembu setiap masa.

2. Sumber Air; telah dibekalkan dari tangki air Politeknik dan

dijangka akan menggunakan air dari sumber perigi yang akan

di bina sedikit masa lagi.

3. Tenaga Letrik; Telah dipasang sementara oleh pihak politeknik

sementara kabel kekal akan di bina oleh Politeknik pada tahun

hadapan. Permohonan telah dikemukakan kepada bahagian

Pembangunan Politeknik.

5.0 Tenaga Kerja:

Projek ini akan dikendalikan oleh pelajar yang di kawalselia oleh

AJK yang telah dilantik. Pelajar yang terlibat ialah:

1. Pelajar yang akan menjalani Latihan Industri di Unit

Kejuruteraan Pertanian Politeknik.

2. Pelajar selain pelajar Latihan Industri yang berminat dan

selepas melalui tapisan oleh pihak J/kuasa.

6.0 Sumber kewangan

Modal infrastruktur adalah disumbang sepenuhnya oleh pihak

Politeknik di bawah program inovasi Pertanian. Kos untuk

memulakan projek ini adalah dari usahasama dengan pihak

koperasi Politeknik Kota Bharu dengan keuntungan antara pihak

koperasi dengan Unit Kejuruteraan Pertanian 50:50. Berikut di

senaraikan modal awal untuk memulakan projek ini:

a. Membeli baka lembu 5 ekor @ RM 1550.00 = RM 7750.00

7.0 Pasaran

Pada peringkat awal ini Lembu-lembu yang diternak akan di

pasarkan kepada staf politeknik samada secara lembu hidup atau

menjual dalam bentuk daging yang telah di sembelih. Keutamaan

ialah penjualan dalam bentuk daging yang disenbelih kerana

untuk memberi latihan kepada pelajar dalam pengurusan

sembelihan dan pengurusan pasaran daging lembu. Di Jangka

lembu yang diternak akan di sembelih seekor seminggu atau

mengikut keperluan semasa. Walau bagaimana pun projek

pertama nanti ialah penyembelihan lembu untuk ibadat Qurban

sempena ssambutan hari raya Haji pada tahun ini.

8.0 Modus operandi

Menternak lembu secara feedlot ini akan dikendalikan dengan

membeli lembu-lembu jantan yang telah berumur lebih dari

setahun dan beratnya sekitar 100 kg akan dimasukkan ke kandang

dan diternak sehingga tidak lebih dari tiga bulan. Lembu akan

dijaga dengan rapi dalam kandang dengan memberi makan

dedak gred A sebanyak sekitar 4 kg seekor/ sehari. Rumput juga

akan di berikan setiap hari. Makanan tambahan akan diberikan

mengikut keperluan dan kesihatan lembu. Rawatan akan diberikan

dari semasa ke semasa sekiranya terdapat tanda-tanda lembu

diserang oelh penyakit atau sebagainya. Setelah mencapai berat

yang sesuai dan tidak melebihi 3 bulan makan lembu-lembu

tersebut akan dijual/disembelih. Seterusnya lem,bu baru akan di

masukan dan bergitulah seterusnya.

9.0 Khidmat Nasihat;

Projek ini akan diselia oleh AJK yang dilantik disamping khidmat

nasihat akan diberi sepenuhnya oleh Jabatan Perkhidmatan

Haiwan cawangan Ketereh dan unit latihan JPH ibu pejabat di

Kota Bharu.

10.0 Penutup;

Di harap program ini akan mencapai hasrat dan cita-cita Tuan

Pengarah PKB dan KPTM amnya bagi melahirkan graduan PKB

yang berkemahiran terutama dalam bidang Pertanian yang

mencabar ini. Harapan untuk melihat graduan PKB yang mampu

mengendalikan projek yang serupa ini bahkan lebih baik lagi di

harap akan menjadi kenyataan dengan ilmu, kemahiran dan

pendedahan yang diberikan nanti. Pertanian satu perniagaan

adalah moto yang akan memangkinkan projek ini supaya gerakan

mengkomersialkan produk pertanian akan menjadi saingan

dengan bidang-bidang lain. Sekian, terima kasih.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!