31.08.2014 Views

Pengurusan Kewangan - Jabatan Perdana Menteri

Pengurusan Kewangan - Jabatan Perdana Menteri

Pengurusan Kewangan - Jabatan Perdana Menteri

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang, sementelah lagi melibatkan situasi kerja. Namun jangan

jadikan ianya alasan untuk anda terus melakukan kesalahan, tanpa membaiki kelemahan diri. Perhatikan beberapa

kesalahan berikut yang boleh menjejaskan reputasi kerja anda jika terus melakukannya:

1 Membantah kritikan majikan : Lumrah

seseorang majikan akan mengkritik atau terlalu

cerewet dalam sesuatu tugasan yang diberikan.

Namun jangan cepat melatah atau berkecil hati,

kerana secara positifnya ia bertujuan membaiki

kelemahan diri anda. Terima kritikan dengan lebih

terbuka. Sekiranya majikan terlalu cerewet dan

sering mencari kesalahan anda, ambil peluang

untuk bersemuka bagi meluahkan perasaan anda

dan berbincang cara baik untuk menyelesaikannya.

2 Datang lambat : Kerap datang lambat ke

pejabat anda adalah seorang pekerja yang bermasalah

serta tidak berdisiplin. Ini pasti menimbulkan

keraguan bos anda dan mereka beranggapan

anda tidak minat untuk bekerja. Seeloknya,

tepatilah masa kerja semakin awal anda datang

bekerja semakin banyak tugasan yang dapat disiapkan

di samping mendapat kepercayaan dari

majikan.

3 Gosip dengan rakan sekerja : Bergaul

sesama rakan sepejabat digalakkan, namun jangan

sampai kerap bergosip atau bersembang sehingga

mengabaikan tugasan yang diberikan.

Ketahui bahawa lama-kelamaan gosip-gosip buruk

ini akan sampai juga ke telinga majikan atau

rakan sekerja anda.

5 Buang masa di internet : Sambil menyelam

minum air, begitulah agaknya gaya sesetengah

pekerja yang gemar menghabiskan masa melayari

internet. Jika kerana tugasan tidak mengapa

tetapi kebanyakan di kalangan anda adalah berchatting,

membalas email dan macam-macam lagi

yang tidak berfaedah sehingga mengabaikan tugasan.

4 Berlagak pandai : Bersikap bodoh sombong

atau berlagak pandai dengan melakukan tugas-tugas

tanpa bantuan orang lain, hanyalah merugikan

diri sendiri. Daripada anda bermatimatian

membuat tugasan keseorangan, lebih baik

minta bantuan dari rakan sekerja lain, terutamanya

yang lebih senior. Lebih merugikan jika sikap

berlagak pandai anda itu hanya akan ditolak oleh

pihak atasan kelak. Hal ini pasti merugikan masa

anda sahaja.

6 Bersikap miang atau menggoda : Jika

anda seorang yang peramah tidak mengapa. Namun

jangan terlalu ramah sehingga anda boleh

dilabelkan ’miang’ atau ’menggoda’. Bagi

pekerja wanita, jagalah perlakuan anda. Jangan

terlalu ramah sehingga semua lelaki menempel

pada diri anda.

Buletin 62 / Jun 2008 : 3

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!